AMK Sasar Daftar 60 Peratus Anak Muda Sabah Pengundi Baru

SHAH ALAM 23 Mac – Angkatan Muda KEADILAN kini giat dalam usahanya untuk mendaftarkan 60 peratus generasi muda Sabah yang berusia 21 tahun ke atas sebagai pengundi dalam strategi menawan negeri itu pada pilihan raya akan datang.

Ketua AMK Pusat Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata selain menumpukan usaha menambah keahlian baru di Sabah, AMK juga kini sedang gigih mendaftarkan ahlinya sendiri yang untuk menjadi pengundi.

Ini kerana menurut beliau, 30 peratus daripada ahli KEADILAN di Sabah dan Sarawak dikenal pasti masih belum lagi berdaftar sebagai pengundi baru.

Untuk mencapai sasaran ini Shamsul berkata AMK melalui Majlis Pimpinan Negeri Sabah mencapai kata sepakat memberi fokus kepada dua perkara.

“Sebagai bukti bahawa kita serius mahu kukuhkan KEADILAN di Sabah, aktiviti parti akan lebih dipergiatkan di peringkat cabang dan ranting.

“Tumpuan juga akan diberikan kepada 32 kawasan Dewan Undangan Negeri  Umno di Sabah dalam melakukan gerak kerja politik dan usaha untuk mendaftarkan pengundi baru di kalangan generasi muda khususnya,” kata beliau sekembali dari lawatan kerja dua hari ke Sabah.

Sehubungan itu gerak kerja ini akan dibantu di peringkat pusat oleh Ahli Parlimen Balik Pulau Yusmadi Yusoff dengan tumpuan kepada usaha mendaftar pengundi baru kata Shamsul.

Beliau juga berkata penerimaan penduduk Sabah terhadap KEADILAN mula menunjukkan perubahan besar apabila ramai penyokong yang majoritinya generasi muda sudah mula buka mata dan menyokong perjuangan KEADILAN melalui siri jelajah ceramah dan majlis anjuran parti di negeri itu minggu lalu.

AMK turut melancarkan kempen tolak fitnah terhadap Ketua Umum KEADILAN Datuk Seri Anwar Ibrahim melalui pengedaran cakera padat mengenai fatwa tokoh Ulama Sheikh Yusuf Al-Qaradawi tentang qazaf dan risalah laporan perubatan Mohd Saiful Bukhari Azlan daripada Hospital Kuala Lumpur.

Sementara itu, Ketua MPN Sabah Ahmad Thamrin Jaini menyeru Cabang, AMK dan Srikandi bekerjasama untuk turun padang di kawasan masing-masing memberi penerangan kepada generasi muda yang mencapai usia 21 tahun agar mendaftar nama mereka di Pejabat Suruhanjaya Pilihan Raya Negeri atau daerah.

Sumber: Suara-Keadilan

Shamsul Iskandar Mohd Akin

Ketua Angkatan Muda Keadilan

Malaysia

This entry was posted in Angkatan Muda, KeADILan, Memimpin Harapan Rakyat, Say No TO BN by Adli Abdullah. Bookmark the permalink.

About Adli Abdullah

Adli mula berkecimpung dalam bidang penulisan, blogging dan vlogging, semenjak menubuhkan blog peribadinya pada tahun 2008 yang lalu. Beliau telah menghasilkan pelbagai penulisan dan vlog kreatif yang berunsur nasihat, motivasi dan sedikit sebanyak berkisar kehidupan beliau sendiri yang boleh dijadikan iktibar kepada masyarakat. Setakat ini beliau telah berjaya menukilkan lebih 27 buah puisi berbentuk nasihat dan motivasi.

One thought on “AMK Sasar Daftar 60 Peratus Anak Muda Sabah Pengundi Baru

  1. Askm sdr Iskandar. Tak ingat saya. Pd bulan Ramadhan yang lalu kita pernah berjabat tangan di Bazar Ramadhan Satok sewaktu anda mengedar risalam Keadilan. Kita sempat bertanya soal Simunjan.

    Sarawak akan mengadakan PR DUN akan datang. Suruhlah AMK Sarawak siasat dan bedah daftar pengundi yang sedia ada kat sarawak ni. Terlalu banyak penipuan terhadap daftar pengundi tersebut. Bagi kawasan Simunjan, kawasan mengundi Gedong ( Kpg YB ) terlalum banyak pengundi luar didaftar di kawasan tersebut. Lebih kurang 500 pengundi luar dr Kch, Penrissen, Kpg Jawa dibawa masuk oleh SPR utk benteng undi YB di kawasan tersebut.
    Sekarang ni kawasan SIMUNJAN PROPHER DAN KAWASAN SEMALATONG begitu hangat untuk menumbangkan YB Naroden ni. Saya takut taktik yang sama yang digunakan oleh YB naroden dan SPR untuk mendaftarlkan pengundi baru di kawasan gedong tersebut untuk memenangkan BN.
    Sesungguhnya semangat rakyat di kawasan SIMUNJAN PROPHER DAN SEMALATONG begitu bersemangat untuk menanti calon PKR atau mana-mana calon PR yang berketrampilan serta dihormati masyarakat untuk menentang YB Naroden.
    Jika AMK bertindak dengan efisen dalam 2 perkara ini, saya yakin 70% kemenangan akan dapat diberikan Simunjan untuk PR kali ini.
    HENDAK SERIBU DAYA TAK HENDAK SERIBU DALIH. TEPUK DADA LIHATLAH PUTRAJAYA….

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s