Penyelesaian PR Simplistik: Shahrir Tidak Realistik

Angkatan Muda Keadilan Malaysia (AMK) ingin menyanggah kenyataan Menteri KPDNHEP, Dato’ Shahrir Samad yang memandang sinis tekad Pakatan Rakyat (PR) untuk menurunkan harga minyak jika memerintah Malaysia.

Kenyataan Shahrir yang menyatakan bahawa komitmen PR adalah simplistik menggambarkan kedangkalan beliau dalam memahami aspek tadbirurus sumber ekonomi negara.

Komitmen KeADILan dan rakan-rakan PR lainnya untuk menurunkan harga minyak adalah bersesuaian dengan keuntungan yang diperoleh oleh negara melalui hasil eksport minyak yang turun memberi kesan positif kepada perolehan keuntungan Petronas setiap tahun.

Malah AMK berpendapat, usaha kerajaan bahawa untuk mengsubsidikan RM10 billion keuntungan Petronas kepada sektor makanan perlu lebih realistik. Shahrir dan pimpinan Barisan Nasional (BN) lainnya perlu akur, bahawa komitmen KeADIlan dan PR untuk menurunkan harga minyak ini dibuat sebelum daripada krisis bekalan makanan berlaku.

Dalam keadaan bekalan makanan dikawal, kerajaan juga perlu prihatin dengan masalah ekonomi rakyat yang terkesan teruk dengan kenaikan harga minyak. Justeru, kawalan harga petrol perlulah diletakkan sebagai prioriti utama usaha pemulihan ekonomi negara.

AMK dengan ini mendesak kerajaan dan Petronas untuk mengemukakan Laporan Kewangan Tahunan merangkumi keuntungan kasar dan bersih,perbelanjaan keluar dan masuk supaya rakyat tahu bagaimanakah hasil bumi Malaysia ini dibelanjakan dan adakah ianya berhemah atau tidak.

AMK menggesa agar perincian menyeluruh keuntungan Petronas, termasuklah punca-punca keuntungan dan ke mana ia dibelanjakan juga didedahkan kepada umum melalui Parlimen agar rakyat boleh menilai keupayaan kerajaan mentadbirurus keuntungan Petronas dengan kredibel.

AMK berkeyakinan penuh bahawa Malaysia sangat berkemampuan untuk mengawal harga minyak domestik sekiranya pengurusan sumber minyak dan keuntungannya diselenggara dengan baik tanpa sebarang bentuk perbelanjaan boros dan tidak menguntungkan majoriti rakyat.

Paling penting, penurunan harga minyak ini boleh direalisasikan dengan menyerahkan pengurusan ini kepada yang pakar dan berkebolehan, konotasi jelas merujuk kepada peralihan kuasa daripada BN kepada PR.

Shamsul Iskandar Mohd Akin
Ketua Angkatan Muda
Parti Keadilan Rakyat

Advertisements

7 thoughts on “Penyelesaian PR Simplistik: Shahrir Tidak Realistik

  1. i’m wondering now, PR actually promised a lot of things before elections, I’m just waiting to see whether it can and will be implemented. Because some things, like for example the reducing of oil prices are quite far out and not easily implemented. Lest, PR would be no different from other “cakap tak serupa bikin” leaders. We want to see whether it is going to happen or not.

  2. Bagi Shahrir, cara mudah untuk menyelesaikan masalah ekonomi rakyat ialah dengan menghantar satu lagi angkasawan UMNO ke angkasa lepas dengan harga ‘murah’ RM$39.11 juta – kali ini untuk mencari minyak di bulan!

  3. Salam~

    Buat Sdr Iskandar satu lagi kisah dan lokaliti yang mungkin masih lagi dalam memori saudara. Maaf kalau bahasanya agak pasar.

    Empangan Jernih – Kerpan dalam Pembikinan

    Luahan Rasa

    DS Ali Rustam, KM UMNO dan ketua BN Melaka mungkin tak pernah belajar lagi apa erti keputusanPRU 12 baru-baru ini। Nak bermain silap mata dan sandiwara dengan rakyat lagi ke? Bila masa kau keluar tender untuk Empangan Jernih? Sekali kau kata Sekali kau kata tender dah keluar sekali lagi kaukata tender baru nak keluar minggu ini, mana satu kenyataan yang betul?

