AMK Kecam Perhimpunan 13 Mei, Tolak Anasir Perkauman Sempit

TVSELANGOR – SHAH ALAM 12 MEI: Angkatan Muda Keadilan (AMK) Selangor membidas perhimpunan bersifat rasis dan menyemarak sentimen perkauman sempit anjuran Institut Integriti Malaysia (IIM) Terengganu dan Gerakan Kebangkitan Rakyat (Gertak).

Ketua AMK Selangor, Khairul Anuar Ahmad Zainuddin berkata perhimpunan bertema ‘Melayu Bangkit’ pada Khamis, 13 Mei ini di Stadium Tertutup Kompleks Sukan, Kuala Terengganu, tidak wajar.

Beliau berkata, perhimpunan itu wajar ditolak kerana dikhuatiri menimbulkan suasana yang tidak disenangi kerana tanggal 13 Mei adalah peristiwa hitam yang tidak sepatutnya dimanipulasi untuk menakut-nakutkan rakyat.

Justeru, katanya, golongan muda perlu berfikir positif ke arah mewujudkan negara lebih harmoni dalam masyarakat pelbagai kaum, selain menyeru rakyat tidak terpengaruh dengan taktik perkauman sempit.

“Keutamaan sekarang ialah bagaimana masyarakat pelbagai bangsa saling bekerjasama dalam suasana muhibbah untuk membawa perubahan dan kemakmuran negara.

“Menjadi sebuah negara yang hebat memerlukan rakyat dan pemimpin berjiwa besar dan saling lengkap-melengkapi untuk membawa sinar dan harapan baru Malaysia,” katanya pada satu kenyataan media hari ini.

Khairul berkata, AMK Selangor mengecam penggunaan isu perkauman sempit dan peristiwa 13 Mei, seolah-olah memberi gambaran ngeri mengenai situasi negara masa kini.

Isu ini, katanya, merugikan negara kerana pelabur dan luar negara merasakan situasi politik tidak stabil lagi dan menyeru rakyat Malaysia untuk bangkit mengorak langkah lebih bermakna.

Pejabat Ketua AMK Malaysia

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s