Tahniah kepada Dewan Pemuda Pas Pusat di atas kepimpinan baru (Taklif wala tashrif)

Berikut adalah senarai Jawatankuasa Dewan Pemuda PAS Pusat untuk Sesi 2011/2013:

Pengerusi Tetap: Ustaz Misbahul Munir Haji Masduki

Timbalan Pengerusi Tetap: Ustaz Kamal Ashaari

Ketua: Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi

Timbalan Ketua: Ustaz Nik Abduh Nik Abdul Aziz

Naib Ketua: Raja Al Hiss Raja Yaakob

Ahli Jawatankuasa:
1) Ustaz Riduan Mohd Noor
2) Khairul Faizi Ahmad Kamil
3) Ustaz Ahmad Baihaqi Atiqullah
4) Adram Musa
5) Ustaz Kamaruzzaman Mohamad
6) Ustaz Ahmad Fadley Shaari
7) Ustaz Mohd Khalil Abdul Hadi
8 ) Ustaz Nazri Chik
9) Ustaz Yusni Mat Piah
10) Mohd Sany Hamzan
11) Ustaz Syed Abdul Qadir Al Jufri
12) Ustaz Mohd Noor Hamzah

AMK dan DAPSY terima baik ucapan Ketua Pemuda PAS

SHAH ALAM, 2 Jun: Dua rakan Dewan Pemuda PAS Malaysia dalam Pakatan Rakyat menerima baik ucapan dasar Memimpin Kebangkitan Anak Muda yang dibentangkan oleh Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi malam tadi.

Bagi mereka, ia adalah ucapan terbaik dan panjang mencakupi semua hal ehwal semasa termasuk suasana politik yang berlaku dalam negara ini telah berjaya dikemukakan oleh Ketua Pemuda PAS itu, wajar disambut dengan positif oleh seluruh generasi muda Malaysia.

Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Shamsul Iskandar Akin dan Ketua Pemuda Sosialis DAP, Anthony Loke Siew Fook berkata, ucapan dasar Ustaz Nasrudin itu merupakan penegasan dalam membentuk satu perubahan lanskap baharu politik negara.

Kedua mereka turut hadir dan bercakap kepada HarakahDaily selepas meneliti ucapan dasar Dewan Pemuda PAS Pusat yang dibentangkan ketuanya sempena Muktamar Tahunan ke 52 yang berlangsung di Wisma Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), di sini.

Dalam huraian panjang lebar oleh kedua-dua tokoh pemuda ini, mereka melihat ucapan itu sangat bernas dan mampu meyakinkan generasi muda dengan gerakan menyeluruh ke bawah selepas ini untuk menyertai golongan itu.

Apatah lagi dalam ucapan juga disebutkan bilangan pengundi muda dalam pilihan raya akan datang melewati jumlah tujuh juta yang merupakan satu modal perubahan yang sangat mahal nilainya kepada negara.

Shamsul berkata, ucapan itu menjurus kepada isu-isu penting yang perlu digarap oleh generasi muda terutama dalam Dewan Pemuda PAS untuk berhadapan dengan pengundi muda yang sofistikated.

Ini ditambah dengan penegasan Ustaz Nasrudin memperakui pengaruh dan peranan media baharu yang signifikan dengan golongan muda mutakhir ini.

“Kecenderungan pendekatan terkini oleh Pemuda PAS harus dilihat bukan sekadar untuk memikat tetapi hendak sampaikan mesej kepada orang muda kerana mereka diangggap sebagai partner dalam negara ini.

“Saya menerima baik ucapan beliau, paling bernas, antara terpanjang mencakupi keseluruhan aspek penting dalam usaha memperkasakan generasi muda terutama dalam hal-hal manfaatkan media-media baru yang sekarang ini menjadi trend.

“Perkara ini penting kerana dalam keadaan kita ingin menarik dan memberikan pendidikan politik kepada generasi muda, saya juga melihat ini merupakan satu ingatan penting kepada pimpinan muda Pakatan Rakyat untuk berani menyampaikan pandangan dan menerima kritikan melalui laman-laman maya,” tegasnya.

Shamsul sebagai seorang pengamal undang-undang berkata, inilah trend revolusi yang berlaku di Mesir yang menggunakan pendekatan strategik baru dan beliau yakin dengan impak besar dalam pilihan raya akan datang.

