Musa Liabiliti Kepada Najib, Perlu Letak Jawatan


SHAH ALAM 13 Mac – Tindakan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan menafikan beliau meletakkan jawatan menguatkan spekulasi terdapat usaha terancang menyingkirkan beliau sebagai Ketua Polis Negara.

Ketua Angkatan Muda KEADILAN, Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata perkara itu berlaku kerana kegagalan Musa dalam membanteras kadar jenayah yang semakin tinggi dan hubungkait Musa yang dikatakan terlibat dalam kegiatan jenayah serta kongsi gelap.

“Saya percaya adanya usaha daripada pihak kerajaan supaya beliau dipecat daripada tugasnya sebagai Ketua Polis Negara dan perkara ini dikuatkan dengan pendedahan serbuan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di rumahnya baru-baru ini yang menemui sejumlah besar wang. Sehingga sekarang perkara ini tidak dinafikan Musa,” ujarnya.

Kata Shamsul penafian itu merupakan strategi Musa untuk kekal berkuasa sebagai KPN supaya segala perlakuan rasuah dan jenayah yang dilakukan selama ini tidak diketahui umum.

Perkara itu dikuatkan lagi dengan pembebasan bekas Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Datuk Ramli Yusuf di Mahkamah Sesyen daripada dakwaan tiga kes gagal mengisytiharkan harta miliknya.

Ramli yang juga pegawai ke tiga tertinggi dalam hirarki Polis Di Raja Malaysia sebelum ini mengaitkan Musa dalam kegiatan jenayah dan kongsi gelap.

Pada 2007 Ramli mendakwa beliau dan pegawainya menjadi mangsa konspirasi setelah jabatan yang diketuainya bertindak menyiasat kongsi gelap dan kegiatan bawah tanah membabitkan ahli perniagaan Johor, Goh Cheng Poh atau Tengku yang turut dikaitkan dengan Musa.

Menurut Shamsul bukan satu kebetulan apabila Musa menafikan beliau meletakkan jawatan, sehari selepas Ramli Yusuf dibebaskan daripada tuduhan tersebut.

Sumber: suara-keadilan.com

Pejabat Ketua AMK

2 thoughts on “Musa Liabiliti Kepada Najib, Perlu Letak Jawatan

  1. Saudara SHAMSUL,

    Mungkin kebanyakan orang tidak sedar bahawa pengawai-pegawai tinggi di dalam PDRM dipengaruhi oleh kuasa-kuasa ‘KONGSI GELAP’ ataupun TRIADS. Ini juga termasuk IGP kita (MUSA HASSAN) yang mempunyai hubungan kuat dengan ‘Kongsi Gelap’ yang digelar “WAH KEE”. Kongsi Gelap WAH KEE juga dikenali sebagai PINTU HITAM di kalangan masyarakat Cina yang mempunyai pengetahuan serba sedikit tentangnya. Kongsi Gelap lain yang utama merupakan “HUNG MUN” ataupun PINTU MERAH yang merupakan musuh utama “WAH KEE” terutamanya sekali di dalam kegiatan haram seumpama bisnes Ah Long, pengedaran dadah, bisnes pelacuran, kelab malam, KTV, Disco goyang kepala, rumah urut, pengedaran DVD cetak rompak, penyeludupan senjata dan sebagainya.

    Manakala, ramai orang juga tahu (terutama orang Cina) bahawa kuasa dibelakang akhbar CHINA PRESS adalah dikawal oleh Sindiket Kongsi Gelap.

    Kenapa CHINA PRESS begitu berani menerbitkan sesuatu artikel mengenai IGP Musa Hasan apabila akhbar-akhbar utama yang lain tidak berani membuat begitu? Adakah penerbitan artikel ini sesuatu KONSPIRASi untuk menjatuhkan IGP Musa Hassan? Kenapa artikel ini diterbit sejurus selepas Dato’ Ramli Yusuf dibebaskan? dan apakah kaitan/hubungan diantara IGP Musa Hassan, Dato’ Ramli Yusuf dan Sindiket Kongsi Gelap China Press?

    Dengar khabar bahawa hubungan IGP Musan Hassan dengan Sindiket Kongsi Gelap yang megawal China Press telah menjadi amat pedih dikebelakangan ini. Hubungan mereka sejak dahulu adalah amat baik sekali. Sejak kebelakangan ini, IGP Musa Hassan dikatakan kian mengambil kesempatannya sebagai IGP untuk menekan Sindiket ini. Hubungan mereka telah tukar dari EMAS kepada TAHI. Sindiket Kongsi Gelap sedang menunggu masa dan kesempatan untuk mengajar/menjatuhkan IGP Musa Hassan.

