BAKAR GEREJA: PROVOKASI PIHAK YANG TIDAK BERTANGGUNGJAWAB

 
 
Angkatan Muda Keadilan (AMK) menyelar keras tindakan ekstrem membakar beberapa buah gereja di sekitar Lembah Klang malam semalam.
 
Tindakan ini jelas merupakan satu provokasi terancang yang sedang diusahakan oleh pihak-pihak tertentu yang kelihatan terdesak dan dangkal pemikiran dalam mendepani isu penggunaan kalimah Allah yang hangat dipolemikkan mutakhir ini.
 
AMK tegas menyatakan bahawa sebarang bentuk provokasi sebegini hendaklah ditegah sama sekali.Dalam masa yang sama AMK tidak melihat wujud keperluan untuk kita menunding jari kepada kelompok Melayu Muslim yang ekstremis,sebaliknya insiden semalam mempunyai kebarangkalian dicetuskan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab yang kepingin melihat negara dilanda satu situasi yang tidak menentu.Ini pastinya mempermudahkan kalangan tertentu mengaburkan pandangan rakyat ke atas isu-isu yang lebih besar.
 
AMK percaya bahawa insiden ini tercetus berikutan wujudnya ketidakfahaman kelompok tertentu ke atas saranan Al-Quran dan Hadith. Al-Quran dengan jelas menyebut di dalam surah Al-Kafiruun bahawa betapa umat Islam perlu menghormati agama lain sebagaimana penganut agama lain perlu menghormati Islam. Provokasi bukan salah satu mekanisme penyelesaian masalah yang bijak dan tuntas.
 
AMK menyarankan agar rakyat tidak bersikap emosional dalam menghadapi isu-isu ini.tidaklah bermakna jika kita hanya mempertahan nama Allah,tetapi gagal mengikuti garis panduan yang telah Allah nukilkan di dalam Al-Quran sebagai sebaik-baik panduan buat umat manusia seluruhnya.
 
 
 
Shamsul Iskandar Mohd Akin
Ketua
Angkatan Muda Keadilan

About these ads

11 thoughts on “BAKAR GEREJA: PROVOKASI PIHAK YANG TIDAK BERTANGGUNGJAWAB

    • bukan tu maksudnya
      kita sebagai Islam wajib pertahankan hak2 kita
      tapi ada caranya, ada jalannya
      ikut mcm mana yg Islam ajar
      bukan dgn bakar gereja!
      faham tak nih?
      haih…ada akal pakai
      jgn terencatkn pemikiran yg Allah bagi tu…

  1. This has never happened in Malaysian history. I suspect that this is due to the infiltration and influence by Al-Qaeda kind of Islam and Muslim footsoldiers, especially from the Pakistani, Afghanistan and Bangladesh nationalities. They are really trying to control oil-rich Malaysia and Indonesia as their South-East Asia’s base. Imagine – where do they get the bomb from? Further, these foreign fanatics are brainwashing our young through infiltrating mosques, Muslim NGOs, universities, schools and so on – thus the increasing irrational hatred towards non-Muslims! Intelligence network by the Home security need to be recruited among the young Malaysians and placed in this strategic places.

    Katharina Sri (former: Noor Aza)

    Germany

  2. A very sharp eyes and mind person boleh melihat ini adalah tindakan membunuh diri oleh UMNO dan PM jika benar mereka mendalangi kejadian ini but it seems tidak masuk akal utk mereka yg buat dalam situasi yg tidak memihak langsung pada mereka dan org islam malah bertambah memudaratkan mereka…sekarang kesan negatif kejadian itu ditanggung org islam yg difitnah

    Butin this today modern world tindakan reverse psychology adalah selalu berlaku oleh pihak establishment and anti establishment antara paling aktif di dunia ialah MOSSAD

    In my and my colleagues opinion ia PASTI Didalangi Pihak Ketiga dalam negara ini yang disokong anasir luar…semoga Allah mematahkan niat jahat mereka pada Islam

  3. Al Qaeda diragui latar belakangnya… masakan US tidak dapat lagi tgkap Osama dengan kecanggihan teknologi mereka…. so AL Qaeda is Al CIAda yang diakui oleh pengkritik politik bebas mereka… Mungkin US mendalangi Mungkin CIA MoSSAD mendalangi…
    Apa yang berlaku sekarang is too perfect to be coincidence or sequence from the ALLAH word case

    maybe this scenario is what happens:
    -ketegangan akibat keputusan mahkamah isu Allah memuncak (respon umat islam memang mudah dijangka dalam isu agama dan dirancang dari mula2 kes)
    -suara2 seruan bantahan dan demonstrasi bergema
    -Pihak ketiga yang misteri merancang serangan pada jumaat hari suci islam yang disengajakan supaya islam diburukkan dan situasi dalam negara kucar kacir dan bertambah tegang dan pihak kerajaan menjadi tertekan
    -tak mungkin berlaku serang balas terhadap umat islam dalam bentuk serangan ke atas masjid kerrana akn merosakkan imej kristian…paling tepat serangan dalam bentuk bantahan balas oleh pihak kristian melalui kutukan dan cacian keatas org islam dalam blog2 dan internet
    -kemungkinan rusuhan berlaku
    -negara huru hara
    -campurtangan pihak asing seperti Singapura yang meungkin mengguna tentera konon melindungi org kristian
    -Malaysia dikenakan sekatan ekonomi

    All possibility

  4. Tindakan BIADAP kejadian bakar gereja. Cuma perlu tindakbalas menbakar balik contoh masjid, saya guarantee Malaysia akan hancur. Tak berotak ke dalang2 tu semua. Saya yakin ini untuk adalah kepentingan dan agenda sesetengah pihak tertentu. Salam.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s