Siapa calon pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor?

Selepas kematian Ahli Parlimen Hulu Selangor, Datuk Dr Zainal Abidin Ahmad, spekulasi calon yang akan bertanding di kerusi itu bertiup kencang sama ada di pihak Pakatan Rakyat (PR) mahupun Barisan Nasional (BN).

Walaupun Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor, Datuk Noh Omar meminta tiada sebarang spekulasi dibuat berhubung calon BN di kerusi tersebut, perkara itu terus menjadi sebutan.

Nama bekas Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Tan Sri Muhammad Mohd Taib turut disebut-sebut calon layak untuk bertanding jika MIC dengan rela hati membenarkan UMNO bertanding di kerusi itu.

Tetapi, adakah MIC akan memberikan kerusi Hulu Selangor kepada UMNO?

Presiden MIC, Datuk Seri S Samy Vellu yang sejak awal lagi mahu Timbalan Presidennya, Datuk G Palanivel bertanding di kerusi tersebut.

Malah, Samy menolak dakwaan bahawa para pengundi di Parlimen Hulu Selangor tidak berminat dengan calon daripada MIC untuk bertanding dalam pilihan raya kecil itu.

Ia adalah kerusi MIC sejak tahun 1990 dan termaktub melalui persefahaman antara parti komponen BN seperti yang dinyatakan oleh bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamad Khir Toyo.

Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam kenyataan beliau kelmarin akan mendengar ‘denyut nadi rakyat’ untuk pilih calon.

BN katanya akan membuat kajian segala perkembangan dan yang penting adalah kemenangan untuk BN.

Belum sempat kajian dibuat, beberapa NGO politik di kawasan Hulu Selangor menolak cadangan agar MIC bertanding di kawasan itu.

Mereka mahu calon UMNO bertanding untuk menentang Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Mereka mahu calon tempatan yang juga generasi muda antaranya bekas Timbalan Ketua UMNO Bahagian, Harumaini Omar dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batang Kali, Isa Abu Kasim.

Bagi Parti Keadilan Rakyat (PKR), nama yang mula diperkatakan ialah Syed Shahir Syed Mohamud (Timbalan Pengerusi PKR Selangor), Dr Badrol Amin Bahrom (Naib Ketua Perhubungan PKR Selangor), Datuk Zaid Ibrahim (Penyelaras Pakatan Rakyat), dan Datuk Dr Halili Rahmat (Bendahari PKR cabang Hulu Selangor).

Manakala Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Negeri Sembilan, Rebin Birham mencadangkan Ketua AMK Pusat, Shamsul Iskandar Md Akin untuk bertanding di kerusi tersebut.

Turut disebut nama Datuk Ismail Kamus yang tewas di tangan di Palanivel pada PRU 2004 untuk bertanding kerana sebelum PKR, Pas telah bertanding di kerusi tersebut.

Namun, walau siapa calon yang disebut-sebut, walau sebanyak mana pun spekulasi dibuat, ia adalah keputusan pucuk pimpinan kedua-dua parti.

Oleh itu, siapa calon yang dimahukan penduduk Hulu Selangor? Tepuk dada tanya selera.

Pejabat Ketua AMK

4 thoughts on “Siapa calon pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor?

  1. UMNO BN =RAKYAT DI PERBODOHKAN,PEROMPAK PKFZ &PEMBUNUH ALTANTUYA DI UTAMAKAN.
    HIDUP ISLAM
    KEADILAN UTK ALTANTUYA
    UNDILAH PAKATAN RAKYAT .
    SOKONG KETELUSAN>AKAUNTABILITI>KECEKAPAN UTK MASA DEPAN ANAK ANAK KITA
    KETUANAN RAKYAT

    • Yes , aku sokong.Kuburkan mereka yang membunuh demokrasi di bumi tercinta ini atau lebih baik dibiarkan hidup supaya boleh rasa makanan anjing di Kamunting and harta mereka kebas dari cukai rakyat atas dasar kronisme dapat dirampas dan di hak milik kerajaankan untuk kepentingan Rakyat.

      Hulu Selangor folks, jangan biarkan anak cucu anda menjadi peminta sedekah di bumi sendiri kerana mengundi Barisan Najis .Buatlah pilihan yang tepat. All indian brithers cast your vote vicely.This fucker Palanivel is only a dummy MIC Deputy President for time being.His balls is hold tight by that TOPPA Sameee Parapundeh. That wanita derma dara fellows whose DIL derma dara wants to make that wanita derma dara fellows muderer mother fucker sun as the Next president of Manam Illatha Cunnian party.

      Vote Pakatan.Dont sell your soul for 50 bug and some alklchohol and sell your childrens future.

  2. yeah… semangat betoi sdr vengai nih…sebagai orang Hulu Selangor, kit sama-sama pasti kemenangan 9-1ami..biar padan muka 4 ekor katak yang lompat tu..kta tutup mulut najib n geng, tengok sapa yang benar2 tolong rakyat..PRK ni akan buktikan Pakatan Rakyat memang pilihan rakyat untuk menerajui perubahan untuk kemaamuran semua kaum..bukan macam umno hanya untuk kaum kerabat saje..

  3. umno dan mic masih bertelagah tak kisah siapa PKR letak bertanding pastikan berkhidmat untuk rakyat dan parti jangan jadi katak seperti di Perak dan P.Pinang

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s