Zulkifli Berdalih Tidak Mahu Sebut Nama ‘Pihak Ketiga’

Oleh Fazli Othman

KUALA LUMPUR 26 Mac – Ahli Parlimen Bebas Kulim-Bandar Baharu Zulkifli Noordin tidak berani mempertahankan dakwaan beliau mengenai pihak ketiga yang didakwa cuba memujuk beliau membuat akuan bersumpah untuk mengaitkan Perdana Menteri dan isteri dalam kes pembunuhan Aktantuya Shaariibuu tetapi berdalih bahawa kenyataan beliau hanya dibuat dalam konteks ucapan tentang budaya fitnah yang melanda politik negara.

“Saya tak pernah sebut nama sesiapa pun, ia cuma dalam konteks ucapan tentang budaya fitnah politik yang melanda di dalam negara, budaya fitnah terhadap Anwar, fitnah terhadap Tok Guru Nik Aziz dan fitnah terhadap Perdana Menteri, itu tujuan dia bukan untuk dedah sesiapa pun.

“Berkaitan dengan nama yang mengarahkan siapa, saya tak sebut, isu dia tentang isu budaya fitnah politik yang berlaku bukan orangnya.

“Saya tidak berniat untuk mengaibkan orang melainkan perlu atau saya diletakkan dalam keadaan terpaksa maka saya sebutlah tapi dalam konteks ucapan saya tidak ada keperluan pun,” ketika ditanya media bersama tiga rakan Bebas dalam satu sidang akhbar di Parlimen semalam.

Berhubung kenyataan Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan bahawa pihak polis akan memanggil beliau berhubung dakwaan tersebut, Ahli Parlimen itu akan meneliti untuk memberi butiran lanjut.

“Setakat ini apa yang saya lihat, dari segi undang-undang tidak ada keperluan sebab apa yang saya sebut cuma nak mengambarkan budaya fitnah yang sedang berlaku sesuai dengan kekhuatiran Tuanku, itu sahaja,

“Tapi kalau KPN panggil untuk bincang lanjut, saya akan tengoklah macam mana keadaan,” kata beliau.

Sebelum itu di dalam Dewan Rakyat, Ahli Parlimen Bukit Gelugor Karpal Singh mencabar Zulkifli supaya menamakan pihak ketiga tersebut.

Karpal juga mendesak agar Zulkifli dan anggota Bebas yang lain meletak jawatan kerana telah mengkhianati amanat pengundi kawasan mereka.

Sumber: Suara-Keadilan

Pejabat Ketua Angkatan Muda Keadilan

Malaysia

This entry was posted in 1 Hari 1 Pendedahan, KeADILan, Politik, Say No TO BN by Adli Abdullah. Bookmark the permalink.

About Adli Abdullah

Adli mula berkecimpung dalam bidang penulisan, blogging dan vlogging, semenjak menubuhkan blog peribadinya pada tahun 2008 yang lalu. Beliau telah menghasilkan pelbagai penulisan dan vlog kreatif yang berunsur nasihat, motivasi dan sedikit sebanyak berkisar kehidupan beliau sendiri yang boleh dijadikan iktibar kepada masyarakat. Setakat ini beliau telah berjaya menukilkan lebih 27 buah puisi berbentuk nasihat dan motivasi.

4 thoughts on “Zulkifli Berdalih Tidak Mahu Sebut Nama ‘Pihak Ketiga’

  1. apa punya lawyer, bangang betol le lu wahai zulkifli karpak, dalam dewan lu bukan main lantang lagi, ada pihak ketiga le apa le, bila orang suruh dedahkan sapa orang ke3, lu cakap macam lain la plak, lu ni apa punya lawyer, apa le kecemerlangan yang dah lu kecapi semasa lu jadi lawyer, apa kemenangan besar yang dah lu capai semas lu lawyer, lu ni layak jadi lawyer bila anjing kurap bergaduh dengan anjing gila, itu je lu punya kelayakan, bangang, bangsat, hipokrit, pembodek, pengampu, harap berjanggut berkopiah macam alim ulamak, tapi hampeh macam to harusini sana, haru biru perak harusani punya pukulan, lu dengan harusani sama je karpak

  2. Diantara sifat-sifat orang munafik , bila bercakap dia berbohong , diberi amanah dia khianati , bila berjanji dia akan berdolak dalik… Agak-agaknya Balachi berkopiah ni ada tak sifat-sifat diatas ?

  3. Peribahasa MELAYU bangsa ku ada menyebut:- Sebelum nak tegur kain org lain koyak, tengok2 la kain sendiri (silap2 lebih rabak dari koyak) so lu org yg nak komen pun kena dok pikiak lu org tu da cukup betul ke bro? jgn2 lu org lg teruk dari dia (selisih kan bro) na’uzubillah. Makan beralaskan pinggan jgn berselerak jatuh atas riba sndri, (tak pernah lak makanan dari bibir sdri jatuh ke peha or bahu org lain kan kan!!!,) nak komen pun beralas la jgn mati kelak di pintu neraka byk Q (sndri tau la). Ngutuk mmg sgt seronok lg menyeronokkan tp hakikatnya “cuba kena btg hidung sndri” bleh tahan! Lu PK la sndri.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s