    Surat khabar mana kau keluar tender Empangan Sungai Jernih itu? Atau kau mungkin nak buat’direct nego’ lagi? Kontraktor dah ada dan kau kenal dan faham-faham ajelah. Macam mana kau DSAR boleh panggil tender sedangkan Land Acquisition (LA) dengan orang kampung pun kau tak ‘resolved’ lagi? Kau nak halau orang kampung senang -senang je ke? Kau ingat orang kampung duduk kat tanahharam macam dekat Kampung Berembang atau tanah tu harta pusaka tinggalan leluhur mu?. Kalau kampungtu kampung setinggan sekalipun, bukankah dia orang itu semua manusia yang wajib mendapat pembelaansecara kemanusiaan? Bukankah kau DSAR ketua kerajaan yang wajib menjaga kebajikan rakyatnya?. Kalau kau nak halau orang kampung, dia orang nak duduk mana? Sara hidup dia orang hasil norehgetah, bela haiwan peliharaan lembu, ‘kobau’, buah-buahan, sayur-sayuran dan lain-lain, kau DSARnak ganti pakai duit apa?

    Baru nak mintak peruntukan dari kerajaan tapi tender dah keluar!. Apa kau nak halau orang kampung tanpa membuat penyelesaian atau pampasan terlebih dahulu ke?. Habis orang kampung nak hidup macammana?. Ketuanan melayu jenis apakah ini kalau tanah orang kampung hendak digadaikan sedangkan kausendiri kata baru nak minta peruntukan dari kerajaan pusat.

    Rumah penduduk kat Kampung Sungai Jernih tu pun dah agak selesa. Apa kau nak pindah dia orang masukhutan atau setakat duduk rumah murah je?. Kau tak payah lidah bercabanglah DSAR, Melaka mana adabanyak duit kecuali banyak hutang. Kau dan Kerajaan Melaka dah tak mampu punya nak bela nasiborang kampung. Yang kau tahu cuma nak menyusah dan menganiaya orang-orang kampung. Yang kau tahumintak duit dari kerajaan pusat buat projek ini dan projek tu entah jalan entah tidak pun, kaumungkin tak kisah. Boleh jadi tanah-tanah tu dari asalnya kononnya nak buat empangan, entah akanjadi apa lepas ni. Macam juga tanah A Farmosa dulu. Dulu siapa punya tanah A Famosa tu dan sekarangini siapa punya? Macam nasib tanah-tanah orang awam yang bakal menjadi milik rakyat asing di WPI.Ketuanan Melayu ke macam ni? Ingat DSAR, berapa banyak tanah orang kampung kau dah dan nak ambilkat negeri Melaka ni. Belum lagi dicampur cerita-cerita KM dulu yang ada kes dengan seorang gadistu.

    DSAR, kau tak payah lah nak ‘tai-chi’ dengan orang kampung lagi. Kalau Masjid Tanah tu banjir,airnya mengalir dari Sungai Limau terus ke laut kat Pengkalan Balak. Apa pulak kena mengenadengan Sungai Jernih?. Sungai jernih tu air dia tak mengalir masuk ke Masjid Tanah tapi mengalirmasuk ke Sungai Rembau dan akhirnya mengalir ke hilir sungai, Sungai Linggi. Kau tahu ke SungaiLinggi kat mana? Sungai Linggi tu dalam Negeri Sembilan, bukan Melaka. Lagi pun, Sungai Jernihbesar dia mungkin cuma besar longkang-longkang kat tepi rumah kau. Kau pernah tengok ke SungaiJernih yang kau nak jadikan sumber air Melaka tu?. Besar mana agaknya Sungai Jernih ni, ‘kobau’nak mandi pun tak boleh, setakat cuci-cuci dan rendam kaki ‘kobau’ boleh lah.

    Lagi satu DSAR, Alor Gajah tu terletak dekat hulu manakala Sungai Siput dan Sungai Jernih niterletak dekat hilir Sungai. Kalau Alor Gajah itu hulu sungai dan kawasan tu banjir, kenapa pulakempangan perlu dibuat di kawasan hilir sungai? Empangan kalau dibuat di hilir sungai, tidakakan menyelesaikan masalah banjir di kawasan hulu sungai. Kau faham tak ni? Macam mana orangmacam kau boleh jadi KM? Kalau nak jadi takungan air banjir, orang buat takungan itu dekat hulusungai bukan dekat hilir sungai. Ertinya, kalau Alor Gajah banjir, takungan air patut dibuatdekat hulu kawasan Alor Gajah, bukan di hilir alor Gajah.

