Agensi Antarabangsa Siasat Bukti Baru Kes Musa Aman

Di dalam ibupejabat ICAC, Hong Kong sebelum penyerahan dokumen dan bukti penyelewengan

Di dalam ibupejabat ICAC, Hong Kong sebelum penyerahan dokumen dan bukti penyelewengan


Dokumen setebal 120 muka

Dokumen setebal 120 muka

Laporan berita dan video oleh www.tvantara.com

Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman menghadapi satu pertuduhan serius selepas di dakwa terbabit dalam jenayah penyeludupan dan pengurupan wang haram berjumlah RM16 juta di Hong Kong.

Ketua Angkatan Muda Keadilan, Shamsul Iskandar Md Akin berlepas ke Hong Kong semalam bagi membantu siasatan Badan Pencegah Rasuah Hong Kong (ICAC) keatas orang kanan Musa Aman, Micheal Chia Tien Foh.

Chia ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Hong Kong pada 14 Ogos tahun lalu, selepas cuba menyeludup wang sejumlah RM16 juta dalam matawang dolar Singapura. Sayap pemuda Parti Keadilan Rakyat memfailkan laporan ke ICAC selepas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia enggan mengambil tindakan keatas orang kanan Ketua Menteri Sabah ini.

“ Saya baru tiba dari Hong Kong dalam rangka menghantar satu laporan dalam kes penyelewengan, rasuah dan wang haram yang membabitkan seorang ahli perniagaan Michael Chia dan juga ada kaitan dengan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman” ujarnya.

Menurut Shamsul, pihaknya difahamkan wang yang diseludup orang kanan Musa Aman itu adalah hasil sindiket pembalakan haram yang bermaharajalela di Sabah.

Wang-wang haram ini dipercayai masih tersimpan kemas dalam akaun-akaun bank di Hong Kong.

ICAC memberikan komitmen bahawa pihaknya akan memburu dan menyiasat kes ini. ICAC juga telah memberi dua jaminan kepada Shamsul iaitu akan memberikan maklum balas dalam tempoh seminggu sama ada wujudnya kes dalam hal ini dan juga hak kerahsian kerana ia melibatkan isu kerajaan dengan kerajaan.

“ Saya mendakwa bahawa terdapat perlakuan rasuah di dalam negara Hong Kong. Saya juga membuat dakwaan duit-duit haram ini masih disimpan dalam akaun-akaun di Hong Kong dan meminta akaun-akaun itu dibekukan tetapi tidak ada komen sama ada setuju atau tidak dari pihak ICAC” tambahnya.

Tambah Shamsul, Chia merancang untuk menyeludup RM16 juta wang haram ini ke Kuala Lumpur bagi memperkasa kempen Umno-BN menewaskan Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim dalam Pilihanraya Kecil Permatang Pauh.

AMK telah memfailkan kes ini yang mendapat liputan meluas media antarabangsa ke SPRM, namun selepas setahun berlalu tiada sebarang tindakan diambil.

“ Kita kecewa dengan sikap SPRM yang sampai sekarang tidak mengambil sebarang tindakan. Akhirnya kita terpaksa walaupun dengan berat hati menggunakan semua saluran yang ada kerana kita merasakan wang ini adalah wang rakyat. Wang ini perlu dikembalikan kepada rakyat Malaysia khususnya rakyat Sabah” tambahnya lagi.

Temubual dengan media antarabangsa dan juga Hong Kong

Temubual dengan media antarabangsa dan juga Hong Kong

Sementara itu, bagi Ahli Parlimen Balik Pulau, Yusmadi Yusoff yang juga seorang peguam menyifatkan, penyeludupan dan pengurupan wang haram ini sebagai jenayah baru di Malaysia dan ia bersifat serius.

“ Bagi saya apa yang dikatakan sebagai pengubahan wang haram politik ini satu perkara yang perlu ditangani segera kerana ia melibatkan satu jumlah yang besar. Lebih menarik pula, ia merupakan satu kesalahan di bawah akta yang baru diluluskan oleh kerajaan Malaysia iaitu di bawah AMLA” katanya.

Pejabat Ketua AMK

About these ads

19 thoughts on “Agensi Antarabangsa Siasat Bukti Baru Kes Musa Aman

  1. Sebagai orang Sabah saya amat mengalu-alukan tindakan AMK walaupun saya ahli UMNO. Kami memang sudah terlalu benci kepada Musa Aman. Seorang ketua menteri rasuah dan banyak penyelewengan. Tetapi sayangnya orang beginilah yang mendapat tempat dan ruang dalam UMNO. UMNO memang sukakan pemimpin-pemimpin tidak bermoral. Jika tsunami politik berlaku di Semenanjung dalam PRU ke-12, saya pasti dalam PRU-13 akan datang giliran Sabah pula akan menolak UMNO. Dahulunya saya juga ahli UMNO tetapi kini benci kepada pemimpin-pemimpin UMNO. Korup. Berpura-pura bermoral. Segala kekejian mereka disembunyikan. Munafik.