    Salah seorang mangsa IGP Musa Hassan merupakan Dato’ Ramli Yusuf yang telah dibebaskan oleh mahkamah kebelakangan ini. Berita ini merupakan satu berita yang baik kepada Sindiket Kongsi Gelap kerana mereka mempercayai bahawa kedudukan Musa Hassan sebagai IGP telah hampir sampai ke ajal. Sindiket ini sengaja menerbitkan artikel bahawa IGP Musa Hassan akan bersara pada March yang akan datang. Tujuan ini adalah untuk mengajar dan mengingati IGP Musa Hassan untuk berjaga-jaga kerana kemungkinan besar IGP Musa akan diajar oleh Sindiket ini yang mempunyai kuasa kuat. Sindiket ini merupakan satu ‘Network’ yang menglibatkan beberapa Tauke Cina Besar yang mempunyai hubungan erat dengan kerajaan serta menderma (sponsor) kerajaan dengan berjuta-juta Ringgit semasa Pilihanraya, Pilihanraya kecil dan sebagainya.
    Kerajaan tidak perdaya kehilangan Sindiket seupama ini dan Sindiket ini pula tidak perdaya kehilangan sokongan kerajaan.

    Penerbitan CHINA PRESS mengenai artikel IGP Musa Hassan akan dikena AMARAN sahaja. Kerajaan tidak sanggup dan tidak berani membuat CHINA PRESS daripada tutup kedai. Kalau kerajaan membuat begitu, kerajaan akan hilang satu sumber besar untuk mendapatkan ‘Sponsor’ didalam Pilihanraya. Tambahan pula, kerajaan juga akan kehilangan undi besar yang sering datang daripada Sindiket Kongsi Gelap ini.

    Jawatan IGP Musa Hassan akan sampai ke ajal tidak lama lagi apabila kes liwat Anwar Ibrahim dah beres dan selesai. Najib dan Hishamuddin amat memerlukan IGP Musa Hassan untuk menghabiskan Anwar Ibrahim.

    IGP Musa juga tahu masa dia akan sampai tidak lama lagi dan kebelakangan ini, perangai IGP Musa Hassan tidaklah lagi begitu sombong lagi. Beliau amat takut bila bersara nanti dan jika beliau terus bersombong, kemungkinan besar Sindiket Kongsi Gelap akan melawat beliau dengan seikhlas hati (bawa bunga atau keranda…saya tak tahu).

    Hishamuddin memberi AMARAN kepada CHINA PRESS merupakan satu sandiwara sahaja. Hishamuddin membuat begitu seolah-olah memberi muka atupun belas-kasihan kepada IGP Musa. Hishamuddin dan abang saudaranya (NAJIB) amat memerlukan IGP Musa sekarang dan apabila Anwar dibuang masuk penjara sekali lagi……Hishamuddin tidak akan “give a FUCK’ mengenai IGP Musa Hassan lagi.

    Apabila Anwar masuk penjara, IGP Musa pasti akan dipaksa bersara. Semasa itu, Musa Hassan akan mempunyai ramai pengunjung Sindiket Kongsi Gelap ke rumahnya. Dengar khabar, IGP Musa Hasan dan seisi keluarga telah membuat rancangan untuk mencabut dari Malaysia apabila beliau bersara nanti. Sekarang Musa mungkin adalah IGP tetapi bila bersara terus akan menjadi tahi. Sindiket kongsi Gelap juga telah membuat rancangan dengan ‘counterpart’ mereka di luar negara untuk menghabiskan IGP Musa jika beliau cabut dari negara. ‘Network’ dan ‘Contact’ Sindiket ini amat kuat dan mereka mempunyai saringan dari New York ke London, London ke Afrika, Afrika ke Australia dan Australia ke Neraka.

    Oleh itu, saya yakin IGP Musa Hassan sedang bergegar ketakutan. Sepandai-pandai anjing menyalak, diam macam tikus di akhirnya.

  2. 1.ESOK MAJLIS BERSAMA AD-DAIE – HABIB MUNZIR BIN FUAD AL-MUSAWA : http://wp.me/piAx4-179

    2.Pandangan NU/Nahdlatul Ulama tentang Perayaan Maulid Nabi dan Kontroversi Ma’na Bid’ah : http://wp.me/piAx4-1de

    3.Mengapa Mempertikaikan Maulid? – Syeikh. Fuad Kamaluddin : http://wp.me/piAx4-1bf

    4.Sambutan Maulidurrasul.Hukum dan Perbahasan. : http://wp.me/piAx4-1aC

    5.Hukum Menyambut Maulidul Rasul -Ustaz Rashidi : http://wp.me/piAx4-ne

    6.Mengapa Menyambut Maulidur Rasul ? : http://wp.me/piAx4-1ap

    7.Mengapa sambut Maulid Nabi-Yayasan Sofa : http://wp.me/piAx4-1at

    8.Tanda Cinta Kepada Rasulullah : http://wp.me/piAx4-1an

    9.Maulid Nabi SAW : http://wp.me/piAx4-1a6

    10.Mengenai Maulid Nabawi : http://wp.me/piAx4-19X

    11.Memperingati Manusia Agung : http://wp.me/piAx4-19L

    12.Risalah sambut Maulidurrasul s.a.w : http://wp.me/piAx4-19J

    13.Mawlid – Fatwa Ibnu Taimiyyah : http://wp.me/piAx4-mq

    14.Mawlid – al-Qardhawi : http://wp.me/piAx4-mo

    15.Marhaban Ya HabibAllah : http://wp.me/piAx4-19r

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s