MP Kapar: “Jangan Buang Masa Telefon Saya”

MALAYSIAKINI – Ahli parlimen Kapar S Manikavagam mendakwa telah dilaga-lagakan dengan kepimpinan PKR dan kerajaan Selangor ekoran dakwaannya terdapat penyelewengan dalam syarikat kerajaan negeri, Kuala Semesta Sdn Bhd (KSSB).

“Sejak kebelakangan ini ada pihak yang cuba mengambil kesempatan terhadap isu (KSSB) ini untuk melaga-lagakan saya dengan kepimpinan parti dan kerajaan Selangor.

“Nasihat saya kepada mereka, jangan membuang masa dengan menelefon atau berjumpa dengan saya berhubung isu ini,” kata Manikavasagam (kiri).

Wakil rakyat PKR itu bagaimanapun tidak menyatakan dengan jelas siapakah pihak yang dimaksudkannya itu.

Selepas membuat pendedahan minggu lalu, berlaku cabar-mencabar antara beliau dan Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim sehingga mendorong 11 ahli parlimen PKR tampil mencadangkan badan bebas bagi menyiasat dakwaan itu.

Kes KSSB itu juga dijadikan salah satu alasan bagi ahli parlimen Wangsa Maju Wee Cho Keong yang mengumum keluar PKR dan menjadi ahli bebas Jumaat lalu.

Selepas dikaitkan dengan tindakan Wee itu, Manikavasagam – dalam satu kenyataan hari ini – sekali lagi menegaskan kesetiaannya kepada PKR.

“Pendirian saya adalah sama dengan pendirian parti untuk menghapuskan segala bentuk gejala rasuah,” katanya.

Beliau juga berkata, Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibraim telah memberikan jaminan kepadanya bahawa aduannya akan disiasat dengan telus dan terperinci.

“Justeru saya membuat keputusan untuk menyerahkan isu ini kepada ketua umum parti untuk tindakan selanjutnya,” katanya.

Dakwaan Manikavasagam itu kini dirujuk kepada Jawatan Kuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan Selangor (SELCAT), di bawah DUN Selangor.

Pejabat Ketua AMK Malaysia

This entry was posted in Isu Semasa, KeADILan, Pakatan Rakyat, Politik, Selangor by Adli Abdullah. Bookmark the permalink.

About Adli Abdullah

Adli mula berkecimpung dalam bidang penulisan, blogging dan vlogging, semenjak menubuhkan blog peribadinya pada tahun 2008 yang lalu. Beliau telah menghasilkan pelbagai penulisan dan vlog kreatif yang berunsur nasihat, motivasi dan sedikit sebanyak berkisar kehidupan beliau sendiri yang boleh dijadikan iktibar kepada masyarakat. Setakat ini beliau telah berjaya menukilkan lebih 27 buah puisi berbentuk nasihat dan motivasi.

3 thoughts on “MP Kapar: “Jangan Buang Masa Telefon Saya”

  1. MP yang melompat ibarat hantu jembalang. Sebelum melompat jembalang ini akan merasuk sesiapa saja . Kemudian mereka akan melompat dari mereka yang dirasuk.

    Walaupun jembalang ini telah berambus tetapi kesan rasukannya pasti ada….JADI BERHATI-HATILAH UNTUK MENGUBATINYA.

  2. this mani is a good fler. he is straighter than a ruler and he tells it like it is.

    so, he is gold. dont lose him.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s