HANTAR PULANG SEGERA PELAJAR MALAYSIA DI MESIR

KENYATAAN MEDIA
ANGKATAN MUDA KEADILAN MALAYSIA

1 FEBRUARI 2011
HANTAR PULANG SEGERA PELAJAR MALAYSIA DI MESIR

Angkatan Muda KEADILAN Malaysia (AMK) kesal dengan kelembapan Kerajaan Malaysia khususnya Kementerian Luar Negeri dalam memberi respon balas mengenai krisis yang sedang melanda Mesir yang kini turut mengesani komuniti Malaysia yang kebanyakannya terdiri daripada mahasiswa.

Seramai 11,319 pelajar Malaysia didaftarkan secara rasmi menuntut di Mesir dalam pelbagai disiplin terutama dalam bidang perubatan dan agama. Dalam jumlah ini lebih daripada 70 peratus pelajar terlibat dengan kawasan darurat terutama di Kaherah.

Keadaan makin meruncing apabila Presiden Hosni Mubarak tetap berkeras untuk mengekalkan kuasa diktaktornya, rakyat semakin bangkit dan pihak penjenayah mengambil kesempatan untuk merompak dan membakar bangunan.

Dalam keadaan yang meruncing ini, adalah mustahil untuk para pelajar mendapatkan bekalan makanan dan kewangan memandangkan kedai semuanya ditutup. Pihak AMK telah menghubungi wakil AMK di Mesir dan pihak pelajar sendiri, mendapati bahawa keadaan di sana semakin teruk akibat daripada lambatnya bantuan daripada kerajaan Malaysia dan kedutaan.

Bekalan makanan tidak mencukupi dan tidak menyediakan kemudahan pengangkutan untuk pulang atau keluar daripada kawasan darurat.

Justeru itu, AMK dengan ini secara rasmi mendesak Kerajaan Malaysia agar menyegerakan perkara-perkara berikut:

i. bantuan makanan dibekalkan segera kepada para pelajar;
ii.pelajar dibawa pulang segera melalui penerbangan yang dibawa oleh kerajaan Malaysia;
iii.secara alternatif, penggunaan kapal milik Tentera Laut Di Raja Malaysia atau kapal-kapal swasta boleh dimanfaatkan; dan
iv. bantuan keselamatan kepada rakyat dan pelajar Malaysia sewaktu proses membawa keluar dari kawasan darurat.

AMK yakin dan percaya bahawa rakyat Malaysia seluruhnya tidak mempunyai ruang untuk berkompromi dengan kelembapan tindakan yang berpotensi mengancam nyawa pelajar-pelajar Malaysia di sana.

SHAMSUL ISKANDAR MOHD AKIN
Ketua
Angkatan Muda KEADILAN Malaysia

7 thoughts on “HANTAR PULANG SEGERA PELAJAR MALAYSIA DI MESIR

  1. Pingback: Tweets that mention HANTAR PULANG SEGERA PELAJAR MALAYSIA DI MESIR « Shamsul Iskandar Mohd Akin -- Topsy.com

  2. Suadara Shamsul,
    Tolong pilih calon keadilan kawasan Petra Jaya.
    Jgn pilih apek bubor yang yg dipilih oleh Hapsah Haron/Borhan/Wan Zainal. Carilah calon Dr.kah.Engineer atau lawyer. Dan jangan percaya
    dgn geng Tun Rahman Yakub berhati2 mereka bijak, maksub saya bijak daripada Yahudi.Orang Pas pun dpt dibeli.Tukarkan kawasan keadilan,ke orang2 Pas Biar Pas ambil kawasan Petra Jaya.Bantulah habis habisan Percayalah.
    Adun Swak bubar Feb 2011.

  3. Elok tuan pergi sendiri tengok, nanti tuan mungkin boleh ikhtiar supaya lebih cepat. memang lembab betul geng wisma putra ni. kalaulah PKR perintah malaysia, gerenti dalam 2 hari perkara ni boleh settle punya kan kan kan

  4. MAULIDUR RASUL SAW 1431: DI MASJID AL-FALAH USJ 9
    pada :
    1)
    ISNIN , 14 FEB 2011
    (11 RABIUL AWAL 1432)
    BERMULA JAM 6.00 PETANG

    BERSAMA
    – HABIB MAHDI BIN ABU BAKAR AL-HAMID
    – HABIB ALI ZAINAL ABIDIN AL-HAMID ,

    2)
    SELASA , 15 FEB 2011
    (12 RABIUL AWAL 1432)
    BERMULA JAM 3.30 PAGI
    QIYAMULLAIL
    &
    BACAAN BURDAH (oleh Kumpulan Nasyed Ahbab Mustofa)

    KAMI BERBESAR HATI MENJEMPUT ANDA SEKELUARGA KE MAJLIS INI …

    LAIN-LAIN MAJLIS ILMU : http://www.facebook.com/pages/PONDOK-HABIB/295419981998

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s