Akhbar Inggeris Terbesar Hong Kong Siar Skandal RM 40 juta Musa Aman


Dari KeadilanDaily

26 November 2012

Akhbar terbesar Hong Kong lapor skandal RM40 juta Musa Aman

(Oleh Aisha Geoffrey)

KUALA LUMPUR 26 November: Skandal rasuah RM40 juta melibatkan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman dan jutawan balak, Michael Chia mendapat liputan akhbar berbahasa Inggeris terbesar di Hong Kong – South China Morning Post City.

Akhbar tersebut melaporkan pertemuan delegasi KEADILAN dengan pihak berkuasa dan Ahli Parlimen Hong Kong untuk menggesa siasatan terhadap kes rasuah itu supaya dibuka semula.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Teja, Chang Lih Kang ketika dihubungi memberitahu, terdapat sekurang-kurangnya lima media cetak Hong Kong membuat liputan terhadap kes berkenaan.

“Ia menunjukkan media antarabangsa memandang berat isu ini,” katanya.

Akhbar lain yang membuat liputan kes rasuah itu antaranya Hong Kong The Sun, AM730, Hong Kong Oriental Daily dan Hong Kong Singpao.

“Selain media, pihak berkuasa di sana juga sangat mengambil berat isu ini. Jika betul tiada kes, mana mungkin media nak buat liputan,” kata Lih Kang.

“Kita harap agensi kerajaan di Malaysia juga dapat mengambil tindakan sewajarnya,” sambung beliau.

Sebelum ini, Chia yang rapat dengan Musa ditahan di Hong Kong kerana terlibat dalam penggubahan wang haram RM40 juta.

Taikun balak itu menyatakan wang berkenaan milik Musa tetapi pemimpin Umno terutama Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz mendakwa ia adalah dana untuk Umno Sabah.

Lih Kang bersama Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli; Ahli Parlimen Selayang, William Leong dan Ahli Parlimen Petaling Jaya Selatan, Hee Loy Sian ke Hong Kong selama dua hari, bermula 21 November lalu.

Delegasi terbabit juga ditemuramah khas oleh Reutera-Bloomberg yang mengikuti perkembangan kes tersebut.


— Keadilandaily

About these ads

2 thoughts on “Akhbar Inggeris Terbesar Hong Kong Siar Skandal RM 40 juta Musa Aman

  1. jika isu ini sahih tindakan sewajarnya harus diambil tanpa mengira fahaman politik.kami mahu pemimpin dan kepimpinan yang telus,jujur dan amanah..kekayaan negeri harus diagihkan ke saluran yang betul…tanpa rakyat siapalah pemimpin..?jika rakyat boleh naikkan pemimpin maka rakyat juga berkuasa untuk jatuhkan pemimpin..jadi renung2kan laaa…

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s