Fitnah 2: Rayuan Didengar Pada 17-18 September ini.

Liwat II: Rayuan didengar pada 17-18 Sept

Rayuan pihak pendakwaan terhadap keputusan mahkamah membebas dan melepaskan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam kes Liwat II akan didengar pada 17 dan 18 September ini.

Timbalan pendakwaraya Noorin Badaruddin memberitahu Malaysiakini, permohonan Anwar untuk menggugurkan peguam Muhammad Shafee Abdullah daripada pasukan pendakwaan juga akan didengar pada tarikh itu.

Perkara itu diputuskan dalam pengurusan kes di Mahkamah Rayuan hari ini.

Anwar dibebas dan dilepaskan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur apda 12 Januari lalu daripada tuduhan meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan di Kondominium Desa Damansara pada 26 Jun 2008.

— Malaysiakini

Konspirasi Fitnah III; BN Terdesak


Dari Sinar Harian Online

17 Julai 2012

Liwat: Blog pro-Umno dakwa pelajar buat laporan, orang Anwar kata ‘konspirasi III’

SHAH ALAM – Kira-kira 10 hari selepas Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengeluarkan penghakiman bertulis membebaskan Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada kes liwat, sebuah blog yang pro-Umno mendakwa satu laporan polis telah dibuat kononnya beliau meliwat seorang penuntut institut pengajian tinggi utara Semenanjung.

Sementara blog itu membawa laporan ini sejam sebelum tengah malam tadi, penyokong dan pegawai-pegawai Anwar dari PKR melihat ia sebagai konspirasi terbaru dan usaha terdesak pihak Umno dan Barisan Nasional (BN) untuk terus menyerang Anwar menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Mesej mengecam laporan itu turut dibuat menerusi Twitter dan Facebook.

Anwar telah dibebaskan daripada kes meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan awal Januari lalu. Susulan penghakiman bertulis itu, Peguam Negara telah memfailkan notis rayuan dengan mengetengahkan sembilan alasan pada minggu lalu.

Saiful membuat laporan polis dia diliwat akhir Jun 2008.

Blog Papagomo menulis, dia mendapat maklumat ada satu laporan polis telah dibuat petang semalam terhadap Anwar, yang juga Ketua Umum PR dan PKR.

“Gomo baru mendapat maklumat bahawa petang tadi (semalam) ada laporan polis telah dibuat ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim oleh seorang mahasiswa dari utara yang menyatakan beliau telah diliwat oleh pemimpin PKR pada malam sebelumnya (kelmarin),” kata pemblog itu.

Bagaimanapun entri blog empat para itu berkata, dia tidak pasti sama ada laporan tersebut benar ataupun sebaliknya.

“Tidak diketahui sama ada laporan tersebut benar ataupun sebaliknya, namun yang pasti semua kedutaan dalam Malaysia diminta untuk tidak melindungi Anwar jika beliau bertindak menyembunyikan diri sepertimana kes liwat yang terdahulu,” katanya dilihat merujuk kepada perkembangan ketika kes liwat kedua pada 2008.

Anwar ketika itu mendapatkan perlindungan di Kedutaan Turki atas alasan keselamatannya terancam.

Blog itu sebelum ini pernah menyiarkan beberapa klip rakaman menyentuh Anwar sejak awal tahun lalu.

Laporan blog itu turut membawa gambar dua lelaki berada dalam sebuah kereta polis, salah seorang dipercayai penuntut yang membuat aduan polis.

Sementara itu, Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli menerusi mesej Twitter menyifatkan perkembangan terbaru ini sebagai “sampah.”

“Ada juga dengar-dengar tapi sampahlah bro (saudara),” kata beliau membalas mesej dua pengikutnya awal pagi ini.

Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Shamsul Iskandar Mohd Akin ketika dihubungi Sinar Harian Online berkata, pesaing politik Anwar menggunakan modus operadi yang sama iaitu satu laporan polis dibuat dan ia akan disusuli dengan siasatan polis sebagaimana disaksikan dalam kes-kes sebelum ini.

Perkembangan terbaru ini jika benar dilihat akan mengganggu tumpuan Anwar, yang baru-baru ini berkata akan bersara jika gagal dalam misi menawan Putrajaya pada PRU13, mengemudi PR menghadapi pilihan raya umum.

