Najib Benarkan Negara Musuh Umat Islam Bentuk Imej Malaysia

KUALA LUMPUR 19 Mac – Ahli Parlimen Balik Pulau Yusmadi Yusuf mengecam kerjasama antara kerajaan Malaysia dan syarikat perunding Israel, APCO Worldwide meskipun kerajaan tidak mempunyai hubungan diplomatik dengan negara terbabit.

Menurut Yusmadi berdasarkan jawapan yang diberikan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz di Parlimen semalam, jelas menunjukkan kerajaan bersekongkol dengan firma Israel yang berpengkalan di Amerika Syarikat itu.

“Di dalam jawapan yang diberikan, kerajaan menyatakan tidak melantik syarikat perunding Apco untuk mempromosikan Malaysia secara khusus tetapi secara umumnya dilantik untuk melaksanakan perkhidmatan berkaitan komunikasi secara menyeluruh. Dikatakan ia bertujuan untuk meningkatkan kapasiti kerajaan dalam bidang komunikasi di Malaysia.

“Dari jawapan ini jelas membuktikan APCO sebagai sebuah syarikat perundingan bertanggungjawab menjalankan perkhidmatan komunikasi dan dikatakan bukan mempromosi 1Malaysia meskipun trend syarikat komunikasi kerajaan sebenarnya membentuk imej 1Malaysia,” kata beliau ketika dihubungi Suara Keadilan.

Beliau juga membidas jawapan yang diberi Mohamed Nazri yang tidak mengetahui hubungan APCO dengan negara-negara lain atas alasan ia merupakan urusan syarikat tersebut.

“Bagaimana kerajaan boleh membenarkan syarikat-syarikat terutama yang membentuk imej negara dikaitkan dengan penasihat yang mempunyai latar belakang Israel. Sedangkan kerajaan tidak mempunyai hubungan diplomatik dengan Israel. Bagaimana hubungan ini boleh terbentuk melalui pintu belakang?” soal Yusmadi.

Tanya beliau bagaimana sebuah syarikat Israel dilantik melaksanakan perkhidmatan komunikasi yang secara langsung membenarkan imej negara ini dibentuk oleh musuh negara.

Beliau pada masa yang sama mencabar pemuda Umno yang selama ini kononnya mengecam sebarang campurtangan asing dan kerjasama melibatkan Israel supaya menyatakan pendirian mereka berhubung isu itu.

Sebaliknya kata Yusmadi, fatwa ulama terkemuka dunia, Sheikh Dr Yusuf Al Qaradawi berhubung kes fitnah Anwar pula dianggap satu bentuk campurtangan asing oleh Umno.

Sumber: Suara-Keadilan

Pejabat Ketua Angkatan Muda Keadilan

Malaysia

This entry was posted in 1 Hari 1 Pendedahan, 1Malaysia, Say No To Najib by Adli Abdullah. Bookmark the permalink.

About Adli Abdullah

Adli mula berkecimpung dalam bidang penulisan, blogging dan vlogging, semenjak menubuhkan blog peribadinya pada tahun 2008 yang lalu. Beliau telah menghasilkan pelbagai penulisan dan vlog kreatif yang berunsur nasihat, motivasi dan sedikit sebanyak berkisar kehidupan beliau sendiri yang boleh dijadikan iktibar kepada masyarakat. Setakat ini beliau telah berjaya menukilkan lebih 27 buah puisi berbentuk nasihat dan motivasi.

One thought on “Najib Benarkan Negara Musuh Umat Islam Bentuk Imej Malaysia

  1. ,kalau mereka buat semua betul belaka. ajak orang asing untuk memperbetulkan imej Umno pon betul. walaupon dari pihak musuh kita. berita ini tidak terdapat dalam akbar akbar. malah disimpan dalam peti besi mereka saja. kalau lah pihak lawan menggunakan orang orang itu sudah tentu esok akan meletup di akhar akbar tempatan mungkin sampai sebulan cerita tak habis habis akan di ceritakan dan memekan.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s