Sempena Kongres AMK ke 6: Dasar Bersama Pakatan gagal dilaksanakan sepenuhnya

KUALA LUMPUR, 26 Mei — Angkatan Muda Keadilan, sayap pemuda PKR dijangka akan melahirkan kekecewaan dengan Dasar Bersama Pakatan Rakyat (PR) yang didakwa belum dilaksanakan dengan efektif walaupun sudah enam bulan diterima pakai.

Dasar Bersama itu diterima pada konvensyen sulung PR 19 Disember lalu.

Ketuanya Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata, beliau secara peribadi akan melontarkan isu kepimpinan PR tidak melaksanakan dasar ini dengan serius dan sepenuhnya.

“Sudah enam bulan Dasar Bersama ini diputuskan tetapi tak nampak apa-apa yang konkrit, nampak tak gerak… seolah-olah ia dipandang sepi,” katanya lagi.

“Dalam ucapan saya, saya akan menyampaikan teguran yang konstruktif untuk Pakatan Rakyat,” kata beliau kepada The Malaysian Insider hari ini.

Shamsul Iskandar ditemui sempena Kongres Nasional Keenam PKR bermula esok.

Kongres AMK dan Wanita akan dirasmikan esok oleh Timbalan Presiden Senator Dr Syed Husin Ali.

PR dianggotai DAP, PAS dan PKR.

DAP telah mengadakan pertemuan tahunan mereka yang sulung selepas Konvesnyen PR tiga bulan lalu.

PKR minggu ini manakala PAS pertengahan bulan depan.

Shamsul Iskandar berkata, “polisi yang diterima pakai tidak boleh tinggal polisi sahaja, tetapi kena datang dengan pelaksanaan dan pelan tindakan.”

Sebagai contoh, kata beliau, kerajaan-kerajaan negeri perlu mengambil tindakan tegas untuk memastikan wujud pengasingan kuasa.

“Kita menekankan tentang pengasingan kuasa, tetapi sampai sekarang belum ada pelaksanaan ke arah itu.

“Dewan Undangan Negeri (DUN) masih belum lagi bergerak untuk menjadikannya sebagai bidang kuasa yang bebas… kerajaan-kerajaan negeri belum mengambil tindakan ke arah itu, tiada pindaan enakmen, tiada usaha untuk mewujudkan enakmen khas.

“Kerajaan-kerajaan negeri pimpinan Pakatan Rakyat seharusnya mengambil tindakan ke arah itu,” katanya.

Mengulas lanjut, Setiausaha DUN masih bertanggungjawab kepada Setiausaha Kerajaan Negeri.

“Jadi, kita mengambil tindakan merealisasikan pengasingan kuasa, kita boleh memisahkan aspek ini.

“Ini penting dalam keadaan kes yang kita pernah saksikan di Perak,” katanya.

G. Manimaran
www.themalaysianinsider.com

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s