“Malah, ia juga sama sebagaimana kita saksikan dalam video yang ditontonkan oleh Datuk K (kepada media awal 2011) untuk menjejaskan imej Datuk Seri Anwar. Malah ,ia muncul beberapa hari selepas Peguam Negara membuat rayuan dalam kes Datuk Seri Anwar Ibrahim yang telah pun dibebaskan.

“Perkara (laporan) ini tidak mengejutkan kami sebab skrip adalah sama dan digunakan oleh musuh-musuh kami untuk pilihan raya umum,” kata Shamsul Iskandar, yang juga seorang peguam.

Beliau menambah, ia akan membawa kesan buruk ke atas BN khususnya Umno selepas beberapa usaha mereka sebelum ini untuk memburukkan imej Anwar ternyata telah gagal.


—Sinar Harian Oline

“Duduk diam-diam di rumah dan jaga cucu”


Dari Malaysiakini

01 Februari 2012

Anwar nasihatkan Mahathir supaya ‘duduk diam-diam’

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menasihatkan mantan perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamed supaya “duduk diam-diam di rumah dan jaga cucu di rumah” serta tidak ‘menyerangnya’ tanpa sebarang asas.

anwar at pkr chinese new year open house at batuKatanya, beliau sudah lali dengan tohmahan yang dilemparkan kepadanya sejak bertahun-tahun itu.

“Itu orang tua belum habis lagi ka? Sudah la tu. Dia dan keluarga sudah kaya-raya, Mirzan dah berbilion.

“Cukuplah, duduk diam-diam di rumah dan jaga cucu di rumah,” katanya kepada lebih 1,000 hadirin di acara rumah terbuka Tahun Baru Cina PKR Batu di Dewan Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Jinjang Selatan, Kuala Lumpur.

Anwar yang juga ketua umum PKR mengulas serangan bekas ketuanya pada Isnin lalu yang berkata bekas timbalan perdana menteri itu memang mempunyai hubungan rapat dengan Yahudi dan malah berkawan dengan anggota kongres Amerika Syarikat yang berbangsa Yahudi.

Mahathir juga dilaporkan berkata Anwar suka jika dipuji oleh orang Barat.

“Dia kata saya dekat dengan orang Israel. Dulu dia kata saya ikut orang Cina. Kalau jadi PM, saya akan jual negara ini pada orang Cina.”

“Dey ane! Mana satu ini.

anwar at pkr chinese new year open house at batu“Hari itu saya pergi majlis Ponggal, saya pakai topi India. Macam MGR (bintang filem India). Nanti dia kata saya ikut orang India pula!” sindir Anwar.

Ucapannya disambut dengan tepukan gemuruh daripada hadirin yang sebahagian besarnya masyarakat Cina yang telah menyambut beliau dengan paparan tarian singa sebelumnya.

Anwar juga diraikan dengan hidangan ‘yee sang’ dan disertai oleh pemimpin-pemimpin PKR serta komponen Pakatan yang lain.

Turut hadir Naib Presiden PKR yang juga ahli parlimen Batu, Tian Chua dan ahli parlimen Kelana Jaya, Loh Gwo Burne.

Selain di Jinjang, Anwar turut mengunjungi Tokong Pooling Keong, di Setapak, perumahan rakyat di Wangsa Maju, Bandar Tun Razak, Lembah Pantai dan Little India di Brickfields.

Anwar juga berkata, Pakatan Rakyat mahu mengambil alih Putrajaya dari kerajaan yang mengamalkan rasuah dan dasar memecah belahkan kaum.

anwar at pkr chinese new year open house at batu“Kita tak mahu kerajaan yang ‘pu hau’ (tidak baik) dan ‘siau ren’ (orang yang bingung)

“Di sini dia (kerajaan) cakap tentang satu Malaysia, tapi di sana ada kes baling kepala babi (di masjid). Di sini dia kata nak jaga rakyat, tapi tanah, balak beri pada anak bini menteri.

“Sampai ‘lembu’ pun dia nak angkat,” katanya merujuk skandal National Feedlot Corporation (NFC), sambil disambut ketawa orang ramai.

Justeru, katanya, rakyat tidak ada pilihan selain menolak kerajaan BN pada pilihan raya umum akan datang.


