Semak Daftar Pengundi Sekarang Elak Kekeliruan Pada Hari Mengundi

Sidiqin Omar

KUALA KUBU BHARU 22 Apr - Naib Presiden KEADILAN, Mustaffa Kamil Ayub menggesa pengundi di Hulu Selangor membuat semakan daftar pengundi bagi mengelakkan kekeliruan dan kesilapan lokasi di saat-saat akhir.

Ini berikutan tindakan memindahkan pusat pengundian hampir 14,000 pengundi di kawasan Parlimen itu tanpa sebarang makluman kepada mereka yang terbabit.

Mustaffa juga menjemput pengundi hadir ke majlis dan program penerangan yang dianjurkan oleh Pakatan Rakyat dengan tujuan untuk mendapatkan maklumat tepat dan penjelasan berkenaan isu semasa.

“Terdapat segelintir penduduk di Parlimen Hulu Selangor ini menganggap program ekonomi anjuran kerajaan negeri Selangor merupakan inisiatif kerajaan persekutuan. Perkara ini perlu dijelaskan supaya tidak timbul kekeliruan.

“Antaranya program TAWAS, Skim Takaful Kifalaah dan sebagainya. Oleh itu kita akan menggerakkan jentera parti kita untuk memberikan penerangan dengan lebih jelas kepada orang ramai.

“Golongan yang akan kita dekati adalah pengundi Melayu. Ini adalah disebabkan jurang maklumat yang agak ketara kepada kelompok ini. Namun, kita menjangkakan trend pengundi Melayu akan meningkat berikutan banyak isu-isu yang tidak diselesaikan berkaitan dengan mereka” kata Mustaffa.

Ketika mengulas mengenai keputusan dua orang ahli wanita KEADILAN di Perak yang membuat keputusan keluar parti Selasa lalu, beliau menyifatkan media telah memanipulasikan berita tersebut.

“Majlis Pimpinan Negeri telah menggantung keahlian mereka semenjak Februari lalu berikutan sikap mereka yang mencurigakan, bahkan MPN turut menggantung jawatankuasa cabang berkenaan, dan ianya ditadbir terus oleh Majlis Pimpinan Negeri”, tambah beliau yang merupakan Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri Perak.

“Kita tidak terkesan dengan keputusan mereka, bahkan ianya membuat kami lebih bersemangat untuk membantu kemenangan Pakatan Rakyat,” jelas beliau.

Mustaffa berkata seramai 240 orang petugas yang datang dari 24 cabang di Perak bersama-sama 60 orang sukarelawan Pakatan Rakyat membantu jentera pilihanraya kecil kali ini.

Sumber: Suara-Keadilan

Pejabat Ketua Angkatan Muda Keadilan

Malaysia

About these ads

One thought on “Semak Daftar Pengundi Sekarang Elak Kekeliruan Pada Hari Mengundi

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s