• Jadi Rakan Saya!

  • Twitter

    • Akhirnya Hakim Gula2 Hacks, Augustine Paul meninggal dunia stlh lama merana kesakitan. Dia akan dikenang sbg ikon perosak sistem kehakiman ! 3 hours ago
    • Di K.Trengganu, ceramah 40 tempat, keadilan utk @AnwarIbrahim bersama Saifudin Nasution, Fariz, Ginie Lim & Ust Ariffin, NYDP Pas K/tganu 23 hours ago
    • Saya, Gobala dan Amir, di kawasan Yunus, Dun Kuala Kurau. Prog. Ceramah 40 hari penerangan konspirasi jahat terhadap @AnwarIbrahim 2 days ago
    • That the Orangutan is an animal of the human form, inside as well as outside... Lord Monboddo, 1774. Di Semenggoh Orangutan centre 1 week ago
    • Habiskan masa spjng pagi di Kg Budaya Swak. Rakyat Swak kaya budaya & hasil bumi tp sayang dirompak oleh pemim http://tweetphoto.com/7280143 1 week ago
  • Puisi Orang Muda karya Abdul Halim Yaacob

    Saya menerima komen dari pengunjung blog ini, Sdr Abdul Halim Yaacob, mengenai orang muda.Terima kasih buat Sdr Abdul Halim. Buat rakan-rakan, marilah kita hayati puisi ini.

    ORANG MUDA

    Orang muda
    darah mendidih sentiasa
    minda segar panas bernas
    persepsi demi hari muka.

    Orang muda
    mencabar melenium
    menilai material segala
    bergaya sekalipun kedana.

    Orang muda
    perlu tunjuk ajar
    nasihat akliah logik
    jauhi sifat kurang ajar.

    Orang muda
    beringatlah kalian pewaris
    sesudah lima dekad lebih merdeka
    hakikatnya kita masih terjajah.

    ABDUL HALIM YAACOB.
    Pinggiran A Setar (150808)

  • kategori

  • Flickr Photos

    More Photos
  • Arkib

Pengundi bertindih di Bagan Pinang : SPR lakukan 2 kesalahan

Semasa sidang media pada jam 11 pagi, Khamis, 8 Oktober 2009 di Markaz Induk PAS, saya menjelaskan beberapa peruntukan undang-undang yang berkaitan dengan pengundi yang bertindih. Pengundi bertindih ialah pengundi yang mengundi lebih dari satu kali atau pengundi yang berdaftar lebih dari 1 tempat mengundi. Perlu difahami, prinsip jelas berkaitan dengan pilihanraya sepertimana yang termaktub di dalam perlembagaan persekutuan ialah 1 orang 1 undi.

Kesalahan pertama

Perkara 119, Perlembagaan Persekutuan :

Kelayakan pemilih

(1) Tiap-tiap warganegara yang:

(a) telah mencapai umur dua puluh satu tahun pada tarikh kelayakan;

(b) bermastautin di dalam sesuatu bahagian pilihan raya pada tarikh kelayakan yang sedemikian atau, jika tidak bermastautin sedemikian, ialah seorang pengundi tidak hadir; dan

(c) didaftarkan, di bawah peruntukan mana-mana undang-undang yang berhubungan dengan pilihan raya, dalam daftar pemilih sebagai pemilih dalam bahagian pilihan raya tempat dia bermastautin pada tarikh kelayakan,

berhak mengundi di dalam bahagian pilihan raya itu dalam mana-mana pilihan raya ke Dewan Rakyat atau Dewan Undangan melainkan jika dia hilang kelayakan di bawah Fasal (3) atau di bawah mana-mana undang-undang yang berhubungan dengan kesalahan yang dilakukan berkaitan dengan pilihan raya; tetapi tiada seorang pun boleh mengundi dalam pilihan raya yang sama di dalam lebih daripada satu bahagian pilihan raya.

Kesalahan kedua
2. AKTA KESALAHAN PILIHANRAYA 1954

BAHAGIAN II
KESALAHAN PILIHAN RAYA

Kesalahan oleh mana-mana orang

3. (1) Mana-mana orang yang :

(a) dengan diketahuinya membuat apa-apa pernyataan palsu dalam atau berkaitan dengan apa-apa permohonan supaya dimasukkan ke dalam mana-mana daftar pemilih;

(o) mengundi dalam sesuatu pilihan raya di lebih daripada satu tempat mengundi di dalam bahagian pilihan raya yang sama atau bahagian pilihan raya yang berlainan,

boleh, apabila disabitkan, dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan dan didenda kedua-duanya dan, tertakluk kepada apa-apa peruntukan yang berlawanan dalam mana-mana undang-undang bertulis yang berhubungan dengan mana-mana pilihan raya, dia tidak boleh didaftarkan atau disenaraikan sebagai seorang pemilih atau mengundi dalam mana-mana pilihan raya atau dipilih dalam mana-mana pilihan raya sehingga tamat tempoh lima tahun dari sabitan itu, dan jika pada tarikh itu dia telahpun dipilih dalam mana-mana pilihan raya, kerusinya
hendaklah dikosongkan dari tarikh sabitan itu.

Pengakuan SPR yang bersetuju dengan bukti-bukti yang dibawa oleh PAS bahawa wujudnya pengundi bertindih menunjukkan bahawa SPR telah melakukan 2 kesalahan besar.

Tugas SPR ialah untuk membersihkan daftar pemilih dan bukannya menjadi pencacai menurunkan poster dan kain rentang sewaktu pilihanraya kecil !

Shamsul Iskandar
Bagan Pinang, Negeri Sembilan.

2 Respons

  1. Dah tau nak kalah macam2 pulak hal la nak bangkitkan kononya.Fakatan adalah parti bangsat dlm politik Malaysia. Mintak si peliwat tegar sumpah bahawa dia tak dak RM 3b baru boleh kata apa saja.Kalau tidak, dok diam dan liwat sesiapa saja.

  2. Nilah dia bangsat UMNO. Kalau betul Anuar ada RM3b, kenapa tak suruh SPRM siasat. Kenapa lak nak sumpah2. Kalau dgn bersumpah selesai kes, buat pe Malaysia ni ada undang2. Bodoh aka tolol punya pecacai UMNO. Tu lah bahana byk sangat makan rasuah. Smpi hati dah gelap.

Tinggalkan jawapan