—Malaysiakini

Tidak Risau Rayuan, Fokus Pilihanraya – DSAI

Dari: Wall Street Journal

27 Januari 2012

Malaysia’s Anwar Presses On Despite Appeal

By SHIBANI MAHTANI

KUALA LUMPUR—Malaysian opposition leader Anwar Ibrahim said he isn’t worried about state prosecutors’ move to appeal a court decision acquitting him of sodomy earlier this month, and said he remains confident it won’t derail his campaign to lead a new government to power in elections expected later this year.

“The judgment [in the sodomy case] was very strong” and “difficult to appeal,” Mr. Anwar said in an interview with The Wall Street Journal at his political party’s headquarters here Thursday. He said the appeal process, which began Jan. 20, would likely take at least six months, meaning it could loom over and outlast the election campaign.

Prime Minister Najib Razak has to call an election by March 2013, but under Malaysia’s parliamentary system of government, many analysts predict it will be called much sooner, triggering one of the most fiercely fought electoral contests this resource-rich nation has ever seen. Mr. Anwar said he believes the election is unlikely to take place later than June.

Since the Jan. 9 verdict by a High Court judge—who acquitted Mr. Anwar of violating Malaysia’s strict sodomy laws citing a lack of witnesses and flawed DNA evidence—the 64-year-old opposition leader has begun mobilizing support in this multiracial country, promising reforms to dismantle a decades-old affirmative-action program designed to give a leg up to the majority ethnic-Malay population while also targeting what he describes as widespread cronyism in Mr. Najib’s government. If elected, Mr. Anwar said he will accelerate privatizations and do more to enable free markets to operate more efficiently, such as improving transparency in the bidding for government contracts.

Mr. Najib, 58 years old, is also keen to brand himself a reformer in part to win back ethnic-Chinese and Indian voters who in recent years largely have thrown their support behind Mr. Anwar’s opposition alliance. Mr. Najib has also embarked on a series of sales of government assets to spur growth. Earlier this month, a government state investment fund sold its stake in car marker Proton Holdings Bhd. to conglomerate DRB-Hicom Bhd., and last year government-linked funds swapped shares in state-run Malaysian Airline System Bhd. with budget airline AirAsia Bhd.

“The overall principle is that we want the government-linked companies to sell off their noncore and noncompetitive assets,” Mr. Najib said in an interview two weeks ago. “We are always looking out for how to add value to the country.”

Mr. Anwar, though, criticized the way Mr. Najib’s government pursued these privatizations, saying that without open, public tenders, key companies remain controlled by a well-connected few.

Privatization “looks good, but look again at the procedures,” said Mr. Anwar. “The issue is not about privatization, it is blatant corruption.”

Following the Proton deal, state investment fund Khazanah Nasional said in a statement that it chose the best suitor for the job and the country.

A Malaysian government spokesperson said Thursday the government is “fully committed to openness and transparency in all privatizations and divestments of state-owned assets and to tackling corruption wherever and whenever it is found.” The spokesperson noted that Malaysia has introduced a new online database of government contracts so that anybody can alert authorities to any potentially improper actions.

“We are determined to ensure that all government contracts are awarded through a process that is fair and open to scrutiny,” the spokesperson said.

After being embroiled in the sodomy trial—which he claims was politically motivated—Mr. Anwar is now shifting gears from defending his reputation to fighting to win an election.

Once a high-ranking member of the United Malays National Organization that has run Malaysia since independence from Britain in 1957, he was sacked from the party and lost his post as deputy prime minister after challenging former leader Mahathir Mohamad in the 1990s. He was subsequently charged for sodomizing his driver and his speechwriter, and spent six years in prison before his conviction was overturned.

After leading the opposition to one of its strongest-ever showings in 2008’s national elections, Mr. Anwar was accused by former aide Saiful Bukhari Azlan of sodomizing him, setting in train another marathon, headline-stealing trial which Mr. Anwar again said was designed to end his political career. Mr. Najib and his government have repeatedly denied having anything to do with the case.

Now, after Judge Zabidin Diah acquitted Mr. Anwar, ruling that the forensic evidence presented against the opposition leader was flawed, Mr. Anwar argues that he isn’t just “anti-UMNO” but has his own set of policies geared toward restoring Malaysia’s competitiveness in a global economy where countries such as Vietnam and Indonesia are emerging as alternative magnets for investment.

“We must always compare Malaysia to Singapore, South Korea and Taiwan,” said Mr. Anwar. “That’s what we were.”

If elected, Mr. Anwar said he would speed up the removal of racial quotas for university places and focus on helping lower-income groups regardless of race instead of solely aiding ethnic Malays.

