Demo di Utusan: AMK tak gerun dengan PERKASA

Timbalan Ketua penerangan AMK, Rozan Azen Mat Rasip berkata pergerakan itu tidak gentar dengan ancaman daripada Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) yang akan turut berhimpun di hadapan pejabat akhbar Utusan Malaysia.

Katanya, AMK juga akan meneruskan rancangan protesnya ke atas Utusan Malaysia pada Jumaat ini, namun mungkin dalam bentuk pertemuan dengan ketua pengarang akhbar berkenaan dan menyerahkan memorandum bantahan.

Rozan Azen berkata, langkah itu diambil memandangkan satu lagi protes yang lebih besar – ke atas Lynas Malaysia Sdn Bhd berhubung projek pemprosesan nadir bumi – akan diadakan pada hari yang sama.

Beliau berkata demikian ketika mengulas rancangan PERKASA untuk mengadakan perhimpunan berkenaan, dan juga dakwaan bahawa protes yang dirancang AMK merupakan tindakan “biadap” dan “tidak menghormati kebebasan bersuara” Utusan.

Dakwaan berkenaan disuarakan presiden PERKASA Datuk Ibrahim Ali dalam satu laporan Utusan Malaysia hari ini.

Mengulas lanjut, Rozan Azen berkata AMK juga tidak akan tunduk dengan gesaan PERKASA supaya pergerakan itu disiasat kerana “gemar menimbulkan kekecohan setiap kali wujud isu yang tidak memihak kepada (ketua umumnya) Datuk Seri Anwar Ibrahim.”

Jelasnya, AMK tidak berniat untuk menimbulkan kekecohan dalam protes berkenan.

“Kami tidak kata kami akan bakar Utusan. Kami hanya datang sebagai simbol protes, desak untuk bertemu dengan ketua pengarang Utusan dan hantar memo bantahan.

“AMK tidak gerun (dengan gesaan PERKASA) kerana kami matang dalam politik. Kami tetap akan hadir,” katanya lagi ketika bercakap dalam satu sidang media di Wangsa Maju hari ini.

http://www.malaysiakini.com/news/164435

One thought on “Demo di Utusan: AMK tak gerun dengan PERKASA

  1. PKR tak perlu gerun dgn Perkasa…

    Dan Perkasa tak perlu gerun dengan PKR.. jangan sampai ada yang mati di tengah tengah..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s