Anwar Pohon Semakan Semula Dan Petisyen Rayuan

KUALA LUMPUR 11 Mac – Ketua Umum KEADILAN Datuk Seri Anwar Ibrahim mengemukakan permohonan semakan semula ke atas keputusan Mahkamah Persekutuan 8 Mac lalu berhubung pembatalan keputusan Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan mengenai pemecatan beliau sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan oleh mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pada 1998.

Menurut peguambela Anwar, Sankara Nair permohonan semakan itu dibuat berdasarkan Peraturan 137 Peraturan Mahkamah Persekutuan 1995.

“Permohonan semakan keputusan Mahkamah Persekutuan itu telah dibuat di pejabat pendaftar Mahkamah Persekutuan 3 petang tadi,” katanya melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada Suara Keadilan semalam.

Pada 8 Mac lalu, Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Alauddin Mohd Sheriff yang mengetuai panel tiga anggota memutuskan keputusan diambil oleh dua mahkamah rendah sebelum ini adalah betul.

Dua hakim yang turut mendengar rayuan Anwar ialah Datuk Abdull Hamid Embong dan Datuk Mohd Ghazali Mohd Yusof.

Kes itu difailkan oleh Anwar pada 13 Nov 1998 susulan beliau dipecat pada 2 Sept 1998.

Namun pada tarikh yang sama Dr Mahathir menggunakan satu deklarasi untuk memecat Anwar atas kuasa beliau sebagai Perdana Menteri tanpa mengikut peruntukan dan kuasa di bawah Perlembagaan Persekutuan.

Dalam pada itu Sankara turut memfailkan petisyen rayuan di pejabat pendaftar Mahkamah Rayuan hari ini berhubung keengganan hakim Mahkamah Tinggi Zainal Abidin Mohd Diah menarik diri daripada perbicaraan kes Konspirasi II terhadap Anwar.

Pada 8 Februari lalu Anwar menfail permohonan supaya hakim itu menarik diri dengan alasan Mohamad Zabidin bertindak berat sebelah apabila enggan melayan permohonan oleh peguam utama Anwar, Karpal Singh untuk mengenakan tindakan menghina terhadap Utusan Malaysia berhubung dua artikel yang disiarkan akhbar itu.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s