In the interview, Mr. Anwar also clarified his position on homosexual rights and Malaysia’s sodomy laws, and also the Muslim-majority nation’s relationship with Israel.

“I support all efforts to protect the security of the state of Israel,” said Mr. Anwar, although he stopped short of saying he would open diplomatic ties with the Jewish state, a step which he said remains contingent on Israel respecting the aspirations of Palestinians. Malaysia has consistently refrained from establishing diplomatic relations with Israel, although limited commercial ties exist between private companies in the two countries.

In response to recent local reports that he supported gay marriage, Mr. Anwar said they were wrong and that he “believes in and supports the sanctity of marriage between men and women.” The opposition leader is suing government-linked newspaper Utusan Malaysia for defamation, alleging that it implied he supports and wants to legalize homosexuality.

Still, Mr. Anwar said that Malaysia’s sodomy laws are “archaic” and could be amended.

“It is not my business to attack people or arrest people based on their sexual orientation,” he said.


—Wall Street Journal

Rayuan Fitnah 2 untuk Hapuskan DSAI

Dari: Malaysian Insider

21 Januari 2012

Rayuan memarakkan idea BN ingin hapuskan Anwar, kata penganalisis

KUALA LUMPUR, 21 Jan — Keputusan untuk merayu pembebasan Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam kes liwat beliau telah menyemarakkan kepercayaan bahawa Barisan Nasional (BN) tidak akan berputus asa dalam usaha menamatkan cita-cita politik Ketua Pembangkang berkenaan, demikian menurut penganalisis politik tanah air.

Pendakwa raya telah memfailkan rayuan semalam walaupun hakim perbicaraan, Datuk Mohd Zabidin Mohd Diah menegaskan bahawa bukti DNA dalam kes tersebut mungkin telah dikompromi apabila disabitkan tidak bersalah meliwat pembantunya, Mohd Saiful Azlan Bukhari.

“Majoriti rakyat Malaysia berasa sinikal terhadap siri kezaliman di atas siri pertuduhan jenayah yang dikenakan terhadap Anwar, bahawa (BN mahu menjatuhkan Anwar) merupakan kesimpulan yang paling mungkin dicapai,” menurut Presiden Bar Council Lim Chee Wee kepada The Malaysian Insider.

Beliau turut mempersoalkan mengapa Peguam Cara Negara II, Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden,” orang ketiga terpenting Ketua Hakim Negara”, harusnya meluangkan masa “mendakwa jenayah yang tidak mempunyai mangsa dan berasaskan moral” daripada tuduhan yang lebih serius seperti rasuah dan kes bunuh.

James Chin, pensyarah Sains Politik di Monash Universiti menjelaskan kepada AP bahawa pergerakan itu melibatkan kesan negatif terhadap Datuk Seri Najib Razak yang mendakwa beliau tidak terlibat dan tidak masuk campur terhadap pertuduhan tersebut dan serius untuk memastikan keadilan sivil.

“Ia merupakan halangan untuk Anwar kerana beliau akan menghabiskan masa terhadap proses rayuan dan tidak bersedia untuk pilihan raya,” tambahnya.

Ibrahim Suffian, penyelidik bebas di Merdeka Center berkata kepada Reuters “rayuan terhadap pertuduhan itu bermain di sekitar cerita pembangkang bahawa kerajaan tidak akan berhenti daripada menghapuskan perjuangan politik Anwar.”

“Perkara itu turut menyelubungi reformasi Perdana Menteri pada masa terdesak untuk pilihan raya dalam masa terdekat. Suka atau tidak, rakyat Malaysia akan mengaitkan kerajaan dengan perkara ini,” tambahnya.

Pakatan Rakyat (PR) dan Anwar telah berkempen ke serata negara sejak Saiful membuat pertuduhan kali pertama pada Jun 2008, dan mendakwa tuduhan tersebut merupakan permainan politik untuk menamatkan harapan pakatan pembangkang tersebut untuk menguasai negara.

Menurut pemerhati Kebebasan Hak Asasi Manusia, kerajaan BN telah gagal mengambil peluang yang dihulurkan oleh Mahkamah Tinggi dengan “merayu bagi pertuduhan yang memotivasikan politik Anwar.”

