• Jadi Rakan Saya!

  • Twitter

    • Tahniah pasukan bola sepak Malaysia kalahkan Vietnam dgn 1-0. Pingat Emas milik negara. W/bagaimanapun, mutu permainan mesti dipertingkatkan 13 hours ago
    • Saya dijemput ke Astro Awani malam ini jam 930 mlm secara lansung membincangkan perkembangan bolasepak negara. Ada pandangan yg bernas ? 17 hours ago
    • Saya bertanyakan khabar kpd Kak Yan (Azean Irdawaty) ttg keadaan kesihatan beliau. Kak Yan sdg berjuang melwn http://tweetphoto.com/6498275 2 days ago
    • Tahniah Erma Fatima, Pengarah Prog. Warga Atas Pagar yg berjaya menganjurkan talk show yg menarik, pedas & kre http://tweetphoto.com/6475969 2 days ago
    • Pertemuan dgn AJK Cabang Bukit Katil. Hj. Dr. Hamzah, N.Pengerusi Keadiln Mka dpt bersama setelah kembali dr M http://tweetphoto.com/6475774 2 days ago
  • Puisi Orang Muda karya Abdul Halim Yaacob

    Saya menerima komen dari pengunjung blog ini, Sdr Abdul Halim Yaacob, mengenai orang muda.Terima kasih buat Sdr Abdul Halim. Buat rakan-rakan, marilah kita hayati puisi ini.

    ORANG MUDA

    Orang muda
    darah mendidih sentiasa
    minda segar panas bernas
    persepsi demi hari muka.

    Orang muda
    mencabar melenium
    menilai material segala
    bergaya sekalipun kedana.

    Orang muda
    perlu tunjuk ajar
    nasihat akliah logik
    jauhi sifat kurang ajar.

    Orang muda
    beringatlah kalian pewaris
    sesudah lima dekad lebih merdeka
    hakikatnya kita masih terjajah.

    ABDUL HALIM YAACOB.
    Pinggiran A Setar (150808)

  • kategori

  • Flickr Photos

    More Photos
  • Arkib

AMK: BN ‘rampas’ perjuangan Pakatan

Oleh Salhan K Ahmad – Malaysiakini
Okt 21, 09 | 4:35pm
Angkatan Muda PKR (AMK) mengakui perjuangan 16 September yang sering disebut-sebut oleh Pakatan Rakyat akhir tahun lalu telah “dirampas” oleh BN apabila tarikh tersebut diumumkan sebagai satu cuti umum.

Ketua pergerakan itu, Shamsul Iskandar Mat Akin bagaimanapun berpendapat, pengumuman itu juga merupakan satu bentuk sokongan kerajaan BN ke atas usaha-usaha yang dilakukan Pakatan Rakyat untuk membina kesamarataan di antara semenanjung serta Sabah dan Sarawak.

“Ini turut memberi peluang kepada rakyat untuk membina kefahaman bahawa Pakatan kini telah sudah berupaya menjadi kerajaan,” katanya.

Shamsul berkata BN juga kini tidak lagi mempunyai idea baru untuk diketengahkan sehingga “terpaksa mengambil idea Pakatan Rakyat.”

“Bukan sahaja ini memberi sokongan kepada perjuangan Pakatan selama ini, mereka juga nampaknya telah hilang punca untuk mendepani tuntutan daripada pemimpin BN serta rakyat di sana dengan memberikan cuti umum ini,” katanya lagi.

Pakatan Rakyat telah menimbulkan isu sambutan Hari Malaysia dengan giat ketika cuba meraih sokongan pemimpin BN di Sabah dan Sarawak, dalam usahanya mengambil alih kerajaan persekutuan menjelang 16 September tahun lalu.

Katanya lagi, pengumuman cuti umum itu hanyalah sebahagian kecil daripada usaha Pakatan selama ini untuk memberi lebih pengiktirafan kepada Sabah dan Sarawak dalam persekutuan Malaysia.

Bayaran royalti

Tambahnya, pengumuman cuti umum itu juga tidak memberi gambaran sebenar berhubung sambutan Hari Malaysia, sedangkan dua negeri tersebut masih terpinggir dalam bidang ekonomi.

“Najib melihat kepada (retorik) sambutan Hari Malaysia dan bukannya pengisian hari tersebut. Pengumuman cuti umum ini hanya untuk memperingati penggabungan Sabah, Sarawak dan semenanjung Malaysia,” katanya.

Tambahnya lagi, kerajaan persekutuan sebaliknya perlu memberi bayaran royalti sewajarnya kepada Sabah dan Sarawak, sebagai pulangan daripada sumber petroleum daipada negeri berkenaan.

Shamsul menjelaskan, sekiranya tuntutan itu tidak dipenuhi, ketidakseimbangan ekonomi antara semenanjung dan Sabah serta Sarawak akan terus berlanjutan.

“Dari segi kemiskinan Sabah masih dianggap negeri miskin, termasuk Sarawak. Negeri ini juga masih ketinggalan dari segi pendidikan dan infrastruktur,” katanya lagi.

Tuntuan untuk menaikkan kadar royalti minyak Sabah dan Sarawak daripada 5 peratus kepada 20 peratus itu merupakan salah satu modal PKR bagi meraih lebih banyak sokongan di dua negeri berkenaan.

Ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini telah berjanji untuk menyemak semula perjanjian antara kerajaan negeri berkenaan dengan kerajaan persekutuan yang dibuat pada 1976, untuk menaikkan kadar royalti berkenaan.

Satu Respons

  1. Singamaraja berkunjung

Tinggalkan jawapan