AMK Selangor Gesa Semua MP Lompat Bertanding Semula

SUARAKEADILAN – SHAH ALAM 17 Mei – Angkatan Muda Keadilan Selangor mendesak Ahli Parlimen Wangsa Maju, Wee Choo Keong dan ahli parlimen yang sebelum ini mengisytihar diri mereka keluar parti meletak jawatan dan bertanding semula atas tiket Bebas .

Ketua Penerangannya, Mohd Ezli Mashut berkata sikap ahli parlimen terbabit adalah tidak bermaruah kerana mengkhianati amanah dan perjuangan rakyat.

“Tindakan keluar parti oleh Choo Keong ketika pilihan raya kecil Sibu berlangsung merupakan tindakan politik yang dirancang oleh pihak tertentu.

“AMK Selangor menggesa wakil rakyat yang keluar daripada KEADILAN mutakhir ini melepaskan jawatannya segera.

“Mereka ini sepatutnya malu kerana kemenangan tersebut bukan kemenangan individu tetapi keyakinan rakyat kepada perjuangan KEADILAN dan Pakatan Rakyat,” tegasnya.

Tambah Ezli, perjuangan KEADILAN dan Pakatan tidak akan lemah dengan tindakan segelintir pihak yang cuba mengambil kesempatan bahkan semakin kuat dengan sokongan rakyat yang semakin kukuh kepada Pakatan dalam PRK Sibu.

“Kemenangan ini adalah langkah bermakna Pakatan Rakyat untuk menawan Sarawak dalam pilihan raya Dewan Undangan Negeri Sarawak.

“AMK Selangor mengucapkan tahniah atas kemenangan Pakatan di Sibu. “Ini akan menjadi pembakar semangat untuk Pakatan mengorak langkah ke Putrajaya mendepani arus perubahan dalam agenda “Selamatkan Malaysia”,” ujar Ezli dalam kenyataan media tersebut.

Pejabat Ketua AMK Malaysia

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s