Saya tidak keluar parti, kata Adun Sri Muda

SHAH ALAM, 12 Jan – Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sri Muda Shuhaimi Shafiei menafikan khabar angin bahawa beliau akan meletakkan jawatan sebagai wakil rakyat di kawasan itu.

Penafian yang dibuat Shuhaimi itu sekaligus menolak dakwaan bahawa Timbalan Ketua PKR Kota Raja akan melepaskan jawatan tersebut.

“Tidak keluar parti, berita palsu,” kata Shuhaimi (gambar, tengah) ringkas kepada pemberita ketika ditanya mengenai khabar angin yang disebarkan melalui khidmat pesanan ringkat (SMS) sejak awal pagi tadi.

SMS yang disebarkan awal pagi tadi berbunyi: “Sidang media YB Shuhaimi Adun Sri Muda akan umum peletakan jawatan sebagai Adun jam 10 pagi 12 Januari (hari ini).”

Beliau ditemui selepas Majlis Pelancaran Siri Jelajah Himpunan Rakyat Selangor Bersama Kelab Menteri Besar Selangor (MBSC) mengumpul sejuta tandatangan rakyat Selangor menyokong pentadbiran Pakatan Rakyat yang diterajui Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim.

Selain majlis pelancaran, MBSC turut menyerahkan memorandum sokongan kepada kerajaan negeri Selangor.

Memorandum itu diserahkan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Shamsul Iskandar Mohd Akin dan diterima sendiri Khalid di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah.

Pagi tadi, Naib Ketua PKR Kota Raja, Kamarudzaman Sanusi berkata khabar angin mengatakan Shuhaimi letak jawatan adalah palsu dan fitnah.

Beliau percaya khabar angin itu dibuat musuh-musuh politik yang cuba mahu menjatuhkan imej Shuhaimi sebagai wakil rakyat.

Khabar angin Shuhaimi mahu meletakkan jawatan disebarkan melalui khidmatan pesanan ringkas (SMS) bermula sejak pagi tadi.

Khabar angin itu menyebabkan pemberita dan jurugambar berkumpul di pejabatnya sejak 10 pagi tadi.

Petang ini, Shuhaimi memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam hari ini.

Shuhaimi hadir pada pukul 4.10 petang diiringi kira-kira 100 penyokongnya setelah tidak hadir untuk memberi keterangan semalam berhubung laporan polis terhadapnya yang didakwa menghina Sultan Selangor.

Perkarangan IPD Shah Alam juga dikawal kira-kira 20 anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) sehingga Shuhaimi yang ditemani tiga peguamnya Amer Hamzah Arshad, R.Sivarasa dan Shamsul Iskandar Mohd Akil selesai memberi keterangan kira-kira 6.30 petang.

Mengulas mengenai keterangan yang diberi hari ini, Shuhaimi berkata beliau berpuas hati dengan kerjasama sepanjang proses merekod keterangan itu yangdijalankan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah IPD Shah Alam DSP Kamaruddin Ahmad.

Bagaimanapun, beliau berkata tindakan polis yang tidak menyerahkan notis mengikut Seksyen 111 Kanun Tatacara Jenayah kepada beliau adalah tidak wajar kerana ia hanya disampaikan kepada ibu mertuanya malam semalam

2 thoughts on “Saya tidak keluar parti, kata Adun Sri Muda

  1. Sepatutnya Suhaimi memang wajar keluar parti. Jadilah seorang yang bertanggungjawab. Sudah bersalah besar pada Sultan Selangor.

    Tapi Suhaimi masih lagi degil. Malahan enggan memohon maaf secara terbuka kepada Sultan Selangor hinggakan Hasan Ali juga turut menegur Suhaimi.

    Saya setuju dengan Hasan Ali. Mohon maaf kepada Sultan dan berhenti mempertikai perlantikan Khusrin sebagai SUK baru.

    Rakyat sudah mula muak dengan drama PKR Selangor.

  2. Perkara: Pengajian di Ba’alawi KL Minggu Ini (14/1 -16/1/2011)
    Perkara: Pengajian di Ba’alawi KL Minggu Ini (14/1 -16/1/2011)
    Assalamualaikum,
    Pengajian di Ba’alawi KL pada minggu ini adalah seperti berikut :-
    Hari : Jumaat malam Sabtu (Lepas Isyak)
    Tarikh : 14/1/2011
    Guru : Tuan Guru Baba Aziz
    Kitab : Qathrul Ghosiah
    Hari : Sabtu (Dhuha)(10:00am)
    Tarikh : 15/1/2011
    Guru : Tuan Guru Baba Aziz
    Kitab : Qathrul Ghosiah
    Hari : Sabtu malam Ahad (8.00pm)
    Tarikh : 15/1/2011
    Guru : Tuan Guru Baba Aziz
    Kitab : Qathrul Ghosiah
    Hari : Ahad (Dhuha)(10.00am)
    Tarikh : 16/1/2011
    Guru : Tuan Guru Baba Aziz
    Kitab : Qathrul Ghosiah
    Hari : Ahad malam Isnin( Lepas Maghrib)
    Tarikh : 16/1/2011
    Guru : Habib Ali Zainal Abidin
    Kitab : Tafsir Quran Surah Yusof
    Mohon dipanjang-panjangkan kepada jemaah yang lain. Jazakallah
    ALAMAT LENGKAP : http://www.baalawi-kl.com/v1/

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s