KEADILAN Pecah Kubu Kuat Musa Aman Di Libaran

KUALA LUMPUR 26 Mac – Libaran yang merupakan kubu kuat Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman akhirnya berjaya ditembusi oleh KEADILAN dengan penganjuran ceramah dan aktiviti politik di kawasan yang dianggap ‘fixed deposit’ pemimpin Umno Sabah itu.

Ketua Angkatan Muda KEADILAN Pusat Shamsul Iskandar Mohd Akin menyifatkan kejayaan itu sebagai petanda positif dan amat baik kepada kemungkinan besar Pakatan Rakyat mengambil alih kerajaan negeri itu pada pilihan raya umum ke-13 akan datang.

“Kita berjaya mengadakan sesi penerangan kepada penduduk Kampung Tinusa 2 di Libaran iaitu kubu kuat Musa Aman yang popular dengan nama ‘fixed deposit’ kerana ini salah satu tempat Musa bergantung untuk undi kemenangan beliau.

“Kejayaan kita bertapak di Libaran merupakan satu tamparan hebat kepada Ketua Menteri dan saya difahamkan telah mengerahkan kuncu-kuncu beliau di situ untuk menghalang dan mengugut penyokong KEADILAN di kawasan itu,” kata Shamsul yang melakukan lawatan kerja ke Sabah minggu lalu.

Beliau berkata ahli jawatankuasa kemajuan dan keselamatan kampung (JKKK) bertindak mengugut untuk menghalau penduduk terbabit daripada Kampung Tinusa 2 sekiranya mereka terus menyokong KEADILAN.

“Walaupun sesi penerangan diadakan di sebuah rumah tetapi kehadiran mencecah lebih 100 orang dan mereka menyatakan sokongan kepada KEADILAN secara terangan tanpa rasa takut walaupun dalam kawasan Ketua Menteri mereka sendiri,” ujar Shamsul lagi.

Pengamatan beliau selama dua jam bersama penduduk di situ mendapati rakyat kehausan maklumat dan penerangan mengenai isu penting termasuk Konspirasi II terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim, isu qazaf, lompat parti dan perkembangan kes rasuah Musa Aman.

“Kesan terbesar yang saya dapat lihat daripada ceramah di Libaran ialah Musa sendiri turun ke kawasan itu dan mengarahkan program susulan segera diadakan  di kawasan itu untuk menjawab isu-isu yang saya bangkitkan dalam program tersebut.

“Ini merupakan perkembangan yang cukup baik. Jika kita tumpukan perhatian kepada kawasan-kawasan Melayu yang dipegang oleh Umno sebanyak 32 kerusi Dewan Undangan Negeri, dan laksanakan program secara tersusun, strategik, komprehensif dan bersepadu dan terus mengasak kubu mereka di 32 DUN saya percaya kita akan mencapai ‘breakthrough’ dari segi meraih kemenangan di kawasan ini.

Justeru itu Shamsul berkata beliau telah mengerahkan AMK Sabah supaya segera melaksanakan program bersepadu rakyat di kesemua 32 kawasan yang disasarkan pada setiap bulan yang akan dibantu oleh pimpinan pusat.

Untuk itu satu pasukan petugas di bawah Ahli Parlimen Balik Pulau Yusmadi Yusuff telah ditubuhkan untuk mengkoordinasi program AMK di Sabah dan Sarawak.

Sumber: Suara-Keadilan

Pejabat Ketua Angkatan Muda Keadilan

Malaysia

This entry was posted in Angkatan Muda, KeADILan, Memimpin Harapan Rakyat, Say No TO BN by Adli Abdullah. Bookmark the permalink.

About Adli Abdullah

Adli mula berkecimpung dalam bidang penulisan, blogging dan vlogging, semenjak menubuhkan blog peribadinya pada tahun 2008 yang lalu. Beliau telah menghasilkan pelbagai penulisan dan vlog kreatif yang berunsur nasihat, motivasi dan sedikit sebanyak berkisar kehidupan beliau sendiri yang boleh dijadikan iktibar kepada masyarakat. Setakat ini beliau telah berjaya menukilkan lebih 27 buah puisi berbentuk nasihat dan motivasi.

8 thoughts on “KEADILAN Pecah Kubu Kuat Musa Aman Di Libaran

  1. Saudara,

    Teruskan usaha. Kena strategik dan target kerusi kerusi secara spesifik jika ingin menang.

    Kawan saya seorang dari Sabah cakap diorang lebih rela undi BN kerana

    (i) kelihatan BN telah membawa sedikit sebanyak progress kepada mereka

    (ii) BN pandai memilih calon di Sabah (berbanding di Semenanjung — BN Sabah lagi baik dari BN semenanjung — ini persepsi mereka)

    (iii) Mereka suka calon tempatan yg berwibawa dipilih, bukan org lama yg mungkin terpalit reputasi mereka

    Ini antara cabaran yang harus dikaji oleh Pakatan.

    Sekian

  2. PKR sentiasa berangan2 , bagus lah ….tapi jgn salah anggap tempias sebagai tamparan. Bahawa PKR dapat mengadakan ceramah di Lbaran tak boleh dianggap sebagai tamparan, munkin hembusan aje ba. dan juga boleh dipersoalkan ialah apa yg diceramahkan itu , apa issua nya , adakah ia satu cerita dongeng yg boleh menjadi bahan ketawaan . manusia suka dengar ceita seperti itu … tapi yg pastinya bukan cerita yg ada element yg masuk dari pintu belakang . munkin kah isu pintu belakang ni satu fitnah? sama2 lah kita ikuti cerita di mahkamah ye … tapi yg jelas ialah ada org yg reka cerita PM dan Isteri terlibat dalam pembunuhan altantonya sharibu. bekas org kuat PKR sendi yg dedahkan ada bayaran untuk memfitnah kan PM . Msyaallah begitu ekali hebatnya apabila sesorg itu mau jadi PM dan amil aleh kuasa.

  3. sebelum terlalu yakin, tengoklah keadaan kampung tu dulu. sejauh mana sokongan rakyat kepada CM adalah bergantung kepada pencapaian beliau selama 6 tahun ini.

  4. ya, saya berpuas hati dengan perkembangan negeri Sabah 6 tahun ini kerana saya lihat lebih byk pembaikan dan projek siap.

  5. Manage to infiltrate Libaran Fortress of Musa Aman? Well then, we will just haveto wait and see for the election eh..

  6. Tak payah la bah mahu besaing sama umnobn.. plg penting, buatlah yg terbaik & buktikan pada rakyat parti anda yg terbaik coz at d end kan smuanya terpulang pada pilihan rakyat..
    jgnlah asyik membandingkan antara parti..

  7. Cakap sekarang boleh la…. nanti kalau sudah kena undi dan kalah… haaaa terus sembunyi macam kambing lari dari hujan..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s