Jual rahsia negara: KEADILAN tuntut penjelasan Najib


Dari Keadilan Daily

6 Jun 2012

Jual rahsia negara: KEADILAN tuntut penjelasan Najib

PETALING JAYA 6 Jun: Timbalan Presiden KEADILAN, Azmin Ali menggesa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bertanggungjawab berkenaan penjualan rahsia pertahanan negara kepada syarikat pembina kapal Perancis, DCNS.

Menurutnya, selaku Menteri Pertahanan pada masa itu, Najib tidak boleh berdiam diri dan membiarkan sahaja dengan memilih untuk menutup kes tersebut.

“Saya mendesak Najib, supaya tidak mengambil mudah skandal penjualan rahsia pertahanan negara. Beliau harus tampil memberikan jawapan bagaimana rahsia tersebut boleh dijual oleh penasihat utama beliau sendiri.

“Tindakan menjual rahsia pertahanan negara ini adalah pengkhianatan pada tahap tertinggi mesti dijawab oleh Najib sendiri kerana ia berlaku semasa beliau memimpin Kementerian Pertahanan,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat KEADILAN, di sini hari ini.

Kata beliau, akibat perbuatan tidak bertanggungjawab itu, keselamatan negara bakal tergugat kerana rahsia yang menjadi aset tertinggi itu sudah terbongkar.

“Secara langsung, dengan terdedahnya strategi tersebut ia membuka ruang untuk memanipulasi kelemahan Scorpene. Tindakan ini membahayakan nyawa perajurit negara yang mengendalikan kapal selam Scorpene yang sudah beroperasi.

“Pendedahan ini menunjukkan bagaimana pimpinan Umno Barisan Nasional tidak teragak-agak untuk menggadaikan kemerdekaan dan keselamatan negara demi mengumpulkan kekayaan,” katanya.

Beliau turut mendesak Polis Diraja Malaysia (PDRM), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menjalankan siasatan dan mengheret ‘penjenayah’ itu ke muka pengadilan.

“Saya juga mendesak pihak berkuasa yang terbabit – PDRM, SPRM, ATM, memulakan siasatan segera untuk membawa yang bertanggungjawab ke muka pengadilan.

“Sekiranya, ATM tidak terlibat dalam penjualan maklumat strategik negara, maka saya mendesak pimpinan tertinggi ATM untuk membuat laporan polis dengan segera,” katanya yang juga Ahli Parlimen Gombak.

Sementara itu, Pengerusi Majlis Rundingan Keselamatan (MRK) KEADILAN, Brig Jen (B) Datuk Abdul Hadi Abdul Khatab menyifatkan kejadian memalukan negara itu berlaku akibat pemusatan kuasa di tangan menteri.

“Pengaruh menteri dan lantikan politik serta pegawai bukan tentera terlalu besar boleh mendatangkan kesan buruk kepada strategi dan taktik pertahanan negara, apatah lagi ini bukanlah bidang kepakaran mereka.

“Ia mengesahkan pendapat ramai pimpinan angkatan tentera bahawa kuasa yang terlalu dipusatkan di tangan menteri dan pegawai bukan tentera perlu dikaji semula demi keselamatan negara,” katanya.

Tambah beliau, berdasarkan pengalamannya, bagi mengelakkan kejadian pengkhianatan ini berterusan, campur tangan menteri perlu dikaji semula.

“Salah satu perkara yang perlu dikaji serta merta ialah campur tangan dan kuasa menteri yang terlalu besar sehingga melunturkan pendapat panglima-panglima angkatan tentera.

“Ia juga merupakan satu perlanggaran keselamatan (security breach) yang akan membahayakan nyawa prajurit kita yang bertugas dengan operasi kapal selam Scorpene,” kata Abdul Hadi.


— Keadilan Daily

About these ads

One thought on “Jual rahsia negara: KEADILAN tuntut penjelasan Najib

  1. Walau secanggih manapun kelengkapan pertahanan yang dimiliki sesebuah negara, ianya tidak membawa apa-apa erti apabila segala rahsia kekuatan/keupayaan peralatan tersebut diketahui pihak ketiga. Tak perlu mana-mana negara musuh untuk menghantar “JAMES BOND-007″ bagi memperolehi maklumat, yang sepatut nya, menjadi “RAHSIA BESAR” sesebuah negara berkenaan. “Knowing your enemy’s strength and capabilities, half the battle is won”. I believe, our ATM will be “SITTING DUCKS” when the war comes…Disgusting..!!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s