Sidang Meja Bulat Pakatan Capai Kata Sepakat Kecam Israel

TMI – KUALA LUMPUR, 4 Jun — Persidangan Pelan Tindakan Keadilan dan Keamanan untuk Gaza hari ini mengambil pendirian tegas dengan mengutuk serangan Israel ke atas misi kapal kemanusiaan Gaza sebagai satu tindakan ganas dan jenayah ke atas manusia.

Persidangan yang diadakan di Kelab Sultan Sulaiman dekat sini disertai oleh pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat (PR) (gambar) dan juga 35 pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Melalui persidangan selama dua jam itu satu kata sepakat telah diperoleh dan mendesak agar tindakan Israel itu dihukum berdasarkan undang-undang antarabangsa.

Pendirian bersama itu termasuk mengutuk dengan sekeras-kerasnya keganasan Israel ke atas aktivis misi keamanan berbilang warganegara, mendesak agar Israel didakwa di Mahkamah Jenayah Antarabangsa dan membayar pampasan sepenuhnya kepada semua mangsa yang terlibat.

Selain itu, hasil persidangan itu turut menuntut supaya barangan bantuan kemanusiaan dipulangkan kembali kepada penganjur Freedom Flotilla sebagai hak yang mesti disampaikan kepada rakyat Palestin di Gaza, menuntut semua badan-badan antarabangsa memastikan agar kepungan ke atas Gaza yang dikenakan oleh Israel dengan bantuan Mesir hendaklah ditarikbalik.

Persidangan itu juga menyokong perjuangan rakyat Palestin sebagai perjuangan keadilan untuk mendapatkan hak yang sah yang perlu didokong oleh semua masyarakat dunia merentas bangsa dan agama.

Kerajaan Malaysia juga perlu memainkan peranan penting bagi memastikan hegemoni Israel dikekang dan negara tidak dimanipulasikan oleh mana-mana kuasa yang mempunyai kaitan dengan Israel sama ada secara langsung ataupun tidak.

Pendirian persidangan tersebut dibacakan Ketua Umum PR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Pejabat Ketua AMK Malaysia

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s