    Kalau nak mengelabui orang kampung pun, carilah alasan-alasan yang lebih munasabah dan munasarawak.Mudah-mudahan,masa-masa kau dan parti kau duduk di kerusi kerajaan cuma tinggal hanya masa-masakecederaan . Bukan apa, makin lama orang-orang semacam kau berada di tampuk, semakin banyak lagi kerosakanyang kau lakukan terhadap orang-orang kampung yang walhasilnya, orang-orang dari bangsa yangkononnya kau dan parti kau perjuangkan. Dulu, kini dan entah berapa hari lagi!….Ingat, doa orang-orang mustadh’afin atau tertindas ini amat dekat di sisi Tuhan.

  4. Saudara Shamsul ….
    Dato tue apa tau …. bkn biasa dia jadi Menteri Kewangan … DSAI dah ada pengalaman dalam Kementerian tersebut …. mesti dah buat kajian teliti ….. Dato tue pandai cakap sahaja …. tengok la nanti kena hentam teruk pasal harga barang naik nanti …. tidak payah risau….. yang penting tumpukan kepada perjuangan …… sebab kita nak perintah negara tidak lama nanti ….. nanti kita buktikanlah …..bole ka tiada boleh …… best ucapan saudara kat Kuala Ketil …. ingat saudara org utara …. sedap loghat utara saudara ….

    Rakan2
    Jangan Lupa layari blog saya di http://khairilazuar.wordpress.com
    bagi komen setiap artikel yang saya tulis. …

  5. cakap boleh la, pergi belajar dulu fakta ekonomi, kalau duit keuntungan tu habis bayar kat subsidi je, negara takkan membangun. Itu pun nasib kalau minyak masih ada,minyak dah kering mana nak cari minyak lagi. Yang penting pergi belajar dulu fakta, baru buat janji.

  6. It’s very easy to find other people’s faults. And also, it’s not easy leading a state or country dealing with so many issues. But that’s ok, PR dont end up being “cakap tak serupa bikin” leaders too. Sometimes you have to be realistik when making decisions and also when giving reasons for people to believe in your promises you guys made before the elections.

  7. saudara,

    1) laman web PKR (http://www.keadilanrakyat.org/index.php/content/view/58/82/) belum lagi dikemaskinikan dengan alamat blog saudara yang baru! harap maklum =)

    2) YB PJU telahpun membangkitkan hal inti dengan soalan bertulis, dan telahpus menerima jawapan bertulis: http://tonypua.blogspot.com/2008/05/diminishing-oil-revenue.html

    Suntikan:

    “Kerajaan sedar akan pandangan umum bahawa dengan harga minyak yang semakin tinggi, keuntungan PETRONAS juga semakin bertambah dan keuntungan tersebut boleh digunakan untuk membiayai subsidi.

    Walau bagaimanapun, petroleum merupakan sumber asli yang semakin berkurangan. Sebagai sebuah Kerajaan yang bertanggungjawab, kita sentiasa mengambil langkah berhemat dalam membelanjakan hasil petroluem untuk memberikan manfaat yang semaksimum mungkin bukan sahaja kepada generasi sekarang malah generasi akan datang (inter-generational equity). Antara langkah yang diambil untuk faedah generasi akan datang termasuklah sumbangan tahunan sebanyak RM100 juta kepada Kumpulan Wang Amanah Negara (KWAN).”

    Dalam masa yang akan datang, YB PJU menjajikan perbincangan yang terperinci tentang hal ini. Saya menjangka bhw pendekatan beliau akan bercanggah dengan cadangan saudara. Mungkin hal ini harus difikirkan dan dibahaskan secara terperinci dan terbuka untuk menjamin kesejahteraan negara. Pada pendapat saya, dalam hari hari dan minggu minggu yang akan datang, banyak perbezaan pendapat akan bangkit di kalangan Pakatan Rakyat, khususnya di antara DAP dan PKR.

    Tapi syok jugakla :) Democracy in action! Bukan demokrasi tidur yang ditawarkan BN.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s