Zaid Ibrahim Diangkat Calon PR Dihadapan 10,000 Penyokong

Pakatan Rakyat mengetengahkan bekas Menteri Undang-Undang dan dermawan terkemuka, Zaid Ibrahim dalam pilihanraya kecil Hulu Selangor menentang gergasi BN.
Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat Dato Seri Anwar Ibrahim mengumumkan perkara itu di hadapan 10,000 penyokong Pakatan Rakyat di Serendah, Hulu Selangor sebentar tadi.


Pengumuman ini dibuat dua hari lebih awal dari BN, yang masih buntu mencari calon terbaik menghadapi Zaid Ibrahim.

Zaid adalah peguam yang pernah suatu ketika menguruskan firma undang-undang terbesar di negaa ini sebelum berkhidmat sebagai Ahli Parlimen Kota Bharu.

Pada 2008, beliau meletak jawatan sebagai Menteri Undang-Undang dari Kabinet Abdullah Ahmad Badawi sebagai tanda bantahan kepada penahanan Exco Selangor Teresa Kok, wartawan Cina dan seorang blogger.

(Gambar: kerabubersuara.blogspot.com)

Sumber: TvSelangor

Pejabat Ketua Angkatan Muda Keadilan

Malaysia

This entry was posted in KeADILan, Memimpin Harapan Rakyat, Pakatan Rakyat, Pilihanraya, Politik by Adli Abdullah. Bookmark the permalink.

About Adli Abdullah

Adli mula berkecimpung dalam bidang penulisan, blogging dan vlogging, semenjak menubuhkan blog peribadinya pada tahun 2008 yang lalu. Beliau telah menghasilkan pelbagai penulisan dan vlog kreatif yang berunsur nasihat, motivasi dan sedikit sebanyak berkisar kehidupan beliau sendiri yang boleh dijadikan iktibar kepada masyarakat. Setakat ini beliau telah berjaya menukilkan lebih 27 buah puisi berbentuk nasihat dan motivasi.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s