Suara Keadilan Diberi Surat Tunjuk Sebab

PUTRAJAYA 28 Jun – Suara Keadilan hari ini menerima satu surat tunjuk sebab berhubung artikel ‘Felda Bankrap’ dalam isu 237 yang didakwa memfitnah agensi milik kerajaan itu.

“Manakala tiga surat tunjuk sebab lagi memerlukan pihak Suara Keadilan menjawab sebelum jam 5.30 petang esok,” ujar Pengarang Suara Keadilan Dzulkarnain Taib

Sebelum itu, Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Ahmad Maslan dalam satu sidang media melabelkan 4 artikel yang berkaitan Felda sebagai fitnah dan akan menggunakan tindakan undang-undang terhadap lidah rasmi parti KEADILAN itu.

Surat tersebut ditandatangani oleh Timbalan Ketua Setiausaha KDN, Ahmad Fuad Abdul Aziz

Perjumpaan tersebut diadakan di Bilik Mesyuarat Perkasa, Kompleks D, Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, Putrajaya.

Mesyuarat pukul 5.30 petang tadi dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha. KDN, Datuk Seri Mahmood Adam manakala Suara Keadilan pula diwakili oleh peguam, Shamsul Iskandar Mohd Akin yang juga merupakan Ketua Angkatan Muda KEADILAN dan Dr Samrudin Rejab.

Menurut Dzulkarnain, beliau telah memberikan kerjasama sepenuhnya kepada pihak KDN.

“Surat tunjuk sebab ini keras memandangkan kita tidak dapat hadir pada sesi minum petang seperti yang diminta KSU Jumaat lepas.

“Kami berharap KDN dapat mempertimbangkan sebab pihak kami tidak dapat hadir pada waktu seperti yang diminta beliau,” ujarnya

Dalam pada itu, beliau berkata walau pun diberi tempoh 7 hari, Mahmood meminta Suara Keadilan menjawab surat tunjuk sebab itu sebelum 30 Jun ini.

Sementara itu Shamsul berkata pihaknya akan menyediakan laporan lengkap untuk diserahkan kepada Ketua Umum KEADILAN Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk dibahaskan di Parlimen.

Katanya lagi, Mahmood memintanya berbuat demikian atas alasan mesyuarat untuk memperbaharui permit penerbitan akan diadakan pada hari tersebut.

suara-keadilan.com

2 thoughts on “Suara Keadilan Diberi Surat Tunjuk Sebab

  1. Boleh tak soalan ini diajukan kepada Najib oleh PKR???

    Adakah anak2 Najib yang belajar di luar negara atas perbelanjaan dari poket Rosmah dan Najib ataupun dibiayai oleh pembayar cukai dan Kerajaan Malaysia dan berapakah jumlah nya????

    Terima kasih.

    Rakyat prihatin.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s