Takziah kepada Saiful Izham dan keluarga

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera,
Pagi ini saya menerima pesanan ringkas yang menyedihkan daripada saudara Saiful Izham.

Ibu beliau, Mak Ngah Omm telah kembali menemui Ilahi. Jenazah Allahyarhamah akan dikebumikan selepas solat Asar di Taman Peruda, Sg Petani.

Bagi pihak kepimpinan dan keluarga besar AMK, saya merakamkan ucapan takziah dan perasaan sedih yang teramat sangat kpd Saiful dan keluarga. Sesungguhnya kematian merupakan realiti yang memeritkan.

Marilah kita doakan agar roh Allahyarhamah dicucuri rahmat Allah dan ditempatkan di sisi mereka yang solehah dan diampuni dosa. Al Fatihah.

Saiful boleh dihubungi melalui no: 0123211162.

Shamsul Iskandar
Ketua AMK

4 Respons

  1. AL-FATIHAH

    Boleh tahu siapakah saiful izam?

    • takkan tak tau che’ .Eja nama dia Saiful Izham tu yang betoi. Dia tu lawyer . Bukan doktor atau majistret. Dia AMK tertinggi keadilan Pusat .Sekian terima kasih.

  2. takziah juga buat keluarga allahyarhamah…

Tinggalkan jawapan