Forum dan pidato mahasiswa di Unisel malam ini

Jemputan Program
KETUA Angkatan Muda Keadilan (AMK) Shamsul Iskandar Mohd Akin akan menjadi panelis dalam satu forum yang bertajuk Memperkasakan Mahasiswa dan Realiti Politik Kampus malam ini.

Selain Shamsul, Naib Presiden Keadilan Mustafa Kamil Ayub dan Ahli Parlimen Balik Pulau akan turut menjadi panel pada forum yang dianjurkan oleh oleh Kelab Anwar Ibrahim (AIC) dengan kerjasama Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Industri Selangor (UNISEL).

Pada kemuncaknya, Ketua Umum Keadilan Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menyampaikan pidato umumnya dan akan membuka ruang untuk sesi soal jawab bersama hadirin.

Majlis akan diadakan pada jam8 Malam ini, (9 Julai 2009) di Dewan Utama Unisel (Kampus Bestari Jaya, Batang Berjuntai). Sebarang pertanyaan hubungi Maisarah Ismail di talian 012-3984280.

Pejabat Ketua Angkatan Muda Malaysia.

2 Respons

  1. salam ziarah tuan shamsul. dun sarawak semakin hampir di bubar. bils nak dtg di bumi kenyalang lagi?

Tinggalkan jawapan