2.30 Petang – Zentrum: BN 50.6, Pakatan 49 peratus

MALAYSIAKINI – Zentrum Future Studies – NGO yang mengkaji mikro persepsi kepercayaan politik di Sibu – melibat penguasaan antara pihak yang bertanding dalam pilihan raya kecil itu.

2.30 petang: BN kembali di depan dengan 50.6 peratus undi berbanding Pakatan Rakyat 49 peratus. Manakala calon bebas pula hanya mendapat 0.4 peratus sokongan.

12.30 tengah hari: Sokongan untuk BN dan Pakatan kini seimbang, masing-masing dilihat berpeluang meraih kemenangan di Sibu.

Menurut kajian itu, BN mendapat 49.8 peratus sokongan, Pakatan 49.2 peratus dan bebas 1. peratus.

11.30 pagi: BN mendahului dengan 53.4 peratus, Pakatan 46.2 peratus dan bebas sebanyak 0.4 peratus.

Pejabat Ketua AMK Malaysia

Pengarang: Adli Abdullah

Adli mula berkecimpung dalam bidang penulisan, blogging dan vlogging, semenjak menubuhkan blog peribadinya pada tahun 2008 yang lalu. Beliau telah menghasilkan pelbagai penulisan dan vlog kreatif yang berunsur nasihat, motivasi dan sedikit sebanyak berkisar kehidupan beliau sendiri yang boleh dijadikan iktibar kepada masyarakat. Setakat ini beliau telah berjaya menukilkan lebih 27 buah puisi berbentuk nasihat dan motivasi.

Tinggalkan komen