Kenyataan Media Ketua AMK

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Angkatan Muda Keadilan Malaysia (AMK) mengalu-alukan pengumuman oleh Wanita KEADILAN mengenai pengumuman pencalonan calon-calon daripada Wanita KEADILAN untuk bertanding ke jawatan-jawatan utama parti.

Pengumuman ini jelas sekali menggambarkan komitmen parti untuk mengenengahkan suara wanita selaras dengan perjuangan konsisten Wanita KEADILAN untuk mengisi kuota 30% dalam proses pengurusan parti. Inisiatif Wanita KEADILAN mengenengahkan calon-calon wanita muda seperti Siti Aishah Shaik Ismail dan YB Gan Pei Nei untuk bertanding jawatan MPP KEADILAN Pusat adalah sesuatu yang sangat positif untuk landskap politik baru negara.

AMK menyatakan komitmen yang sama dalam mengenengahkan calon-calon AMK untuk jawatan-jawatan strategik di dalam parti. Pengumuman dalam masa terdekat akan dilaksanakan demi memastikan kelangsungan suara generasi muda di dalam parti dapat diterjemahkan di dalam barisan kepimpinan baru KEADILAN kelak untuk sama-sama memimpin harapan rakyat ke arah merealisasikan Malaysia yang lebih adil dan demokratik.

Shamsul Iskandar Mohd Akin
Ketua
Angkatan Muda Keadilan Malaysia

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s