“Keputusan ini bermakna rakyat Malaysia akan terus dihadapkan dengan komplot politik di mahkamah, memandangna kerajaan menjadikan perbicaraan terhadap sebuah kes yang sepatutnya bukan kes jenayah,” kata Timbalan pemerhati kebebasan manusia Asia, Phil Robertson.

Anwar, 64, pertama kali dikenakan tuduhan sama pada 1998, sebelum dibebaskan enam tahun kemudian.

Ketua umum PKR itu kemudian mengemudikan pakatan pembangkang sampai menghalang BN daripada menguasi majoriti dua per tiga Parlimen serta merampas lima kerajaan negeri dari bawah BN.

Sementara itu, Datuk Ambiga Sreenevasan, pengerusi pergerakan Bersih 2.0, percaya pentadbiran Najib akan mengalami kes senjata makan tuan.

“Nama baik mereka mungkin telah diperoleh sebelum ini daripada pembebasan sebelum ini akan jatuh dengan rayuan ini, menyedihkan!” katanya melalu Twitter semalam.


— Malaysian Insider

Pinda Undang-udang Yang Aibkan Manusia – DSAI

Dari: Malaysiakini

20 Januari 2012

Anwar: Pinda undang-undang aib musuh politik

Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim mencadangkan supaya undang-undang yang didakwanya digunakan untuk mengaibkan seseorang, dipinda termasuk peruntukan dalam seksyen 377 (B) dan 377 (C) Kanun Keseksaan.

Katanya, pindaan tersebut perlu dibuat bagi memastikan supaya ianya tidak digunakan untuk menghina seseorang khususnya terhadap musuh dalam politik.

“Memang undang-undang yang ada, (seperti) 377 (B), 377 (C) digunakan untuk mengaibkan orang, digunakan untuk musuk politik,” dakwanya.

“Orang bertanya kenapa tidak meminda undang-undang yang ada. Ya, saya akan pinda… supaya memastikan (ianya) tidak bermaksud untuk menghina orang,” katanya yang juga ketua pembangkang.

Anwar turut menempelak pihak tertentu yang mempertahankan undang-undang yang didakwanya “jumud” digunakan untuk memfitnah seseorang.

Beliau berkata demikian dalam ucapannya malam tadi bagi mengulas kontroversi wawancaranya dengan rangkaian penyiaran British (BBC) yang dilaporkan minggu lalu sehingga beliau dituduh menyokong homoseksual.

Rangkaian itu meminta Anwar menyatakan pendirian sama ada beliau bersedia memperjuangkan ‘idea anti-diskriminasi’ terhadap kumpulan itu dan menegaskan masyarakat Islam dan bukan Islam di Malaysia secara keseluruhannya percaya dan komited menyokong kesucian perkahwinan antara lelaki dan wanita.

“Tetapi kami tidak harus dilihat sebagai menyusahkan dan menganggap undang-undang lapuk sebagai relevan,” kata Anwar dalam temubual dengan BBC itu.

Bercakap di majlis kesyukuran sempenan pembebasannya daripada tuduhan liwat pada 9 Januari lalu, Anwar menegaskan kenyataannya bahawa Islam dan bukan Islam menyokong perkahwinan lelaki dan perempuan menjawab perbuatan seks bebas, homoseksual dan lesbian.

Anwar yang juga bekas presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) berkata, umat Islam tidak boleh menghukum seseorang melakukan “perselingkuhan” kecuali ianya dilakukannya di hadapan umum.

“Orang berkata, itu kalau di tempat persendirian? Kamu tahu mana?… Bukan mengendap atau merobek privasi orang, tidak boleh,” tegasnya di hadapan tetamu yang hadir di kediamannya di Segambut Dalam, malam tadi.

Selain beberapa pemimpin PKR, turut hadir di majlis itu ialah bekas menteri kabinet, Tan Sri Kadir Sheikh Fadzir, yang turut serta bersolat maghrib, solat hajat, solat Isyak serta majlis bacaan Yassin sebagai tanda kesyukuran di atas pembebasan Anwar daripada tuduhan tersebut.

Mengimbau kisah pada hari keputusan liwat II diumumkan, Anwar yang juga ahli parlimen Permatang Pauh sempat bersarapan bersama-sama ahli keluarganya selepas bersolat subuh.

Bahkan, beliau juga sempat memeluk dan mencium ahli keluarganya kerana berkemungkinan beliau mungkin tidak balik sekiranya didapati bersalah, walaupun jauh di sudut hatinya, beliau merasa akan dilepaskan.

