Anwar Ibrahim Lambang Perpaduan dan Pemacu Perubahan Rakyat – Dr Syed Husin Ali


Dari Selangorku

11 Disember 2012

Anwar Lambang Gerakan Perpaduan dan Perubahan Rakyat

PETALING JAYA, 11 DIS : Senator Dr Syed Husin Ali menyifatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai lambang gerakan bagi perpaduan dan pemacu perubahan rakyat di negara ini.

Ini kerana menurutnya, Anwar yang juga Ketua Umum PKR merupakan medium utama dalam menyuara dan membawa kehendak rakyat yang inginkan perubahan dari sudut politik, ekonomi dan sosial di Malaysia.

Beliau berkata, penerimaan rakyat terhadap Anwar sebagai ikon perubahan mencetuskan kebimbangan di kalangan pemimpin Umno-BN.

“Dalam kehendak untuk perubahan ini, kita bernasib baik kerana mempunyai seorang pemimpin yang amat dikagumi. Rakyat terimanya sebagai lambang dan kerana itu Umno-BN terlalu takut untuk mengadakan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13).

“Dalam membicarakan soal peristiwa di Baling, Kedah pada tahun 1974, kita mempunyai lambang yang merupakan pimpinan di mana beliau (Anwar) mengalami kezaliman yang dikenakan ke atas pejuang Baling,” katanya semasa syarahan signifikan memperingati demonstrasi Baling di Dewan Sivik Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), di sini malam tadi.

Syarahan itu merupakan anjuran Angkatan Muda Keadilan (AMK) dan dihadiri aktivis antaranya Prof Gurdial Singh, Kamarazaman Yaakob dan Syed Hamid Ali.

Dalam pada itu, Syed Husin turut menyeru rakyat supaya bersatu-padu dalam memacu perubahan dari sudut pemerintahan setelah lebih 50 tahun ditadbir oleh Umno-BN.

Beliau berkata, soal perpaduan itu bukan hanya melibatkan golongan tertentu, sebaliknya perlu disertai oleh semua pihak tanpa mengira kedudukan, bangsa dan agama.

“Taraf kemiskinan tidak berubah walaupun sudah lebih 50 tahun dan dalam tempoh sama kerajaan juga tidak berubah. Kita perlu ubah dan dalam keadaan sekarang rakyat mahu perubahan.

“Pihak pemerintah takut akan perpaduan dan perubahan. Soal perpaduan bukan Umno dengan PAS, bukan dengan orang Melayu sahaja, kalau nak perpaduan yang sebenarnya perlu libatkan semua rakyat daripada semua golongan,” katanya lagi.


— Selangorku

Peristiwa Baling 1974: Kebangkitan Rakyat Yang Dizalimi Umno BN


Dari KeadilanDaily

11 Disember 2012

Melayu diseru jadikan demonstrasi Baling iktibar kezaliman Umno BN

KUALA LUMPUR 11 Dis: Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu orang Melayu mengambil iktibar peristiwa demonstrasi Baling akibat penindasan oleh pemerintahan kerajaan Umno BN.

Beliau berkata, ia perlu dijadikan pengajaran bahawa rakyat yang miskin dan terpinggir turut mampu bangkit melawan sistem yang tidak adil.

“Orang andaikan perubahan hanya akan berlaku dengan kesedaran orang bandar yang terdidik. Saya tidak setuju…Ia secara tidak langsung adalah serpihan dari pemikiran yang memperkecilkan (orang lain).

“Baling adalah antara daerah terpencil, masyarakatnya paling terpinggir (dan) tahap pendidikannya terendah…Tetapi mampu bangkit suarakan pandangan bahawa sistem yang ada itu bobrok kerana tidak dapat pertahankan hak dan keadilan mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan syarahan utama dalam program ‘Syarahan Baling: Memperingati Demonstrasi Baling 1974 dan Sambutan Hari Hak Asasi Manusia’ di Dewan Sivik MBPJ, Petaling Jaya malam tadi.

Ketua Pembangkang berkata, orang Melayu harus diyakinkan bahawa nasib dan kedudukan mereka akan lebih terjamin bersama Pakatan Rakyat.

“Ada yang kata orang Melayu sekarang rasa tergugat. Sebab itu masalah kemiskinan diremehkan, masalah penipuan diketepikan, masalah rasuah tidak diambil berat. Mereka takut tanpa Umno, nasib orang Melayu tidak terbela.

“Kita harus terangkan (bahawa) kemiskinan (dan) kesusahan mereka serta kezaliman ini adalah kerana dasar yang diteruskan Umno BN,” katanya depan lebih 300 hadirin.

Beliau menyarankan program seperti ini perlu terus diadakan dengan lebih mendalam seperti kupasan dasar pertanian dan ekonomi ketika demonstrasi Baling dahulu.

Program anjuran Angkatan Muda KEADILAN (AMK) ini bertujuan menyorot kembali peristiwa bersejarah kebangkitan rakyat bersama mahasiswa menentang dasar pemerintah yang gagal membela nasib mereka.

