AMK rangka memorandum bantah tangkapan wartawan, mahasiswa

KUALA LUMPUR: Angkatan Muda KEADILAN (AMK) akan merangka memorandum bantahan terhadap tangkapan tiga wartawan dan lapan mahasiswa yang dilakukan polis di KL Sentral, pagi ini.
Pengarah Biro Mahasiswa AMK, Saifullah Zulkifli, berkata memorandum itu akan disediakan dalam masa terdekat untuk diserah pada Perdana Menteri dan Istana Negara.

“Kita turun ke sini (balai polis) untuk memberi sokongan kepada mahasiswa yang berani. Malaysia memerlukan semangat begini untuk mengubah kejijikan sistem.

“Dan, dalam masa terdekat, kita akan menyerahkan memorandum untuk menuntut kebebasan mahasiswa kepada Perdana Menteri dan Istana negara,” katanya ketika ditemui petang ini.

Beliau turut berada di balai polis Travers yang menempatkan tiga wartawan dan jurugambar serta lapan mahasiswa sebelum mereka dibebaskan secara berasingan.

Tiga wartawan termasuk dua dari Keadilan Daily dan seorang jurukamera TV Selangor, dibebaskan kira-kira jam 12.50 tengah hari manakala lapan mahasiswa dilepaskan jam 5.30 petang.

SMM mengadakan sidang media dan mengedar risalah ‘Jelajah Mahasiswa, Selamatkan Malaysia’ sebagai protes mahasiswa terhadap politik jijik dan kotor berkaitan isu video fitnah.

Sementara itu, Wartawan Keadilan Daily, A Zhafir kesal kerana polis bertindak kasar dan mengeluarkan kata-kata kesat kepadanya ketika membuat tangkapan.

“Tiba-tiba saja terjah minta kad pengenalan. Saya dah cakap saya wartawan, tapi dia tetap berkeras,” katanya.

Sementara itu, Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) pula mempersoal kewajaran polis yang menahan kumpulan mahasiswa itu sedangkan aktiviti mereka tidak menjejaskan ketenteraman awam.

Sekretariat Media SMM, Ahmad Shukri Kamaruddin, berkata kumpulanSMM itu tidak berbuat apa-apa yang mendatangkan bahaya kepada orang awam sehingga memerlukan mereka ditahan.

“Kita tak buat provokasi, kita cuma berkumpul untuk ke destinasi. Tiada sepanduk pun sewaktu kami ditangkap,” katanya.

Beliau juga kesal kerana polis bersikap kurang ajar kerana menyoal siasat lapan mahasiswa yang ditahan selama lebih tujuh jam di balai Travers.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s