Umno-BN Berusaha Keras Tutup Isu APCO

KUALA LUMPUR 22 Mac – Sidang Dewan rakyat pagi tadi menjadi kecoh apabila Ahli Parlimen Pakatan Rakyat membantah usul wakil Kota Belud Datuk Abdul Rahman Dahlan memberi tempoh seminggu kepada Ketua Pembangkang menjelaskan kenyataan beliau minggu lalu mengaitkan kerajaan Umno-Barisan Nasional dengan APCO Worldwide, sebuah firma perunding yang ada pertalian dengan negara Zionis Israel.

Beberapa orang Ahli Parlimen Pakatan Rakyat termasuk Yusmadi Yusoff, R. Sivarasa, Saifuddin Nasution Ismail dan N. Gobalakrishnan bangun membantah Abdul Rahman.

Yusmadi dalam hujahnya memberitahu Dewan bahawa isu APCO sudah dibangkitkan oleh Ahli Parlimen Tanah Merah dan jawapan lisan Perdana Menteri tersebut sudah jelas membuktikan APCO secara tidak khusus sememangnya terlibat dengan komunikasi negara.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz memberitahu Timbalan Speaker Datuk Ronald Kiandee bahawa kerajaan memberi Anwar tempoh seminggu untuk membuktikan dakwaannya tersebut.Nazri berkata Anwar akan diheret ke jawatankuasa mengenai hak dan keistimewaan Parlimen sekiranya gagal memberikan jawapannya.

Pada Rabu lalu Anwar mendedahkan dalam ucapan menjunjung kasih titah Yang Dipertuan Agong bahawa APCO Worldwide dilantik oleh kerajaan Malaysia adalah juga syarikat yang sama melakarkan slogan ‘One Israel’.

Menurut beliau APCO pada 1999 menasihatkan Perdana Menteri Israel ketika itu, Ehud Barak untuk memperkenalkan slogan ‘One Israel’.

Jumaat lalu Nazri berkata jemaah menteri akan bermesyuarat untuk memutuskan sama ada Anwar perlu diheret ke jawatankuasa khas berkenaan.

Sumber: Suara-Keadilan

Pejabat Ketua Angkatan Muda Keadilan
Malaysia

This entry was posted in 1Malaysia, Keselamatan Negara, Say No To Najib by Adli Abdullah. Bookmark the permalink.

About Adli Abdullah

Adli mula berkecimpung dalam bidang penulisan, blogging dan vlogging, semenjak menubuhkan blog peribadinya pada tahun 2008 yang lalu. Beliau telah menghasilkan pelbagai penulisan dan vlog kreatif yang berunsur nasihat, motivasi dan sedikit sebanyak berkisar kehidupan beliau sendiri yang boleh dijadikan iktibar kepada masyarakat. Setakat ini beliau telah berjaya menukilkan lebih 27 buah puisi berbentuk nasihat dan motivasi.

3 thoughts on “Umno-BN Berusaha Keras Tutup Isu APCO

  1. mereka akan cakap tidak betul and harap rakyat akan percaya dan lupakan saja, itu lah MelayuUmno, kalau orang lain cakap cepat polis akan siasat. silap silap masuk ISA. entah lah di Malaysia semua nya dia punya, nak buat apa apa pon boleh.

  2. Rujukan Agendadaily mendapati Konsep One Israel diumumkan Yitzhak Yitzhaky pada 14 Oktober sebagai langkah menarik perhatian rakyat Israel bagi pilihanraya yang akan berlangsung pada 1999.

    Konsep One Israel diisytihar sebagai menunjukkan gabungan tiga parti utama Israel iaitu Labour, Gesher dan Memad.

    Kemudian, One Israel diperkuatkan semula oleh pemimpin Parti Buruh iaitu Ehud Barak dalam persediaan menghadapi pilihanraya Israel 1999.

    Dengan pelancaran konsep One Israel, Barak mengharapkan Parti Buruh berjaya menarik sokongan rakyat Israel.

    Namun begitu, gagasan One Israel yang dipromosikan Parti Buruh tidak bertahan lama apabila pada 2000, Barak menyertai perjanjian Camp David bersama Yasser Arafat.

    Tindakan Barak menyebabkan Parti Gesher menarik diri daripada gabungan itu dan berakhirlah gagasan One Israel yang dipromosikan Parti Buruh selama ini.

    Jika ambil kira gabungan tiga parti itu, ianya bermakna untuk berdepan pilihanraya sahaja dan dalam konteks politik di Malaysia, PKR, DAP dan PAS juga membentuk Pakatan Rakyat ketika pilihanraya umum ke 12 lalu.

    Jadi mungkin ada yang setuju kalau dikatakan Pakatan Rakyat yang tiru konsep gagasan One Israel. Apa-apapun, fikirlah sendiri. -18/3/2010

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s