Rayuan Keputusan Kes Salah Guna Kuasa Bekas Pengarah JSJ Ditolak

KOTA KINABALU, 18 Mac (Bernama) – Mahkamah Tinggi hari ini mengenepikan rayuan oleh Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap keputusan Mahkamah Sesyen untuk melepas dan membebaskan bekas Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Ramli Yusoff terhadap dakwaan menggunakan pesawat polis untuk tujuan peribadi hampir tiga tahun lalu.


“Selepas menyemak bukti yang berkaitan dan asas penghakiman oleh hakim mahkamah sesyen, saya mendapati hakim (mahkamah sesyen) itu tidak silap. Oleh itu kami mengenepikan rayuan ini,” katan Hakim Datuk Abdul Rahman Sebli.

Sebelum ini dalam hujah untuk mengenepikan keputusan mahkamah sesyen itu Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Bache berkata hakim mahkamah sesyen gagal menilai permohonan di bawah undang-undang di mana Ramli, bekas pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Bukit Aman, didakwa.
Pada 27 Julai lepas hakim Supang Lian berkata pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie dan Ramli, 57, wajar dilepas dan dibebaskan.

Pihak pendakwaan yang diketuai Timbalan Pendakwa Raya SPRM Kevin Morais dan Joyce Blasius, memanggil 75 saksi dalam perbicaraan yang berlangsung selama 59 hari antara 13 Mei 2008 dan 6 Julai tahun lepas.

Ramli, yang ketika itu diwakili oleh Datuk Muhammad Shafee Abdullah dan James Tsai, didakwa pada 19 Nov 2007 atas tuduhan menyalahguna kuasanya sebagai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Bukit Aman untuk perolehan kewangan dengan mengarahkan dan  menggunakan pesawat Cessna Caravan Polis Diraja Malaysia untuk membawanya melakukan pengawasan dari udara terhadap dua lot di Ulu Tungku, Lahad Datu, di mana syarikat hartanahnya Kinsajaya Sdn Bhd mempunyai kepentingan.

Kesalahan itu didakwa dilakukan kira-kira pukul 7.50 pagi pada 15 Jun 2007 di Unit Udara Polis Sabah, Tanjung Aru dekat sini.

Ramli mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan itu, yang jika sabit kesalahan boleh membawa hukuman penjara tidak lebih 20 tahun dan denda minimum RM10,000 di bawah Seksyen 15(1) Akta Pencegahan Rasuah, dan telah dibebaskan dengan jaminan RM20,000 dengan seorang penjamin.

-Bernama

Sumber: Suara-Keadilan

Pejabat Ketua Angkatan Muda Keadilan

Malaysia

This entry was posted in Politik by Adli Abdullah. Bookmark the permalink.

About Adli Abdullah

Adli mula berkecimpung dalam bidang penulisan, blogging dan vlogging, semenjak menubuhkan blog peribadinya pada tahun 2008 yang lalu. Beliau telah menghasilkan pelbagai penulisan dan vlog kreatif yang berunsur nasihat, motivasi dan sedikit sebanyak berkisar kehidupan beliau sendiri yang boleh dijadikan iktibar kepada masyarakat. Setakat ini beliau telah berjaya menukilkan lebih 27 buah puisi berbentuk nasihat dan motivasi.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s