Demonstrasi pada Disember 1974 itu tercetus akibat masalah kemiskinan para penoreh getah di Baling serta kawasan sekitarnya semakin memuncak sehingga ada yang mati kelaparan.

Ekoran itu, pemimpin mahasiswa yang terlibat, antaranya Anwar (Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia), Syed Husin Ali (pensyarah Universiti Malaya) dan Kamaruzaman Yaakob (Presiden Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya) ditangkap dan ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Terdahulu, acara dimulakan dengan forum bersama peserta demonstrasi Baling dibarisi ahli panel Kamaruzaman Yaakob, Ketua Cabang KEADILAN Batu Pahat, Syed Hamid Ali dan pensyarah Undang-undang UM, Professor Gurdial Singh.

Turut berucap, Syed Husin yang juga mantan Timbalan Presiden KEADILAN, serta deklamasi sajak oleh penyair Benz Ali dan persembahan Nik Jidan.


— KeadilanDaily

Peristiwa Baling 1974 Jadi Contoh Kebangkitan Rakyat Tuntut Keadilan


Dari Selangorku

11 Disember 2012

Peristiwa Baling Jadi Contoh Kebangkitan Rakyat

PETALING JAYA, 11 DIS : Peristiwa Baling, Kedah pada tahun 1974 yang menunjukkan kebangkitan rakyat dalam menuntut keadilan harus dihayati dan dijadikan iktibar oleh semua masyarakat, kata Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata, walaupun peristiwa Baling merupakan suatu sejarah terpencil, namun ia mampu membangkitkan suara dan pandangan rakyat bahawa sistem pimpinan kerajaan pada ketika itu adalah ‘rosak’.

“Upacara memperingati peristiwa Baling harus dijadikan acara tahunan yang perlu disebarluaskan supaya anak muda tahu apa yang berlaku dari kebangkitan rakyat era 70 an.

“Jangan kita andaikan kelompok paling miskin itu tidak ikuti perkembangan semasa. Peristiwa Baling harus mengajar bukan sahaja pengalaman sejarah, tetapi mengajar orang bandar bahawa rakyat di desa boleh beri pimpinan,” katanya semasa menyampaikan syarahan memperingati Demonstrasi Baling di Dewan Sivik Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), di sini semalam.

Hadir sama, Senator Dr Syed Husin Ali, aktivis Prof Gurdial Singh, bekas Presiden Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya, Kamarazaman Yaakob, Syed Hamid Ali dan Ketua AMK Pusat, Shamsul Iskandar Md Akin.

Pada 1974, Anwar melancarkan demonstrasi besar-besaran apabila ada laporan media yang menyatakan bahawa penduduk di Baling mati kerana kelaparan akibat kemiskinan.

Hasil demonstrasi tersebut, beliau ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalan Negeri (ISA) selama 22 bulan.

Bagaimanapun kesan daripada itu, Kerajaan Umno-BN secara sembunyi terpaksa mengambil tindakan proaktif untuk membangunkan masyarakat luar bandar.

Dalam pada itu, beliau turut menegaskan bahawa soal kepedulian rakyat harus diutamakan dan tidak boleh ditolak ansur.

Menurutnya, seseorang pemerintah itu perlu menegakkan keadilan yang saksama untuk rakyat bagi mengurangkan amalan ‘kronisme’ yang diamalkan Kerajaan Umno-BN sekarang.

“Memacu pembangunan itu adalah suatu kemestian, namun kita tidak boleh izinkan kelompok kecil memunggah kekayaan seperti yang berlaku sekarang. Kita tidak boleh izinkan penyelewengan dan rasuah,” katanya lagi.


— Selangorku

Jelajah Merdeka Rakyat Negeri Melaka Malam ini!


23 November 2012

Jelajah Merdeka Rakyat MELAKA

Jelajah Merdeka Rakyat Melaka:

5.00 ptg:
Hi-Tea di Pekan Tiang Dua, Ayer Molek

7.00 mlm:
Solat & Tazkirah Maghrib di Surau Umri, Serkam Pantai

8.00 – 10.00 mlm:
Ceramah & Jamuan Makan Malam di Dewan Pay Fong, Jalan Kubu, Melaka

10.00 – 12.00 mlm:
Ceramah Perdana Merdeka Rakyat di Taman Muzafar Syah, Ayer Keroh

Barisan Penceramah:
i. YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim
ii. YB Lim Kit Siang
iii. YB Salehuddin Ayub
iv. Sdr Shamsul Iskandar Mohd Akin
v. Pimpinan-pimpinan Pakatan Rakyat


— Team Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Malaysia

Ayuh Turun Janji Bersih! – AMK


Dari Keadilan Daily

13 Ogos 2012

AMK kerah anak muda seluruh negara turun Janji Bersih

KUALA LUMPUR 13 Ogos: Angkatan Muda KEADILAN (AMK), akan menggerakkan anak muda seluruh negara untuk hadir ke Himpunan ‘Janji Bersih’ di Dataran Merdeka, 30 Ogos nanti.

