Tajuddin Diberi Amaran Keras, Tidak Dibawa Ke JK Hak & Kebebasan

KUALA LUMPUR, 13 APR: Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia hari ini memberi amaran keras kepada Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Tajuddin Abdul Rahman supaya tidak  mengganggu Ahli Parlimen Ipoh Barat, M Kulasegaran.

Beliau sudah memanggil kedua-dua wakil rakyat itu untuk memberi penjelasan terhadap insiden dakwaan ugut yang berlaku Khamis lepas.

Pada Khamis lepas, Kulasegaran mendakwa Tajuddin mengancam untuk memukul beliau di lobi Parlimen kerana menyifatkan Ahli Parlimen DAP itu mencemarkan nama beliau.

Namun, Tajuddin ketika diminta mengulas dakwaan itu mempertikaikan tindakan Kulasegaran yang menggunakan laman blog untuk membuat fitnah dan mencerca beliau.

Selepas sesi soal jawab pagi ini, Pandikar Amin berkata bahawa semasa pertemuan itu, beliau memberi pandangan kepada kedua-dua Ahli Parlimen supaya bertindak dengan mengambil kira integriti Parlimen.

“Saya ucapkan terima kasih kepada Ahli Parlimen Ipoh Barat yang menerima pandangan saya secara positif dan beliau kemudiannya bersetuju supaya tidak mendesak supaya Ahli Parlimen Pasir Salak dirujuk ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan,” katanya.

(Bernama)

Sumber: TvSelangor

Pejabat Ketua Angkatan Muda Keadilan

Malaysia

This entry was posted in Pakatan Rakyat, Politik by Adli Abdullah. Bookmark the permalink.

About Adli Abdullah

Adli mula berkecimpung dalam bidang penulisan, blogging dan vlogging, semenjak menubuhkan blog peribadinya pada tahun 2008 yang lalu. Beliau telah menghasilkan pelbagai penulisan dan vlog kreatif yang berunsur nasihat, motivasi dan sedikit sebanyak berkisar kehidupan beliau sendiri yang boleh dijadikan iktibar kepada masyarakat. Setakat ini beliau telah berjaya menukilkan lebih 27 buah puisi berbentuk nasihat dan motivasi.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s