  2. THE POWERFUL MAY APPEAR GREAT BUT IN REALITY THEY ARE NOT.GREATEST OF ALL ARE THE ORDINARY PEOPLE.IF THOSE IN POWER LEAD LIVES OF IDLE LUXURY IT IS BECAUSE THE PEOPLE ARE SILENT.SABAHANS HAVE TO SPEAK OUT.WITH IMPASSIONED WORDS SABAHANS NEED TO RESOLUTELY ATTACK ABUSES OF POWER /CORRUPTION THAT CAUSE PEOPLE SUFFERING.THIS IS FIGHTING ON THE SIDE OF JUSTICE/KEADILAN.IT IS WRONG TO REMAIN SILENT WHEN CONFRONTED WITH INJUSTICE .DOING SO IS TANTAMOUNT TO SUPPORTING AND CONDONING EVIL THAT IS .UMNO/MCA/MIC/SUPP-BN
    LETS VOTE BN OUT OF STATE GOVT/PUTRAJAYA .
    LETS END INJUSTICE >OPPRESSION>MISGOVERNMENT>CORRUPTION IN WEST/EAST MSIA.HIDUP KEDAULATAN UNDANG UNDANG.LETS END BN RULE OF MAN AND THEIR ANTI DEMOCRACY>PRO-GRAFT

  3. Saya berpendapat bahawa isu ini terlalu digembar-gemburkan.Ramai orang ingin mengambil kesempatan terhadapnya. Adakah benar jika kita asyik menuding jari terhadapnya maka segalanya akan terjawab?Cara sebegini hanya dilakukan oleh orang yang mengaku dirinya berpelajaran namun otak masih ketinggalan.Saya tidak bermaksud untuk menyekat komen2 anda cuma fikirkanlah..ini bukan masanya kita mengutuk habis-habisan.Selagi kebenaran masih belum terbit di alam nyata,selagi itulah kita harus berdiam diri dan mengikuti alirannya.

  4. Saya faham akan keadaan Shamsul yang ingin mencari kebenaran terhadap kes ini tapi adakah ia keterlaluan?Setiap manusia mempunyai perspektif yang berbeza namun dalam hal ini,orang di luar sana seolah-olah memperlekehkan pemimpin ini. Jangan menabur fitnah nanti dosa bertambah,susah nak masuk syurga nanti.:D

  5. sampai buat laporan ke hong kong? apa kuasa ICAC ke atas CM yg berada di Malaysia. Tangkap and bawa ke Hong Kong lepas tu simpan dalam jail? hehehe desperate sangat la PKR ni. Kenapa tidak suruh pemuda PKR Sabah yg ke HK, kenapa mesti pemuda PKR semenanjung yg sibuk melebih-lebih mengalahkan pemuda PKR sabah. Ini mesti sebab pemuda PKR pusat pandang rendah kemampuan pemuda PKR sabah hehehehe

  6. Sebelum kes ni selesai dan mahkamah umumkan siapa yang bersalah, kita sepatutnya menunggu dengan sabar.
    Jangan telampau teruja mahu jatuhkan CM.
    Saya yakin beliau tidak ada kaitan dengan kes ni..

  7. Telebih sudah ba dorang ni… ketara kalau tu mahu jatuhkan nama baik Musa…
    Jangan risau Datuk masih banyak rakyat sabah yang menyakini Datuk :)
    Teruskan perjuangan :)

  8. Perkara ni serahkan sajalah pada pihak yang bertanggungjawab…
    Tak ada guna kita buat andaian tanpa sebarang bukti kukuh…

  9. Ba jangan terlalu ikut emosi..
    bagi lah ruang kepada pihak yang berkaitan buat siasatan.
    Kita just tunggu dan lihat saja kio :)

  10. Ada baiknya kita berdiam diri terlebih dulu…
    Musa tu CM kita.. Kita patut yakin bahawa beliau tidak terlibat dengan perkara ni..

    p/s Datuk, saya yakin datuk tidak ada kaitan dengan hal ni :)

  11. Kita semua tahu ramai pihak yang cuba menjatuhkan Musa jadi tidak hairanlah jika cerita seperti ini boleh timbul..
    Sejauh mana benar cerita ni, kita tunggu dan lihat sajalah hasil siasatan…
    Tak perlu buat andaian -ve kerana ia hanya merosakan nama baik CM kita :)

  12. Corruption is everywhere. To be fair about this, we should investigate all the ministers. I’m sure every single one of them are involved in corruption, one way or the other.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s