Pilihanraya Kecil Hulu Selangor penentu sokongan rakyat kepada dasar kerajaan Selangor

Kemenangan Pakatan Rakyat dalam pilihanraya kecil P94 nanti akan menjadi petunjuk sokongan Hulu Selangor kepada dasar pro-rakyat kerajaan negeri.

Pilihanraya kecil Parlimen Hulu Selangor adalah pilihanraya yang pertama diadakan di Selangor. Sepanduk dan bendera telah dinaikkan di merata kawasan, dan kedua-dua belah pihak mahu meraih majoriti besar sebagai tanda aras sokongan rakyat menghadapi PRU13 nanti.

Kerusi Parlimen P94 mempunyai 64,500 pengundi, dengan majoriti Melayu. Kira-kira 32,020 pengundi berbangsa Melayu, bersamaan 52.7 peratus, manakala 16,964 darinya berbangsa Cina, 12,453 berbangsa India dan 3,063 orang Asal dan lain-lain etnik.

Kerusi ini adalah kubu kuat Barisan Nasional dan menjadi kerusi tradisi pimpinan kanan BN seperti Tun Omar Yoke Lin, Tan Sri Michael Chen, Tan Sri Lee Kim Sai, Tan Sri Khaw Kai Boh dan Datuk G Palanivel, yang mewarisi kerusi ini pada 1990.

P94 disifatkan sebagai kerusi deposit BN di Selangor sehingga gagasan itu diketepikan dalam tsunami 2008.


Calon PKR, Dr Zainal Abidin Ahmad merampas kerusi P94 dari G Palanivel dengan majoriti nipis 198 undi. Barisan bagaimanapun mengekalkan ketiga-tiga kerusi Dewan Undangan Negeri di Hulu Selangor.

Di kerusi Parlimen ini, majoriti pengundi Melayu terbahagi kepada kepada masyarakat separa-bandar dan pedalaman. Kepencilan sebahagian besar kawasan menjadi mimpi ngeri kepada jentera parti politik, terutamanya dengan tempoh berkempen yang terlalu singkat.

Lanskap alam di Hulu Selangor menuntut kepada kesabaran yang tinggi, terutamanya di kawasan berbukit-bukau seperti Ulu Bernam berhampiran Perak dan penempatan Felda dan Orang Asal di pinggir sempadan Pahang.

Pilihanraya ini akan menguji ketahanan dan liputan capaian setiap parti yang terlibat untuk mendekati pengundi, menyakinkan mereka dan membawa mereka keluar mengundi pada hari penentuan nanti.

Sumber: TvSelangor

This entry was posted in KeADILan, Memimpin Harapan Rakyat, Pakatan Rakyat, Politik by Adli Abdullah. Bookmark the permalink.

About Adli Abdullah

Adli mula berkecimpung dalam bidang penulisan, blogging dan vlogging, semenjak menubuhkan blog peribadinya pada tahun 2008 yang lalu. Beliau telah menghasilkan pelbagai penulisan dan vlog kreatif yang berunsur nasihat, motivasi dan sedikit sebanyak berkisar kehidupan beliau sendiri yang boleh dijadikan iktibar kepada masyarakat. Setakat ini beliau telah berjaya menukilkan lebih 27 buah puisi berbentuk nasihat dan motivasi.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s