KDN perlu bertindak tegas terhadap Utusan, blog Umno

KUALA LUMPUR: Kementerian Dalam Negeri (KDN) perlu bertindak tegas terhadap akhbar milik Umno, Utusan Malaysia yang sengaja ingin mencetuskan huru-hara dengan menyala api perkauman dan ketegangan antara agama.

Ketua Angkatan Muda KEADILAN, Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata, di kala hubungan antara kaum dilihat semakin renggang, Utusan pula cuba menyimbah minyak ke dalam api.

“KDN perlu mengambil tindakan kerana Utusan tidak putus-putus memaparkan berita yang menyentuh sensitiviti kaum. Sekiranya akhbar alternatif lain yang memaparkan berita seperti itu, saya pasti kerajaan akan mengharamkan dan menarik permit.

“Dalam kes ini, Utusan cuba menambahkan ketegangan kaum di negara kita. Blog yang memaparkan cerita itu jelas pro Umno yang sengaja mengkhianati keharmonian kaum,” tegas Shamsul.

Beliau mengulas laporan akhbar propaganda milik Umno itu yang memaparkan berita bertajuk ‘Kristian Agama Rasmi?’ pada 7 Mei lalu, yang mendakwa usaha menjadikan kristian sebagai Agama rasmi.

Laporan itu berdasarkan tulisan dua buah blog Umno- Salah satunya ditulis Zakir Mohammed bertajuk ‘Making christianity the official religion’ yang mengheret Ahli Parlimen Jelutung, Jeff Ooi dalam dakwaan jahat mereka.

Pakatan Rakyat termasuk pimpinan Dap lantas mengecam dan mengkritik keras laporan berbentuk fitnah itu.

Jeff Oii semalam membuat laporan polis terhadap laporan di muka depan akhbar tersebut, termasuk di halaman lima bertajuk ‘Dua halaman blog dedah ikrar paderi seluruh negara’ dan ‘Jeff Oii nafi anjur majlis’.

Shamsul menyifatkan tindakan Utusan yang sengaja memaparkan berita yang mengundang perpecahan institusi masyarakat pelbagai kaum di Malaysia sebagai perbuatan jahat dan biadap.

” Ini agenda terbaru BN yang sanggup menyentuh isu sensitif bertujuan menghuru-harakan keamanan negara,” kata Shamsul ketika dihubungi Keadilandaily.com.

Dalam pada itu, Shamsul menegaskan pendirian Pakatan Rakyat (PR) yang menjunjung tinggi prinsip perlembagaan negara seperti yang dipersetujui bersama.
“Sebelum penggabungan bersama DAP, PAS dan KEADILAN, semua parti bersetuju dengan menggariskan tiga perkara penting iaitu agama Islam sebagai agama rasmi, Majlis Raja-Raja dan keistimewaan Bumiputra tidak dipertikaikan.

“Dalam kes Utusan ini, kerajaan seperti ada usaha untuk membangkitkan cerita-cerita sensasi dengan pembohongan yang nyata. Tidak munasabah jika DAP mengambil tindakan seperti yang dinyatakan itu,” ujarnya.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s