AMK desak PM Najib akur fatwa Tokoh Maal Hijrah Antarabangsa, Sheikh Yusuf Al Qaradhawi

Kenyataan Media
Angkatan Muda Keadilan Malaysia

AMK desak PM Najib akur fatwa Tokoh Maal Hijrah Antarabangsa, Sheikh Yusuf Al Qaradhawi

Angkatan Muda Keadilan Malaysia (AMK) hari ini secara rasmi menyerahkan sesalinan rakaman fatwa ulama’ tersohor dunia, Dr. Syeikh Yusuf Al-Qaradhawi kepada Perdana Menteri, Dato’ Sri Mohd Najib Tun Razak.

Rakaman selama 12 minit tersebut antara lain menyiarkan Dr Yusuf, yang juga Ketua Ulama’ Sedunia telah mengeluarkan fatwa bahawa sesiapa yang merancang dalam fitnah tersebut, sama ada secara langsung atau tidak langsung maka hukumnya adalah “munafik”. Fatwa Dr Yusuf juga menyebut, bahawa sesiapa yang membantu menyebarkan berita fitnah tersebut maka jatuh hukumnya sebagai fasik.

AMK menyifatkan bahawa fatwa ini, adalah menjadi satu bukti yang jelas betapa dunia Islam, diwakili Dr Yusuf sepenuhnya menolak fitnah kedua yang dibuat ke atas Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

Maka Malaysia, melalui Najib harus mengambil ketetapan yang tuntas, samada mahu terus merencana fitnah jahat ini ataupun bertindak menggugurkan kes ini yang nyata melalui prosedur kehakiman yang sangat berat sebelah.

Penolakan ke atas fatwa Dr Yusuf ini membuktikan bahawa Malaysia menolak intelektualisme dan ketokohan Dr Yusuf, sekaligus mencela kemegahan anugerah Tokoh Maal Hijrah Antarabangsa yang dianugerahkan kepada Dr Yusuf baru-baru ini.

Sekiranya Najib memilih untuk berdiam diri dan menolak fatwa tersebut, AMK mencabar Najib untuk menarik balik anugerah tersebut daripada dianugerahkan kepada Dr Yusuf !

AMK juga akan menyerahkan rakaman fatwa ini kepada Majlis Fatwa Kebangsaan dan juga Mufti-mufti Negeri di seluruh Malaysia, agar bertegas mengambil ketetapan melaksanakan fatwa Dr Yusuf ini.

Kita mendesak agar Mufti-mufti turut mengambil langkah yang tepat dalam menggazetkan fatwa ini agar Malaysia tidak dilihat jumud di dalam mempertahankan sistem keadilan Islam yang menolak budaya fitnah dan konspirasi jahat hanya untuk melampiaskan nafsu serakah politik Umno-BN.

Shamsul Iskandar Mohd Akin
Ketua
Angkatan Muda Keadilan Malaysia

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s