Menurutnya, kini senjata media baru ini lebih ringkas dan lebih ampuh yang diminati golongan muda kerana itu harus ada keberanian untuk memanfaatkan peluang yang sedang terbuka luas ini bagi menyampaikan pendidikan politik.

Bercakap tentang sukarnya Pemuda Umno sukar untuk menerima gagasan Pemuda PAS sedangkan Pemuda DAP boleh faham, Shamsul berkata, ini disebabkan oleh faktor politik apa yang besar di hadapan mereka, politik mereka bercakap ingin menjadi perdana menteri dan menteri.

AMK tegasnya boleh menerima pendirian Pemuda PAS kerana sama menggunakan kaedah jalur politik di jalur dakwah dan jalur dakwah di jalur politik dan dengan DAP pula untuk sama-sama tegakkan kebenaran dan keadilan.

“Kita gerakkan politik tidak taksub menjadi agenda bersama oleh mana-mana parti politik bijaksana dan ini tidak terpakai kepada Pemuda BN,” tegasnya.

Harapan beliau kepada generasi muda mesti berani melakukan perubahan kerana mereka sudah lama mengimpi dan mendambakan sebuah negara yang mampu membantu dan mengangkat martabat rakyat.

Bagi beliau, tujuh juta pengundi muda menunjukkan satu kekuatan politik baru dan sesiapa pun yang ingin menang dalam pilihan raya mesti meyakinkan golongan muda, dalam Pakatan Rakyat jelas, ruang dan peluang diberikan sepenuhnya kepada generasi sebilang masa bukan di waktu pilihan raya sahaja.

Loke yang juga Ahli Parlimen Rasah pula berkata, ucapan Ustaz Nasrudin sungguh terkehadapan kerana menggariskan cabaran yang memang banyak berlaku di Malaysia sekarang ini lalu beliau megggariskan bagaimana cara berhadapan dengan situasi semasa.

“Beliau memberikan kefahaman kepada seluruh Pemuda PAS tentang cabaran yang sedang berada di hadapan dan saya juga tertarik dengan fokus beliau tentang bagaimana untuk mendampingi golongan muda yang beliau sifatkan generasi millenium.

“Bagi saya, fokus yang diberikan beliau amat tepat sekali kerana generasi itu adalah penentu kepada bentuk sesebauh negara di masa hadapan,” tegasnya.

Dalam pada itu, beliau bersetuju dengan gagasan gerakan politik kini mesti lebih kreatif untuk memenuhi citarasa masakini sesuai dengan trend dan budaya politik pada hari ini, justeru perlu kepada usaha lebih baik untuk memenuhi cabaran dan ruang lingkup semasa.

Loke yakin sekiranya Pemuda PAS dapat memahami dan melaksakan segala gerakerja yang digariskan, Pemuda PAS bakal menjadi satu gerakan yang berpengaruh sekali kerana jumlah anggota ramai dan organisasi mantap.

Katanya, Pemuda PAS jika dapat menggunakan pendekatan baru seperti facebook dan twitter di alam maya, wadah mereka akan berlainan dan lebih berkesan dalam memenuhi keperluan semasa.

“Saya menerima baik khususnya beliau menolak fitnah bahawa kerjasama dengan DAP dan Keadilan adalah satu proses diluluskan oleh Majlis Syura melalui Tahalluf Siyasi dan penegasan melalui mulut Ketua Pemuda PAS sendiri serta tulisannya meminta Pemuda PAS menerima dengan baik.

“Saya lihat Ketua Pemuda PAS amat komited dalam Pakatan Rakyat dan menolak persepsi negatif untuk menggagalkan pakatan itu meskipun ada musuh politik yang cuba berbuat demikian,” tegasnya lagi.

Dalam pada itu, jelasnya, beliau berharap pemuda Malaysia seluruhnya dapat memahami bahawa masa depan negara terletak di tangan generasi muda pada hari ini sebaliknya jika mereka gagal memahami kehendak ini, masa hadapan Malaysia akan berada dalam keadaan tidak baik.

Menurutnya, pengundi muda seramai tujuh juta merupakan modal besar jika dapat digabung dalam satu suara untuk menuntut perubahan ke arah terbaik.

Bercakap tentang Bersih 2.0 yang akan diadakan pada 9 Julai nanti, Pemuda DAP dalam konteks Pakatan Rakyat akan memberikan kerjasama terbaik dalam menuntut pilihan raya lebih bersih dan adil.

harakahdaily.net

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s