Tindakan Keluar Parti Budaya ‘Pelacuran Politik’

Sidiqin Omar

KUALA KUBU BAHARU 23 Apr – Ketua Angkatan Muda KEADILAN, Shamsul Iskandar Mohd Akin menyifatkan keputusan beberapa anggota yang keluar parti merupakan tindakan “pelacuran politik” sehingga sanggup menggadaikan maruah dan harga diri semata-mata imbuhan sementara.

“Ada diantara mereka yang keluar parti dengan sebab lain antaranya, AMK tidak diberikan peluang dan tidak meletakkan saya sebagai calon. Ini merupakan alasan yang melucukan.

“Bahkan saya sendiri tidak keluar parti dan menyokong penuh calon Parlimen Hulu Selangor, Datuk Zaid Ibrahim”, kata beliau selepas kepada Suara Keadilan mengadakan wawancara dengan TV Selangor semalam.

Shamsul beranggapan mereka hanya menantikan masa yang sesuai untuk keluar parti dan menjadikan soal calon sebagai helah.

Umno-BN akan menggunakan apa sahaja cara termasuk ‘membeli” pimpinan KEADILAN, PAS dan DAP setiap kali berlangsungnya pilihan raya kecil.

“Ini merupakan nuansa politik yang tidak sihat kepada iklim politik negara kita. Umno-BN seolah-olah ingin mengajar rakyat Malaysia dengan budaya politik yang bersifatkan manipulasi, adu-domba dan provokasi,” kata Shamsul lagi.

Tambah beliau, pemahaman dan pemikiran rakyat berkenaan pendidikan politik akan menjadi rosak dalam jangka masa yang panjang sekiranya trend seperti keadaan seperti ini berterusan.

“Saya hanya mengucapkan selamat maju jaya kepada mereka yang telah keluar parti”.

“Parti Keadilan Rakyat telah menutup pintu untuk menerima semula mereka sebagai ahli”, tegasnya”.

Ketika mengulas mengenai proses undi pos yang dijalankan pagi ini, beliau memaklumkan bahawa perjalanan pengundian dilangsungkan dalam keadaan yang baik.

“Ejen pengundian dan pegawai kami dibenarkan untuk ditempatkan di pusat pengundian,” ujarnya. Parlimen Hulu Selangor mempunyai 799 undi pos. Ia terdiri dari 629 undi dari anggota polis dan selebihnya merupakan anggota tentera.

“Namun kami tetap mendesak Suruhanjaya Pilihan Raya untuk menghapuskan sistem undi pos dan mengadakan pengundian terus seperti rakyat Malaysia yang lain”.

“Kita perlu mewujudkan sistem pilihan raya yang lebih baik agar rakyat akan terus yakin dengan proses demokrasi yang dijalankan di negara ini,” tegas beliau.

Sumber: Suara-Keadilan

Pejabaat Ketua Angkatan Muda Keadilan

Malaysia

This entry was posted in 1 Hari 1 Pendedahan, Angkatan Muda, KeADILan, Politik, Say No TO BN by Adli Abdullah. Bookmark the permalink.

About Adli Abdullah

Adli mula berkecimpung dalam bidang penulisan, blogging dan vlogging, semenjak menubuhkan blog peribadinya pada tahun 2008 yang lalu. Beliau telah menghasilkan pelbagai penulisan dan vlog kreatif yang berunsur nasihat, motivasi dan sedikit sebanyak berkisar kehidupan beliau sendiri yang boleh dijadikan iktibar kepada masyarakat. Setakat ini beliau telah berjaya menukilkan lebih 27 buah puisi berbentuk nasihat dan motivasi.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s