Kekayaan Taib melampau – Nazib

KUALA LUMPUR: Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud didakwa dihimpit kebimbangan berikutan gelombang kesedaran rakyat bumi kenyalang yang semakin kuat sedangkan pilihanraya negeri pula kian hampir.

Exco Angkatan Muda Keadilan (AMK) Malaysia merangkap Ketua AMK Sarawak, Ahmad Nazib Johari berkata kebimbangan itu nampak terserlah apabila buat pertama kalinya beliau (Taib) mengeluarkan kenyataan dalam akhbar tempatan dengan respon rakyat negeri itu yang didakwa sebagai anti orang kaya.

Sebaliknya, Nazib menerangkan bahawa rakyat Sarawak bukan anti orang kaya dan Taib boleh jadi orang kaya tetapi yang dipertikaikan rakyat ialah kekayaan Pengerusi Barisan Nasional (BN) negeri itu dan keluarga serta kroninya mungkin diperolehi melalui salahguna kuasa dan rasuah sebagai pemimpin.

“Selama 30 tahun pemerintahan Taib, mereka berterusan memunggah kekayaan negeri dengan cara yang meragukan. Tanah dan balak dijual pada tauke besar dengan meminggirkan hak rakyat miskin,” katanya kepada wartawan FMT di sini, hari ini.

Nazib yang juga Exco AMK Pusat menambah, projek-projek hanya diagihkan pada adik beradik, anak beranak dan kroni, tanpa tender terbuka dengan hanya rundingan terus yang menguntungkan mereka semata-mata.

Keluarga Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) itu juga kata Nazib, terlalu kaya hingga mampu membeli aset berbilion-bilion dolar di luar negara.

Gaji ketua menteri tidak lebih RM20,000

“Sedangkan gaji Taib sebagai ketua menteri sama seperti Menteri Besar Selangor tidak lebih RM20,000. Ini menyebabkan rakyat hilang kepercayaan terhadap kepimpinan beliau,” tegasnya.

Taib Mahmud, baru-baru ini menggesa rakyat Sarawak agar menolak parti yangg bersikap “anti orang kaya” atas alasan kononnya akan membantutkan pembangunan ekonomi negeri.

Taib mengakui membuat kenyataan sedemikian berikutan pendedahan konsisten blog Sarawak Report yang memaparkan kekayaan luar biasa Pengerusi BN Sarawak itu.

Ahmad Nazib yang juga Naib Ketua Cabang Petra Jaya berkata, hasil bumi Sarawak sepatutnya diagih dengan adil sehingga mampu mengurangkan kadar kemiskinan tegar di kalangan rakyat Sarawak terutama di luar bandar.

“Tetapi, malangnya kekayaan Sarawak ini hanya berlegar di kalangan pemimpin elit, kebanyakan kroni dan proksi BN.

“Hal ini boleh disifatkan zalim kepada rakyat Sarawak yang berpuluh-puluh tahun kekal miskin merempat lebih-lebih lagi pemimpin sedemikian tidak amanah dan tidak bertanggungjawab sebagai pemimpin yang telah diberi kepercayaan selama ini,” ujarnya.

Laporan SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) telah dibuat untuk menyiasat semua dakwaan itu tetapi malangnya sehingga kini institusi yang dianggap bebas ini membisu seribu bahasa, tambahnya.

Sumber : http://freemalaysiatoday.com/bahasa/?p=11672

Pengarang: Shamsul Iskandar

YB Datuk Seri Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd. Akin Ahli Parlimen Hang Tuah Jaya (Dikenali Parlimen Bukit Katil sebelum ini) (2013-kini) Mantan Timbalan Menteri Industri Utama (2018-2020) Ketua Penerangan KEADILAN Malaysia (2018-kini) Mantan Naib Presiden KEADILAN (2014-2018) Mantan Ketua Angkatan Muda KEADILAN (2007-2014)

4 thoughts on “Kekayaan Taib melampau – Nazib”

  1. Saya, bekas pelajar kertas politik di universiti semakin kurang faham tentang aliran politik masa kini. sukar untuk memahami situasi sekarang. antara faham dan tak faham…entah…

  2. hahaha ko dapat undi secara tetiba dan melampau ko tak citer wahai si pendek, tak cukup inci,,, dah laaa ko pun sama kalau dah ada kuasa nanti, baru pemilihan amk dah giler g2 jadinyer, kalau dah ada kuasa hahha hancur negara, jangan berangan nak bertanding di DUngun lagi budak pendek

  3. Kalau SPRM tak berani nak sisat Tok Uban disebabkan ia berkuasa bermakna tidak adil bagi kita rakyat malaysia apatah lagi rakyat Sarawak.Apa gunanya wujukan SPRM kalau tunduk dengan menteri besar..bagus bubar saja SPRM yang banggang dan dunggu mengabiskan duit rakyat saja.Ikan bilis saja boleh ditangkap.Cadangan saya kalau SPRM dalam negara tak nak sisat kita cuba badan yang serupa diluar negara….yang penting mesti sisat jangan tak sisat benda yang mencurigakan mesti disisat..kalau betul tok uban bersalah kita rampas balik hak rakyat..bukan dia yang punya.. Ahmad Albab yang punya..Tok Uban sebenarnya kuli dan hamba dipilih Rakyat untuk Rakyat..kalau nak kaya sekalipun biar selari dengan kehidupan rakyat atau tuntutan suara Rakyat..inilah kalau memimpin negara atau negeri tak berlandaskan hukum-hukum Agama (AL-QURAN).

Tinggalkan Jawapan kepada andey Batal balasan