“Sambutan malam kemerdekaan bersekali sambutan hari raya. Kita jangka kehadiran lebih atau menyamai himpunan Bersih 3.0 pada 28 April lalu,” kata Ketuanya, Shamsul Iskandar Mohd Akin.

Katanya, ancaman pihak tertentu untuk menyekat himpunan itu sesekali tidak akan mengubah hasrat mereka bagi menuntut pilihan raya bersih dan adil.

“Ugutan pihak tertentu mengancam bertindak agresif ke atas himpunan Janji Bersih tak menjejaskan semangat kami. Saya nasihat pada mereka, sila baca kembali proklamasi kemerdekaan oleh Tunku Abdul Rahman.

“Kata Tunku, Malaysia yang merdeka adalah negara yang adil, demokratik dan menjamin hak setiap warganya. Penyokong himpunan Janji Bersih faham pesanan ini. Tidak ada masalah. Ini tuntutan kita untuk sistem pilihan raya yang bebas dan adil,” kata Shamsul.


— Keadilan Daily

26/5: Program Jelajah AMK di Perak

8.30am
TANJUNG MALIM (Sdr Saifulzizuan, KAMK TgMalim: 013-2632726, 017-2713208)

-Ketibaan AMK Pusat di Pejabat AMK TgMalim
-Taklimat & Pelancaran
-Konvoi bermotorsikal AMK TgMalim ke penempatan Felda

10.30am
KAMPAR (Sdr Zabidi, KAMK Kampar: 013-3408930, 016-5024754)

-Edar risalah di Pasar Awam Malim Nawar
-Minum pagi
-Melawat Bilik Gerakan Pilihanraya DUN Tualang Sekah

12.30pm
GOPENG (Sdr Eric, Timb/Pemangku KAMK Gopeng: 016-4112570, 017-5612570)

-Makan Tengahari di rumah Sdr Eric Lim

1.30pm
TAMBUN (Sdr Akhdor, KAMK Tambun: 019-5443595)

-Solat Zohor di Masjid Taman Meru
-Edaran Risalah di Pasaraya MYDIN

4.00pm
BAGAN SERAI (Sdr Azroul, KAMK Bagan Serai: 019-5172299, 012-5503677)

-Melawat Bilik Gerakan Pilihanraya AMK Bagan Serai (DUN Alor Pongsu)
-Solat Asar di Masjid Alor Pongsu
-Santai petang & minum the bersama pemuda

6.00pm
BUKIT GANTANG (Sdr Khairul, KAMK Bkt Gantang: 012-2863617)

-Edaran Risalah di Pasar Changkat Jering
-Solat Maghrib dan Tazkirah di Bkt Gantang

9.00pm
PADANG RENGAS (DrMeor, KAMK PdgRengas: 019-2589589)

-HiTea bersama kaum Cina di Pekan Sauk (DUN Chenderoh) bersama YB Tian Chua (6.00pm)
-Lawatan /pemberian hadiah kepada pengantin: Sdr Suhaizam, AMK Pdg Rengas
-Ceramah Perdana 1: Pekan Sauk (DUN Chenderoh)
-Ceramah Perdana 2: Tmn Kuala Kangsar (DUN Lubok Merbau)
-YB Tian Chua, Dr M Nur Manuty, Shamsul Iskandar,Dr Meor Ahmad

–Team Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Malaysia

Jelajah DSAI: Siaran Langsung di Portal Selangorku Malam ini.

Malam ini ceramah Jelajah Datuk Seri Anwar Ibrahim “Merdeka Rakyat” di Lembah Pantai akan disiarkan secara langsung di http://www.selangorku.com/

24hb Mei

Diskusi: Halatuju Politik & Ekonomi Negara

Masa Siaran: 9.00 mlm – 11.30 mlm

Lokasi: Pantai Permai, Pantai Dalam

Penceramah:
1) Datuk Seri Anwar Ibrahim
2) YB Nurul Izzah
3) YB Tian Chua
4) Sdr. Shamsul Iskandar

— Team Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Malaysia

Program Ketua AMK Pada 19/5/2012

Program Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK), Shamsul Iskandar Mohd Akin:

Sabtu (19 Mei 2012):

10.00 pagi:
Program pelancaran jentera pilihanraya Negeri Sembilan
-Program penerangan peranan dan tugas AMK
(Ibu Pejabat KEADILAN Negeri Sembilan)

2.30 – 6.30 petang:
Program pelancaran jentera pilihanraya Melaka
-Program penerangan peranan dan tugas AMK
(Ibu Pejabat KEADILAN Melaka)

5.30 petang:

Program Hi-Tea bersama Datuk Ambiga
(Markaz PAS Merlimau)

9.00 – 12.00 tgh malam:
Ceramah 1 bersama Rafizi Ramli (Pengarah Strategi KEADILAN)
(Ledang)

Ceramah 2 bersama YB Zuraidah Kamaruddin (Ketua Wanita KEADILAN)
(Gadek, Melaka)