Kekalahan PRK Batu Sapi dan Galas: Pakatan Rakyat perlu perkukuhkan jentera dan mekanisme kempen.

Keputusan rasmi telah diketahui, dan Barisan Nasional berjaya mempertahankan Parlimen Batu Sapi disamping merampas DUN Galas daripada Pas di Kelantan.

Di sebalik henyakan rasuah politik di kalangan pengundi dan penyelewengan jentera kerajaan, di samping permainan kotor media Umno-BN, KEADILAN mencatatkan prestasi undi yang memuaskan, memperlihatkan penerimaan rakyat Sabah kepada KEADILAN dan Pakatan Rakyat adalah sangat positif.

Di DUN Galas, media telah digunakan sepenuhnya untuk menyerang Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Kelantan di bawah kepimpinan Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat. Ini termasuklah dengan sogokan kepada pengundi yang dihalalkan oleh SPR sewenang-wenangnya.

Jentera Pakatan Rakyat berjaya memainkan peranan dengan baik. Tanpa habuan, tanpa sebarang janji manis, semua yang terlibat telah memainkan peranan yang sangat hebat. Sekalung tahniah dan syabas diucapkan!

Di sebalik kekalahan ini, janganlah pula kita berasa sugul dan kecewa. Sejarah membuktikan kekalahan Pilihanraya Kecil DUN Pengkalan Pasir dan DUN Ijok akhirnya berjaya ditebus pada Pilihanraya Umum. Kerana rakyat sedar bahawa segala bentuk gula-gula politik Umno-BN hanya akan tamat sebaik saja keputusan memihak kepada mereka.

Ini juga signal jelas kepada Pakatan Rakyat agar kita memperkukuhkan jentera dan juga mekanisme kempen agar kepercayaan pengundi memihak kepada Pakatan Rakyat. Tidak semua rakyat yang mudah terperdaya dengan gula-gula politik Umno-BN, ramai yang masih sedar dan memerlukan pendekatan yang strategik daripada Pakatan Rakyat untuk memastikan sokongan mereka kekal dan meningkat dari semasa ke semasa.

Shamsul Iskandar Mohd Akin
Ketua
Angkatan Muda Keadilan
MALAYSIA

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s