Archive for the '1 Hari 1 Pendedahan' Category

[1 Hari 1 Pendedahan] - Siri Kesembilan

April 27, 2007

Pendedahan Kesembilan:
Khir membayar RM10,000 sebulan bagi tapak banglonya, di Lot 14, Jalan 2/1G, Seksyen 2 Tambahan, Bandar Baru Bangi, yang dibelinya daripada PKNS dengan harga diskaun 50 peratus.
Sumber pendapatannya dipertikaikan kerana sebelum ini beliau membayar tunai RM150,000 untuk selesaikan pinjaman rumahnya di Kajang, selepas lima bulan menjadi MB.

[1 Hari 1 Pendedahan] - Siri Kelapan

April 26, 2007

Pendedahan Kelapan:
Dr. Khir didakwa telah meluluskan kawasan balak di Kompartmen 78, Hutan Simpan Hulu Langat, seluas lebih 1,200 ekar kepada Fungsi Mewah, milik abang kepada Pua Kim Seng, bekas tuan rumah yang pernah disewa Khir di Sekinchan. Keluarga Pua ini juga mendapat kontrak membina jalan termahal (RM4.6 juta untuk 1km) merentasi sawah padi daripada Meram [...]

[1 Hari 1 Pendedahan] - Siri Ketujuh

April 25, 2007

Pendedahan Ketujuh:
Kita teruskan dengan keperluan Dr Khir Toyo untuk menjawab apakah benar beliau telah meluluskan konsesi membekalkan peralatan paip air untuk jabatan Bekalan Air Selangor kepada syarikat milik Naib Ketua Umno Tanjong Karang, JAKS Sdn Bhd. Harga paip JAKS 50% lebih tinggi daripada harga kilang. Bayangkan, untuk 1 meter paip, harga ‘quotation’ yang diberikan oleh [...]

[1 Hari 1 Pendedahan] - Siri Keenam

April 24, 2007

Pendedahan Keenam:
Projek membekal dan memasang paip air besi keluli MS1200mm, dari Semenyih ke Banting sejauh 37.3 km, bernilai RM82,385,182.80. Projek ini terlalu mahal dari taksiran awal, yang tidak boleh melebihi RM40 juta. Dan jika sumber air diambil dari pekan Dengkil kemungkinan jaraknya dapat dipendekkan menjadi hanya 20 km dan ini lebih
menguntungkan. Ahli keluarga terdekat Khir [...]

[1 Hari 1 Pendedahan] - Siri Kelima

April 24, 2007

Pendedahan Kelima:
Pada April 2001, meluluskan kawasan kayu balak Kompartment 78 Hutan Simpan Hulu Langat kepada Fungsi Mewah Sdn. Bhd, seluas lebih 1200 ekar. Fungsi Mewah dimiliki oleh Pua Kim Seng, adik Pua Kim An, yang mana rumahnya bersebelahan rumah sewa Khir di Sekinchan dahulu. Pua Kim An juga dikesan mendapat tanah 100 ekar di Shah [...]

[1 Hari 1 Pendedahan] - Siri Keempat

April 22, 2007

Pendedahan Keempat:
Bagaimana Khir, pada bulan Mac 2001, hanya selepas lima bulan menjadi MB, boleh membayar semua baki pinjaman rumahnya sebanyak RM150,000 secara tunai kepada BBMB Kajang. Kalaupun beliau tidak membelanjakan langsung elaun MBnya, beliau tidak akan mampu membayar semua pinjamannya itu. Rumah itu juga diubahsuai dengan kos yang besar, ini belum lagi dikira kos membina [...]

[1 Hari 1 Pendedahan] - Siri Ketiga

April 21, 2007

Pendedahan Ketiga:
Dr Khir Toyo perlu menjawab apakah benar beliau telah meluluskan tanah seluas 50 ekar setiap seorang kepada empat pemohon yang hanya baru berusia 20 tahun (Ahmad Azmir, Noor Ashikin, Mardhiah, Azril Yusri). Salah seorang darinya adalah anak pegawai Daerah Kuala Langat, di mana lokasi tanah itu dikesan. Difahamkan sebahagian anak-anak muda ini tidak tahu [...]

[1 Hari 1 Pendedahan] - Siri Kedua

April 20, 2007

Pendedahan Kedua:
Dr Khir Toyo telah meluluskan tanah 400 ekar di Shah Alam, pada 20 Disember 2000 kepada empat syarikat berbeza (Layar Kekal/ Tirai Gemilang, Samasys,Usahasewa Sdn Bhd), tetapi seorang pengarahnya (Samsuri Rahmat) hadir dalam semua syarikat tersebut, iaitu seolah-olah Khir meluluskan tanahberpontensi tinggi itu kepada seorang sahaja.Nilai tanah di kawasan berkenaan boleh mencapai RM1 juta [...]