Shamsul Cabar Zaid Berdebat

JOHOR BAHRU – Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Shamsul Iskandar Mohd Akin menyelar bekas Pengerusi Perhubungan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Wilayah Persekutuan Datuk Zaid Ibrahim kerana menggunakan media untuk menyerang kepimpinan parti itu.

Berikutan itu, beliau mencabar Zaid untuk berdebat secara terbuka mengenai kepimpinan Keadilan dengannya.

“Tetapkan tempat dan tarikh, pilih mana-mana medium yang dia suka, saya bersama pimpinan Angkatan Muda akan hadir bagi menceritakan perkara sebenar kepada beliau.

“Tiada guna jika perkara ini dihebahkan kepada media,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri perjumpaan tertutup bersama Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, di sini.

Beliau menyifatkan tindakan Zaid itu mempunyai niat jahat untuk menjatuhkan kepimpinan PKR yang sedia ada.

Pada Isnin lepas Zaid mengumumkan keputusannya untuk menarik diri daripada pemilihan parti dan juga melepaskan semua jawatan dalam PKR dengan alasan “terdapat penipuan dalam pemilihan”.

Beliau kemudian meminta Anwar berundur dari parti itu.

Zaid berkata menjadi tanggungjawab kepimpinan parti untuk menyiasat laporan mengenai dakwaan penyelewengan dalam pemilihan dan bukan dirinya yang harus membuktikan kepada Anwar mengenai penyelewengan itu.

Mengenai gesaan Zaid agar Naib Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali dan Anwar keluar PKR untuk menyelamatkan parti itu, Mohamed Azmin berkata keputusan itu terletak pada tangan semua anggota parti dan bukannya mana-mana individu.

Sementara itu, Anwar memuji prestasi pengerusi PKR Johor, Datuk Chua Jui Meng sehingga kini.

Menurutnya, Chua berjaya membuktikan kepimpinannya dengan menarik 23 daripada 24 cabang PKR Johor ke majlis perjumpaan tersebut.

Sumber : BERNAMA

2 thoughts on “Shamsul Cabar Zaid Berdebat

  1. baru setahun jadi ahli PKR dah tunjuk belang yang dia nya terror sangat hendak suroh orang lepaskan jawatan. takkan pelik apabila diteliti betul betul. Dia ni di suruh masuk PKR supaya buat kacau dalam parti. Dumno akan pukul kompang seluruh kampong di lepulusok dunia ke atas issue tersebut, Biar saya katakan tiada Anwar maka tiada PKR. Sedar lah Zaid oh Zaid atau zeeeeet terus………….

  2. Tahniah Shamsul,

    Selain cabaran anda, hamba pun nak cabar Zaid pengkhianat ni….

    Hamba nak kurung dia 5 tahun dalam bilik kecil, pukul mata dia smapai lebam, sampai jatuh kerusi dan patah disc tulang belakang. Kemudian kita aibkan dia selama 10 tahun dgn tuduhan liwat. Kita tuduh dia berzina dgn setiausaha dia sampai dpt anak luar nikah. Kita tuduh dia agen cia, kgb, mossad, yahudi dll.

    Kalau lepas semua tu Zaid masih boleh bernafas, baru hamba boleh kata dia layak bertanding lawan Anwar dan berhak dia suruh Anwar berhenti.

    Kalau setakat dgn botol todi pun dah meleleh semula air liur kencing syaitan dia tu, tak payah la nk suruh Anwar dan Azmin berhenti.

    Zaid,

    Kau berambus dan bukalah parti kau sendiri. Mustahil dari seorg menteri umgnok yg duduk selesa tiba2 join PR kerana prinsip konon.

    Zaid tak lebih daripada agen umgnok yg menyusup dlm PKR dan buat huru hara dari dalam.

    Anwar mesti disokong terus utk menjadi PM Malaysia.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s