Pasca Tsunami di Jepun: Bawa pulang segera rakyat Malaysia

Kenyataan Media Ketua AMK 14 Mac 2011

Angkatan Muda Keadilan Malaysia (AMK) berasa kecewa dan kesal dengan kelembapan dan dolak dalik pihak-pihak berwajib dalam membuat keputusan untuk membawa pulang rakyat Malaysia khususnya mahasiswa di Jepun yang kini terancam dengan letupan dan kebocoran radiasi di loji janakuasa nuklear di negara itu.

Berikutan bencana tsunami yang melanda Jepun Jumaat lepas, yang disifatkan terburuk dalam sejarah negara itu, Ketua Setiausaha Kabinet Jepun, Yukio Edano, mengesahkan letupan dan kebocoran radiasi telah berlaku di loji jana kuasa nuklear Tokyo Electric Power Co’s (TEPCO) Fukushima Daiichi.

Meskipun, Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) Datuk Seri Peter Chin Fah Kui berkata Kerajaan masih menunggu penjelasan daripada agensi nuklear di Jabatan Perdana Menteri, Malaysia Nuclear Power Corporation, mengenai impak letupan dan kebocoran radiasi di loji janakuasa nuklear tersebut, AMK merasakan tindakan ini memperlihatkan ketidakseriusan kerajaan mengenai keselamatan dan nyawa rakyat Malaysia di Jepun.

AMK turut mempersoalkan sikap selektif kerajaan dalam menangani isu ini berbanding dengan Ops Piramid untuk membawa pulang pelajar Malaysia di Mesir sebelum ini.

Apakah Kerajaan ingin menyatakan bahawa bencana nuklear ini sama sekali tidak serius jika dibandingkan dengan ‘tsunami politik’ di Timur Tengah khususnya Mesir yang berpotensi melarat ke Malaysia jika mahasiswa Malaysia di Mesir terdedah dengan semangat kebangkitan rakyat Mesir?

Di dalam hal ini, AMK mendesak kerajaan untuk menyedari bahawa impak radiasi radioaktif ini akan membawa kesan jangka panjang. Justeru, sewajarnya dalam keadaan sebegini, iktibar dan pengajaran di ambil untuk tidak meneruskan cadangan wujudkan pusat pemprosesan ‘rare earth’ yang difahamkan terbesar di dunia di Gebeng, Kuantan.

Justeru, AMK menggesa agar tindakan proaktif diambil oleh kerajaan melalui pihak-pihak yang berkenaan pada kadar segera untuk memastikan nyawa rakyat Malaysia di Jepun tergadai sebegitu saja. Kerajaan juga harus menunjukkan komitmen di sebalik slogan ‘Rakyat Didahulukan’, bukannya ‘Rakyat Kena Dahulu’ baru tindakan wajar diambil.

Shamsul Iskandar Mohd Akin
Ketua AMK

One thought on “Pasca Tsunami di Jepun: Bawa pulang segera rakyat Malaysia

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s