Zaid terima kalah, salahkan ‘politik beli undi’

TMI – HULU SELANGOR, 25 April — Calon Pakatan Rakyat, Datuk Zaid Ibrahim menerima kekalahan dengan hati terbuka tetapi pada masa sama menyalahkan strategi “membeli undi” yang dilakukan Barisan Nasional sebagai punca kekalahan beliau.

“Sudah tentu apabila kalah kita tidak akan berasa gembira.

“Tetapi bagi saya itu tidak mengapa yang penting kita telah mencuba.

“Selain itu, dalam setiap pertandingan kita mesti menjangkakan sama ada menang ataupu kalah,” katanya kepada wartawan selepas menyampaikan ucapan di Stadium Mini Kuala Kubu Baru dekat sini.

Terlebih dahulu dalam ucapannya, beliau mengatakan kekalahnya dalam pilihan raya kecil Hulu Selangor berpunca daripada stategi BN yang “membeli undi”.

“Kita kalah kerana mereka (BN) menggunakan taktik kotor dengan membeli undi daripada pengundi.

“Kita perlu atasi masalah ini kerana apa yang kita hadapi ialah satu sistem politik yang teruk  dan pemimpin yang tidak hormat pada undang-undang,” katanya di hadapan kira-kira 300 penyokong PKR.

Turut hadir Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan Penasihat DAP Lim Kit Siang

Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu mendakwa pilihan raya kecil kali ini adalah yang paling buruk dan penuh dengan rasuah dalam sejarah pilihan raya kecil berlangsung.

“Kita berdepan dengan mereka yang membeli dan menghalalakan undi tidak kira di waktu siang mahupun malam.

“Kita boleh lihat bagaimana Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak membelanjakan sehingga RM64 juta untuk membeli undi pada pilihan raya ini.

“Jadi saya harap penyokong-penyokong kita bersabar dan usah risau dengan keadaan ini kerana saya boleh menghadapi cabaran ini.

“Saya berjanji saya akan sama-sama dengan Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan bekerja keras dalam menghadapi pilihan raya  umum ke-13 nanti,” katanya.

Pejabat Ketua Angkatan Muda Keadilan

Malaysia

One thought on “Zaid terima kalah, salahkan ‘politik beli undi’

  1. Walaupun saya bekerja di luar negara, saya amat yakin yang Pakatan akan membawa perubahan. Bagi mereka yang belum membuka mata, ia masih belum terlambat lagi.
    Tiga tahun bukannya lama. Saya amat yakin pada pilihan raya yang akan datang pasti akan membawa perubahan. Saya confident Datuk Zahid dan semua parti dari Pakatan akan menang 2/3.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s