“Paling tidak, mungkin dibenarkan diikat jamin. Tetapi berlaku sebaliknya. Jika bersalah, mungkin riuh dalam negara dan menjadi fokus di luar negara.

“(Tetapi) saya lepas. Saya tidak tahu (sebabnya). Mungkin hakim tahu, sebab (penghakiman) dibaca cepat, beliau keluar pun cepat, tak sempat (saya) nak angkat tangan,” katanya diiringi dengan gelak ketawa hadirin.

“Yang saya pasti, the power of prayer. (Kuasa doa) ini adalah luar daripada pertimbangan politik,” katanya sambil memaklumkan masyarakat tempatan dan antarabangsa turut mendoakan agar beliau dibebaskan.

Katanya, dengan keputusan itu juga menyebabkan media arus perdana “meroyan macam orang gila” dengan mencari apa-apa sahaja” untuk menyerangnya, bahkan ada pihak yang terkejut dan kesal dengan pembebasan beliau itu.

Dalam kesempatan itu juga, Anwar turut menceritakan pengalaman beliau bersama isterinya Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail bertemu dengan cucu bekas perdana menteri India, Rajmohan Gandhi, yang mana temujanji itu telah lama diatur sebelum keputusan liwat II ditetapkan.

Katanya, Rajmohan memperuntukkan masa selama lima jam berbincang dengan Anwar secara peribadi, berhubung usaha memartabatkan perjuangan demokrasi.

Menurutnya dalam perjalanan menuju kediaman Rajmohan yang terletak di atas bukit di Panchgani – yang memakan masa selama lima jam dari Mumbai – Anwar singgah minum sejenis air teh yang menyebabkan beliau teringat akan kelazatannya.

Anwar juga berkata selepas berada di India, beliau bertolak ke Turki untuk memenuhi undangan bertemu dengan Perdana Menteri Raceb Tayyib Erdogan.

Bagaimanapun beliau terpaksa menangguh untuk bertemu Presiden Turki Abdullah Gul kerana terpaksa pulang ke tanah air bagi menghadiri Konvensyen Pakatan Rakyat di Alor Setar, Kedah.

Dalam ucapannya selama 45 minit itu juga, Anwar turut memberitahu bahawa beliau menerima banyak ucapan tahniah melalui emel, SMS dan panggilan telefon daripada pelbagai pihak berhubung keputusan tersebut.

Antaranya bekas naib presiden Amerika Syarikat Al-Gore, bekas perdana menteri Kanada Paul Martin dan ulama tersohor Yusuf Al-Qaradhawi dan Dr Wahbah Al-Zuhaili.

Sebelum itu, orang ramai termasuk penyokong memenuhi halaman rumahnya bagi menghadiri majlis kenduri kesyukuran sempena pembebasan beliau daripada tuduhan liwat II.

Sebanyak empat khemah besar dipasang di halaman rumah tokoh pemimpin PKR itu dan dihamparkan tikar bagi membolehkan hadirin yang hadir duduk bersolat dan duduk mendengar tazkirah ringkas yang disampaikan ketua penerangan PKR Dr Mohd Nor Manuty.


—Malaysiakini

Fitnah: Anwar Saman Utusan RM 50 juta

Dari: Malaysian Insider

17 Januari 2012

Halal homoseksual: Anwar mahu saman Utusan Malaysia RM50 juta

KUALA LUMPUR, 17 Jan — Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Utusan Malaysia kerana mendakwa ketua pembangkang itu “menghalalkan homoseksual” dalam terbitan hari ini.

Akhbar milik Umno itu dalam laporan muka depan bertajuk “Tolak Anwar — Hasan” mengatakan bekas Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Dr Hasan Ali membidas Anwar kerana kerana mempertikaikan undang-undang berkaitan homoseksual di negara ini.

Hasan berkata pendirian Anwar tersebut bukanlah baru kerana itulah pandangan peribadi dan pegangan asasi Ketua Umum PKR itu.

Justeru beliau menggesa rakyat menolak perjuangan Anwar kerana kegiatan tidak bermoral itu jika dihalalkan boleh mencetuskan pergolakan dan perpecahan dalam masyarakat serta kekacauan dalam negara.

Menurut Naib Presiden PKR N. Surendran (gambar), laporan yang disiarkan dalam Utusan Malaysia itu berunsur fitnah, tidak benar dan bermotifkan politik.

