Jadual Program 25 Oktober – 31 Oktober 2010

Jadual Program Mingguan
Sdr Shamsul Iskandar Mohd Akin
Ketua Angkatan Muda Keadilan Malaysia

25 Oktober – 31 Oktober 2010

Hari / Tarikh Aktiviti Tempat / Masa
Isnin

25 Oktober 2010

Persiapan PRK Parlimen Batu Sapi
Selasa

26 Oktober 2010

Penamaan Calon PRK Parlimen Batu Sapi
Rabu

27 Oktober 2010

Program Jelajah & Ziarah AMK Kelantan

 

Kempen PRK DUN Galas
Khamis

28 Oktober 2010

Dialog bersama AMK Perlis
Kenduri Doa Selamat Cabang Kuala Kedah dan Kubang Pasu
Jumaat

29 Oktober 2010

Program Jelajah Pulau Pinang
Sabtu

30 Oktober 2010

Majlis Kenduri Kesyukuran Cabang Bentong, Paya Besar, dan Temerloh

*Tempat dan Masa akan dikemaskini kemudian. Terima Kasih.

Kenyataan Media : Memimpin Reformasi 3.0

Kenyataan Media
Sempena Pemilihan KEADILAN 2010

“Memimpin Reformasi 3.0″

Politik adalah medan paling ampuh untuk melaksanakan perubahan. Justeru sebarang bentuk percaturan politik memerlukan perkiraan yang mengambilkira semua aspek,bukan sekadar melalui corong-corong sempit. Ini ditegaskan oleh Albert Einstein puluhan tahun yang lampau, “politics is for present, but an equations is for eternity.”

Politik Malaysia di bawah regim Umno-BN menyaksikan bagaimana senario politik negara kelihatan malar dan malap. Suara anak muda segenap lapisan, baik kalangan profesional, mahasiswa, kelompok pertengahan, semuanya dibungkam agar tidak kritis kepada doktrinasi sempit.

KEADILAN usai tahun 1999 (melalui Barisan Alternatif) dan 2008 (melalui Pakatan Rakyat) konsisten untuk menuntut perubahan. Hari ini, melalui pelaksanaan Pemilihan KEADILAN 2010, KEADILAN mengorak langkah baru yang tidak dicetus oleh mana-mana parti politik dalam negara. Ini satu batu tanda, pembuktian jelas bagaimana KEADILAN menyatakan kesediaan untuk mengorak langkah, memimpin harapan rakyat ke Putrajaya.

Pematangan Gelombang Reformasi telah melalui dua fasa: fasa pertama di saat Dato’ Seri Anwar Ibrahim ditahan pada tahun 1998; fasa kedua di saat pembebasan Dato’ Seri Anwar Ibrahim pada tahun 2004. Usai Pilihanraya Umum 2008, Gelombang Reformasi telah secara rasmi masuk ke fasa ketiga: Reformasi 3.0.

Reformasi 3.0, meskipun dilihat berada dalam arus yang selesa, ianya bukan sesuatu yang muda. Gelodak fitnah dan penindasan yang giat dilakukan Umno-BN nyata sekali membuktikan betapa Umno-BN begitu rakus dan tidak bersedia berhadapan dengan hasrat dan harapan rakyat.

Justeru, Reformasi 3.0 harus digarap dengan 5 agenda utama:

- Pengukuhan dan pemantapan organisasi & ekonomi parti
– Penggemblengan sokongan generasi muda
– Penolakan total politik perkauman
– Pemantapan pemahaman rakyat bagi ‘Keadilan Untuk Anwar Ibrahim’
– Memimpin Harapan Rakyat Menuju Putrajaya

Reformasi 3.0 bukan satu retorik, ianya fasa ‘taddaruj’, di mana pengukuhan dan pengupayaan perlu direalisasikan dengan iltizam, semangat dan harapan yang diadun dengan sempurna dan istiqamah. Ayuh generasi muda, kita pimpin Reformasi 3.0!

SHAMSUL ISKANDAR MOHD AKIN
Ketua
Angkatan Muda Keadilan Malaysia

Berita : “T Junction, Bukan U-Turn” – Shamsul Iskandar

Shamsul 2 Oleh Nazli Ibrahim

PETALING JAYA: “Ini bukan ‘U turn’ tetapi sampai ke ‘T Junction’. Ambil ke kanan boleh, ke kiri pun boleh.  Oleh itu saya memilih untuk ke kanan iaitu memilih bertanding jawatan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) bukan ke kiri – Naib Presiden”.

Demikian kata calon Ketua AMK, Shamsul Iskandar Mohd Akin menepis laporan beberapa akhbar sebelum ini yang melabel beliau sebagai ‘Mr U turn’ apabila menukar pendirian daripada bertanding jawatan Naib Presiden kepada Ketua AMK.

 

“Saya tidak menyalahkan mereka (media) kerana pada saya itu tafsiran. Ketika saya mengumumkan kira-kira sebulan lalu untuk meminta rakan-rakan memberikan pencalonan bagi jawatan Naib Presiden, itu dibuat dengan hati yang cukup jelas.

“Memang kita tawar diri untuk mendapat pencalonan.  Tetapi itu bukan ‘U turn’ tetapi ‘T Junction”, kata beliau lagi ketika berucap di hadapan penyokong-penyokongnya selepas menyerahkan borang penerimaan pencalonan Pemilihan 2010 Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Ibu Pejabat parti itu di Tropicana, Petaling Jaya semalam.

Beliau juga memberitahu peluang kemenangan belum tentu memihak kepadanya walaupun beliau merupakan calon yang mempertahankan jawatan kerana faktor kelewatannya mengumumkan untuk bertanding merebut Ketua AMK.

‘Perlumbaan arnab dengan kura-kura’

Bagaimanapun beliau juga mengingatkan orang ramai kisah ‘perlumbaan arnab dengan kura-kura’ yang akhirnya dimenangi oleh kura-kura yang bergerak lebih perlahan berbanding arnab.

Selain itu beliau juga mahukan pertandingan ini dijalankan secara sihat dan dalam suasana kekeluargaan kerana bagi beliau, musuh sebenar adalah Umno dan Barisan Nasisonal.

Sebelum ini, Shamsul mengumumkan kesediaan beliau untuk bertanding jawatan Naib Presiden apabila menerima jumlah pencalonan tidak rasmi kedua tertinggi bagi Naib Presiden.

Namun begitu, beliau menukar pendirian di saat-saat akhir bagi mempertahankan jawatan Ketua AMK.