Shamsul: Umno BN Kalut Dan Terdesak Amalkan Budaya Fitnah

Tanda-tanda awal kekalahan Umno Barisan Nasional menyebabkan mereka dalam kekalutan hingga mengamalkan politik menghalalkan cara termasuk menabur fitnah bagi memenangi hati pengundi Hulu Selangor.

Ketua Angkatan Keadilan Malaysia Pusat, Shamsul Iskandar Mohd Akin menyifatkan tohmahan Umno BN dilontar berikutan mereka ketandusan idea bagi mematahkan pendedahan pimpinan Pakatan Rakyat.

Selain cubaan provokasi, katanya, Umno BN membawa tohmahan demi tohmahan tanpa bukti sedangkan setiap pendedahan pimpinan Pakatan Rakyat dibuat beserta bukti berdokumen dan bersandar fakta sokongan.

“Masa berkempen 24 jam terakhir pilihan raya kecil Hulu Selangor dengan dakwaan Umno BN yang mengatakan Pakatan Rakyat (PR) sebarkan fitnah. Pada saya itu kenyataan seorang pemimpin Umno yang terdesak yang kalut serta takut dengan kekalahan dalam pilihan raya kecil ini dan itu tanda-tanda awal,” katanya.

Semalam jangkaan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa di fasa akhir kempen ini, putaran fitnah dan mesin serta kilang fitnah mula beroperasi 24 jam di pihak pembangkang sudah menjelmakan kebenaran.

Bagaimanapun Shamsul berkata dakwaan Muhyuddin ini  diselar dan dilihat seolah-olah Umno BN terpaksa mengambil tindakan defensif yang memaksa parti itu menghalalkan cara bagi melawan segala bentuk  hujah kukuh yang diterangkan dalam kempen di Hulu Selangor.

“Yang kita nyatakan di setiap ceramah itu fakta, fakta berkaitan dengan Apco, ada hujah, ada bukti ada dokumen dan perjanjian. Fakta tentang 1 Malaysia 1 Israel ada kebersamaan yang tidak munasabah fakta mengenai kes Saiful, secara zahir kita ada mendedahkan laporan perubatan.”

Shamsul menyelar kempen Umno BN yang berunsur provokasi berikutan banyak poster dan banting BN yang turut  menyalahi akta pilihan raya.

Beliau berkata kempen pakatan rakyat  lebih matang dalam mengemudi pilihan raya kecil dan sentiasa mengelak sebarang situasi ketegangan.

“Paling tidak pun ada rekod, kita tidak ada banting-banting, kain lentang atau mesej-mesej yang menghina atau memfitnah pemimpin-pemimpin Umno. Kita tidak naikkan Mongolia Najib dan sebagainya. Ini adalah kempen sihat yang kita lakukan dan kita perkenalkan sebenarnya dalam pilihan raya kecil Hulu Selangor,” katanya.

Sumber: TvSelangor

Shmasul Iskandar Mohd Akin

Ketua Angkatan Muda Keadilan

Malaysia

One thought on “Shamsul: Umno BN Kalut Dan Terdesak Amalkan Budaya Fitnah

  1. Yg Mulia AMK cheif,

    be careful of phantom voters tommorow in HS by-election.The UMNO-APCO is engineering to ferry phantom voters from out of HS.Saw and heart the conversation about this in a Alor Gajah , Melaka town chinese coffee shop where an APCO party rep gather with many chinese (probobobly the chinese party assosiate with or the ass licker of APCO Party) in chinese shop,Heard 200 for a car and 50 for a vote.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s