Isu ini berbangkit selepas Mingguan Malaysia, edisi mingguan Utusan Malaysia baru-baru ini mendakwa Anwar semasa temubual bersama BBC mengatakan ketua pembangkang itu mempertikaikan undang-undang berkaitan kegiatan homoseksual di negara ini.

Akhbar itu dalam laporan muka depan bertajuk “Anwar ulas isu gay” turut mengatakan undang-undang berkaitan homoseksual di Malaysia tidak boleh diterima dan sudah lapuk.

“Laporan-laporan yang disiarkan itu adalah fitnah, tidak benar, bermotifkan politik dan menunjukkan etika kewartawan yang rendah,” kata Surendran yang juga peguam Anwar.

Jelas peguam hak asasi ini, semasa temubual bersama BBC Anwar meminta agar undang-undang lapuk dikaji semula dan menegaskan “Kami masyarakat Islam dan bukan Islam di Malaysia secara keseluruhannya percaya dan komited untuk menyokong kesucian perkahwinan antara lelaki dan wanita. Kami tidak menggalakkan homoseksual di khalayak.”

“Ini jelas menunjukkan apa yang dilaporkan Utusan Malaysia tidak benar,” katanya.

Dalam pernyataan tuntutan yang diserahkan kepada pengurusan Utusan Malaysia, Anwar menuntut ganti rugi sebanyak RM50 juta dan memberikan tempoh 48 jam untuk melaksanakan tuntutan Ahli Parlimen Permatang Pauh itu.

Anwar menuntut Utusan Malaysia menarik balik segala laporan palsu dan permohonan maaf terhadap dirinya dan menuntut permohonan maaf disiarkan di muka hadapan akhbar itu.

Anwar menamakan editor Utusan Malaysia sebagai defendan pertama dan Pengarah Urusan Utusan Melayu (Malaysia) Bhd.


—Malaysian Insider

Jauhi Fitnah Media Umno

Kenyataan Media Untuk Edaran Segera

Oleh: YB Haji Ahmad Kassim

12 Januari 2012

Jangan Terpengaruh Dakyah dan Fitnah Jahat Media UMNO

Sesuai pembebasan Dato’ Seri Anwar Ibrahim dari pertuduhan fitnah pada 9hb Januari 2012 yang lalu, media yang dikongkong UMNO terus memintal fitnah baru demi menjejaskan wibawa beliau sebagai seorang muslim, rakyat Malaysia dan pemimpin Pakatan Rakyat. Beberapa hari kebelakangan ini, Dato’ Seri Anwar Ibrahim dilontar pula dengan tohmahan bahawa beliau mahu menghalalkan homoseksualiti (hubungan sejenis) di negara ini.

Fitnah yang dipintal media UMNO seperti Utusan Malaysia itu kononnya dipetik dari jawapan Dato’ Seri Anwar Ibrahim ketika ditanya dalam satu wawancara BBC (British Broadcasting Corporation). Sekiranya diteliti jawapan Dato’ Seri Anwar Ibrahim itu, ternyata beliau tidak menyebut berhasrat mahu menghalalkan homoseksualiti di negara ini. Saya nukilkan petikan jawapan Dato’ Seri Anwar Ibrahim tersebut bersama pautan rakaman wawancara BBC itu:

http://www.bbc.co.uk/news/world-asia-16531714

“We will have to review archaic laws

and we, muslims and non muslims generally believe and committed to support the sanctity of marriage between man and woman in Malaysia.

but we should not be seen as punitive and consider the archaic laws as relevant. We need to review them. We do not promote homosexuality in public sphere and domain. We will not make apologies towards that. I think to use this sort of legislation to be punitive, punish innocent people cannot be condoned and be tolerated.”

Berdasarkan jawapan dan petikan itu, pertamanya, ditegaskan sebagai orang Islam, kita menjunjung kesucian hubungan perkahwinan antara lelaki dan perempuan. Dato’ Seri Anwar Ibrahim tegas menyatakan bahawa beliau, Parti Keadilan Rakyat dan Pakatan Rakyat tidak menganjurkan, membenarkan ataupun menghalalkan homoseksualiti (hubungan sejenis). Walaubagaimanapun beliau berpendirian undang-undang lapuk yang tidak berlandaskan syarak serta menzalimi rakyat Malaysia wajar disemak. Undang-undang lapuk dan zalim malah boleh digunakan sewenang-wenangnya oleh kekuasaan untuk menghalalkan fitnah jelik ke atas sesiapapun.

