Enjin F-5E: Saman 5 Pegawai Dipecat TUDM Ditolak

MALAYSIAKINI – Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini menolak saman yang dikemukakan lima bekas pegawai kanan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang dipecat selepas kehilangan dua enjin jet F-5E TUDM pada 2007.

Pesuruhjaya Kehakiman, Datin Zabariah Mohd Yusof, membuat keputusan itu di dalam kamar selepas membenarkan permohonan kerajaan, Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Azizan Ariffin, dan Majlis Angkatan Tentera Malaysia, yang dinamakan sebagai defendan, membatalkan saman itu.

Terdahulu, beliau mendengar hujah peguam Mohd Syahril Daud yang mewakili kelima-lima bekas pegawai kanan berkenaan dan Peguam Kanan Persekutuan Aida Adha yang mewakili defendan.

Mohd Syahril memberitahu pemberita, mahkamah juga memerintahkan kelima-lima bekas pegawai kanan itu membayar RM7,000 sebagai kos undang-undang kepada para defendan.

Katanya, mahkamah bersetuju dengan hujah defendan bahawa pemecatan perkhidmatan kelima-lima mereka dibuat mengikut peruntukan statutori Perkara 77, Akta Angkatan Tentera, dan mereka tertakluk di bawah undang-undang awam.

“Mahkamah juga memutuskan permohonan untuk mencabar keputusan itu hanya boleh dibuat melalui semakan kehakiman dan bukannya melalui saman pemula,” katanya.

Mohd Syahril berkata, mahkamah juga memutuskan saman itu tidak boleh diteruskan mengikut undang-undang kerana ia pelanggaran kepada proses mahkamah dan adalah remeh dan membazirkan masa sahaja.

Katanya, beliau akan mendapatkan arahan daripada anak guamnya sama ada akan mengemukakan rayuan atau tidak.

Lima bekas pegawai kanan itu ialah Brig Jen Abdul Hadi Abdul Khatab, Mejar Rusli Ibrahim, Mejar Noor Zeelan Draman, Lt Kol Mohamed Ariff Mohd Daud dan Kol Mohamad Sani Sumarnak. Mereka memfailkan saman pemula pada 7 Januari lalu.

Mereka berkata, mereka telah dipecat dan dilucutkan pentauliahan pada Jun 2008 kerana kesalahan tatatertib semasa penyiasatan kehilangan enjin jet berkenaan.

Mereka mendakwa akibatnya, mereka telah diaibkan kerana seolah-olah mereka telah menipu kerajaan, mengakibatkan angkatan tentera dan kerajaan mengalami kerugian kewangan yang besar, berkomplot dengan kontraktor untuk menipu kerajaan dan sebagai pegawai kanan tentera yang tidak amanah.

Mereka juga tidak dibenarkan menggunakan pangkat masing-masing selepas mereka dipecat daripada perkhidmatan.

Masing-masing memohon diisytiharkan pemecatan mereka daripada perkhidmatan dan pelucutan pentauliahan mereka adalah menyalahi undang-undang, cacat dan batal kerana defendan tidak menyatakan secara spesifik kesalahan tatatertib yang mereka didakwa telah lakukan.

Mereka juga mahu dibayar semua gaji, elaun dan faedah yang mereka berhak dari Jun 2008 sehingga mereka mencapai umur bersara penuh selain daripada ganti rugi antara RM1 juta hingga RM5 juta.

– Bernama

Pejabat Ketua AMK Malaysia

3 thoughts on “Enjin F-5E: Saman 5 Pegawai Dipecat TUDM Ditolak

  1. Saman ini tidak ada kaitan langsung dengan kehilangan jet injin tersebut. Fakta saman yang sebenarnta ialah kezaliman dan salah guna kuasa Azizizan Arifin yang telah tidak menggunakan prosedur yang terdapat dalam AKTA angkatan tentera Malaysia. Tetapi tak mengapa ALLAH maha Agung dan mengetahu segala perbuatan hamba nya.
    Pasal injin hilang tu kalau nak tahu tanya sama Azizian Arifin yang jadi Panglima Angkatan Tentera tu.
    Memang kecewa tetapi tidak ada apa yang disedihkan. Jangan resah dan jangan bersedih ALLAh bersama mu kerana kezaliman pasti akan menerima pembalasan nya.
    Jangan keliru bahawa saman ini tidak ada kaitan dengan INJIN F5E yang hilang brother!!!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s