Kereta Ketua Polis Selangor Yang Dicuri Dijumpai

MALAYSIAKINI – Kereta rasmi Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar yang hilang dua hari lalu berjaya dijumpai semula hari ini.

Kereta jenis Perdana V6 berwarna hitam itu ditemui di tepi jalan Prima Damansara, Sungai Buloh pada jam 8.45 pagi oleh anggota polis ketika membuat rondaan di kawasan berkenaan.

Sebuah nota ditinggalkan di atas dashboard kertea yang berbunyi: Sorry PDRM tesilap sapu.”

Kereta itu dan kandungannya, termasuk beberapa topi polis berada dalam keadaan yang sama sebelum dicuri.

Menurut timbalan pengarah, jabatan siasatan jenayah Selangor, Asst Comm Khaw Kok Chin, polis masih menyiasat sama ada sindiket mencuri kereta terbabit dengan kehilangan itu.

Ketua Polis Daerah Shah Alam ACP Nor Azam Jamaluddin ketika dihubungi Bernama berkata kereta itu kelihatan ditinggalkan dalam keadaan baik, malah nombor pletnya pun tidak diubah. Menurutnya kereta itu akan dibawa kembali e Shah Alam.

Pada 6 Mei lalu, kereta itu dilaporkan hilang dipercayai dicuri ketika diletakkan di tempat letak kereta di Seksyen 9, Shah Alam. Ketika kejadian, pemandunya yang membawa kereta berkenaan sedang bersarapan di sebuah restoran manakala Khalid pula tiada di tempat kejadian ketika kecurian berlaku kerana berada di Singapura atas urusan kerja.

Pejabat Ketua AMK Malaysia

This entry was posted in 1 Hari 1 Pendedahan, Keselamatan Negara, PDRM, Selangor by Adli Abdullah. Bookmark the permalink.

About Adli Abdullah

Adli mula berkecimpung dalam bidang penulisan, blogging dan vlogging, semenjak menubuhkan blog peribadinya pada tahun 2008 yang lalu. Beliau telah menghasilkan pelbagai penulisan dan vlog kreatif yang berunsur nasihat, motivasi dan sedikit sebanyak berkisar kehidupan beliau sendiri yang boleh dijadikan iktibar kepada masyarakat. Setakat ini beliau telah berjaya menukilkan lebih 27 buah puisi berbentuk nasihat dan motivasi.

2 thoughts on “Kereta Ketua Polis Selangor Yang Dicuri Dijumpai

  1. dengar khabar, KPS nie buat ikhtiar dgn cara meminta seorang Ustaz di Kedah untuk memohon bantuan Allah bagi dapatkan balik kereta ini….dengan izin-NYA, selepas ustaz tu buat ikhtiar cara barang hilang…pencuri tu tak boleh duduk…gelisah…then dia pun tinggalkan kereta tu bersama nota silap sapu…Ustaz tu nama dia Ust abdul kadir, dok tak jauh dgn RTM Kedah, jln kola kedah…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s