Saya ingin menyeru supaya semua pihak merujuk kenyataan atau jawapan tersebut dan tidak dipengaruhi dakyah jahat media UMNO. Justeru saya juga menyeru agar jangan sesiapapun bersekongkol subahat memintal fitnah ini kononnya atas nama perjuangan Islam. Perjuangan Islam tidak sama sekali membenarkan fitnah sedemikian.


YB HJ AHMAD BIN KASIM,
Ahli Parlimen Kuala Kedah,
Pengerusi Biro Pemahaman dan Pemantapan Agama,
Parti Keadilan Rakyat.

“Kalau Anda Boleh, Saya Pun Boleh” – Ketua AMK

Dari: Keadilan Daily

12 Januari 2012

Shamsul: Saya pun boleh saman Perkasa

KUALA LUMPUR 12 Jan: Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK), Shamsul Iskandar Mohd Akin tidak ada halangan sekiranya Pertubuhan Peribumi Perkasa (Perkasa) mahu memfailkan saman terhadap beliau.

Ia ekoran desakan beliau meminta pertubuhan itu menafikan penglibatan mereka dalam insiden letupan berhampiran Mahkamah Jalan Duta pada Isnin lalu.

Sebaliknya, kata Shamsul, beliau juga boleh mengambil tindakan undang-undang terhadap pertubuhan itu kerana memutar belitkan kenyataannya.

“Saman itu adalah hak Perkasa.. saya bersedia untuk menjawab persoalan yang dikemukakan sekiranya mereka benar ingin mengemukakan saman. Tetapi saya juga mempunyai hak untuk menyaman mereka sekiranya dakwaan mereka kosong,” kata Shamsul.

Pengerusi Majlis Pimpinan KEADILAN Melaka itu mengulas laporan portal Sinar Harian hari ini yang memetik kenyataan Setiausaha Agung Perkasa, Syed Hassan Syed Ali yang mahu mengkaji tindakan perundangan ke atas beliau.

“Biar lah mereka nak saman..tapi isu yang saya bangkitkan di dalam media ialah saya membuat desakan kepada Perkasa menafikan mereka terlibat dalam insiden letupan itu.

“Ini kerana mereka juga kelompok yang berada di situ (mahkamah),”

“Saya fikir mungkin Perkasa tidak dapat membezakan desakan untuk menafikan dengan tuduhan,” ujar beliau yang juga seorang peguam.

Dalam pada itu, Shamsul meminta pihak polis mengambil tindakan terhadap laporan Utusan Malaysia yang kononnya memetik sumber polis dengan mendakwa bom berkenaan dibawa peserta himpunan 901.

“Mengapa Utusan Malaysia melabel hanya satu kumpulan iaitu penyokong kempen Anwar Bebas sahaja yang terlibat (insiden letupan), sedangkan ada kumpulan-kumpulan lain termasuk penyokong Saiful dan Perkasa,” tegas beliau.

Sehingga kini, katanya, tidak ada sebarang kenyataan rasmi dari pihak polis mengesahkan laporan berkenaan.

“Sekiranya tidak betul mereka (Utusan) harus membuat jawapan balas atau mengemukakan kenyataan atau sumber dari pihak polis.

“Ia perkara sulit. Mana boleh perkara itu bocor kecuali pihak polis sendiri mahu membocorkan, sebab itu perlu ada jawapan segera dari PDRM. Kalau tidak rakyat akan semakin hilang kepercayaan terhadap pihak polis,” katanya.


—Keadilan Daily

Ceramah Pasca #901 di Hulu Kelang

Ceramah Pasca 901: Anwar Bebas

Lokasi: Dewan AU5, Lembah Keramat, Hulu Kelang, Selangor.
Tarikh: 12 januari 2012
Masa: 9.00 malam (Selepas Isyak)

Penceramah:

1) Sdr. Shamsul Iskandar Mohd Akin – Ketua Angkatan Muda KeADILan (AMK) Malaysia
2) YB Saari Sungib – ADUN Hulu Kelang, Timbalan YDP PAS Selangor.
3) Sdr. Hanipa Maidin – AJK PAS Pusat, Peguam

*Dijemput hadir beramai-ramai bagi mendengar hal berkaitan isu-isu semasa